"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Thursday, January 17, 2013

5 Video Klip Nasyid Terbaik

Lagu memang memberi ketenangan kepada pendengarnya. Namun, lagu yang diselangi video klip yang baik lebih memberi impak kepada pendengar. Tidak percaya? Mari kita lihat 5 klip video palang baik yang pernah dihasilkan di Malaysia...


5. Demi Masa - Raihan
Raihan, satu kumpulan nasyid yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam banyak-banyak video klip mereka, aku memilih video klip ini. Melihat video ini membuatkan aku terasa yang begitu banyak sekali masa yang telah aku buang begitu saja. Allahu Allah


4. Damai Yang Hilang - Nowseeheart

Animasi 3-D dalam video ini membuatkan aku memilih video ini tersenarai. Video klip yang simple, namun mudah untuk difahami. Andai bukan di bumi, maka daratan mana lagi yang mahu kita huni?


3. Sepohon Kayu - Saujana 

Lagu yang cukup terkenal. Videonya memberi sindiran yang cukup membekas dalam diri. Mahu membuang masa dan melengah-lengahkan lagi waktu solat? Melihat kumpulan Saujana di awal carear mereka. "Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang, apa gunanya."


2. Aku Tanpa CintaMu - Mirwana

Lagu ini cukup sedap untuk didengari, ditambah video klipnya yang begitu mengusik hati. Saat kita kecil, dijaga rapi oleh umi. Namun, bila besar, mula memijak ibu sendiri. Akhirnya, penyesalan di kemudian hari.


1. Anak Soleh - Rabbani
Bagiku, inilah video klip yang paling memberi kesan pada jiwaku. Aku cukup takut melihat video klip lagu ini sewaktu kecil, memikirkan bahawa aku adalah anak yang derhaka saat itu :'(
Ya Allah, Kau peliharalah ibu bapaku, amin...


jom, siap-siapa yang ada kebolehan membuat video, mari kita bina satu video klip nasyid yang mampu merangsang iman dalam diri.
^_^

0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger