berada di hadapan Masjid Ashabul Kahfi
Kisah Ashabul Kahfi (أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. Kisah ini ada diceritakan di dalam Al-Quran, Surah Al-Khafi dari ayat 9 hingga 27.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun selepas diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Sebab diturunkan ayat berkaitan kisah ini
Kisah bermula dari seorang kafir Quraisy yang bernama Nadir bin Haris datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia menceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk membantahnya. Yahudi tadi berkata supaya dia bertanya kepada Muhammad tiga soalan, dan salah satunya tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahunya maka ia benar sebagai Nabi. Lalu orang kafir tadi bertanya kepada Rasulullah SAW tantang soalan tersebut.
Mereka menyangka baginda tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan membantah baginda. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar menceritakan kepada Rasulullah SAW kesemua soalan-soalan tersebut, termasuk kisah ashabul kahfi sebagaimana tertera dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Kahfi.
Mereka menyangka baginda tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan membantah baginda. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar menceritakan kepada Rasulullah SAW kesemua soalan-soalan tersebut, termasuk kisah ashabul kahfi sebagaimana tertera dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Kahfi.
Zaman berlakunya Kisah ini
Kisah ini berlaku di zaman agama Al-Masih Isa ibnu Maryam, berdalilkan bahawa kaum Yahudi juga turut mengetahui kisah ini, namun tidak diketahui bila tarikhnya. Kebanyakan riwayat mengatakan bahawa mereka hidup pada zaman Diqyanus, kerana Raja tersebut diketahui sebagai penyembah berhala dan menyeksa para pengikut Masihi.
artifak yang ditemui di sekitar gua
Bilangan Pemuda
Tidak dinyatakan secara tepat bilangan mereka. Ada yang mengatakan 3, 5, 7 dan 8 termasuk seekor anjing. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Kahfi, ayat 22;
Maksudnya: Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Bilangan yang paling kuat mengatakan 7 orang, ditambah seekor anjing walaupun jelas di dalam ayat ini menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja yang tahu bilangan mereka yang sebenarnya. Adapun, yang paling penting bukanlah mengetahui bilangan mereka, sebaliknya pengajaran di sebalik kisah ashabul kahfi ini.
Lokasi Gua
Terdapat khilaf bagi menyatakan di mana kedudukan gua ini. Sebahagian menyatakan bahawa berhampiran dengan Aqabah, di selatan Palestin. Sebahagian yang lain menyatakan gua ini terletak di Utara Iraq. Dan sebahagian yang lain pula mengatakan terletak Selatan Turki. Kesemua tempat-tempat ini adalah di bawah kekuasaan kerajaan Rom yang lama.
Namun, pandangan yang paling kuat adalah terletak di selatan Palestin, atau nama kini tempatnya adalah Ar-Raqim, Amman.
di hadapan pintu masuk gua
Tempoh mereka ditidurkan
Firman Allah Taala dalam surah Al-Kahfi ayat 25;
Maksudnya: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun dan sembilan lagi.
Tempoh waktu mereka tidur selama 300 tahun mengikut kalendar Masihi, iaitu mengikut kiraan Matahari, dan 309 tahun mengikut kalender Hijrah, iaitu mengikut kiraan bulan.
Suasana di dalam gua
Ashabul kahfi, kisahnya bukan sekadar bagi melahirkan rasa takjub, tetapi bagi meyakini diri bahawa Allah mampu menciptakan sesuatu yang telah mati menjadi hidup kembali. Bahawa Allah berkuasa terhadap sesuatu
_____________________
rujukan:
Tafsir Munir fi Aqidah wa Syariah wa Manhaj, karangan Pro. Dr. Wahbah Zuhaili
0 comments:
Post a Comment