"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, December 31, 2011

Siapa Kata Melayu adalah Bangsa yang Lemah, Malas dan sentiasa Layu???



Kita selalu dimomokkan dengan kelemahan bangsa kita. Kononnya Melayu itu sendiri diambil daripada istilah ‘layu’, bangsa paling pemalas di dunia adalah bangsa Melayu, dan sebagainya yang menjurus kepada ke’layu’an bangsa Melayu itu sendiri. Tetapi jika aku katakan bahawa bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang paling kuat di dunia, adakah kalian percaya? Nah, di sini aku selitkan sedikit fakta berkaitan kekuatan bangsa Melayu. Semoga kita tidak terus layu lagi…

            Semua orag tahu bahawa Melaka dikuasa oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Portugis ketika itu dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultakun Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugis pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan). Persoalannya, adakah impian Portugis tercapai?

DOSA SEMALAM

Lakaran dasar tentang projek short filem pertamaku...



Sinopsis

            Aiman seorang anak yatim piatu. Ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian, Aiman dijaga oleh abangnya, Faiz. Faiz sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk membesarkan adiknya. Namun akhirnya abangnya telah dibunuh oleh ahlong kerana abangnya selama ini meminjam duit daripada ahlong untuk membesarkan adiknya. Semenjak peristiwa itu, Aiman menjadi budak yang buas dan nakal sehingga dia ditangkap dan dimasukkan ke Sekolah Hendry Gurney. Bertitik tolak dari situ, Aiman mengubah kehidupannya menjadi insan yang taat pada agama sehingga dia ditawarkan pengajian ke Universiti Mu’tah, Jordan.

Wednesday, December 28, 2011

Sejarah Perang Mu'tah yang Wajib Diketahui oleh Para Penghuni Pekan Mu'tah



   

            Mu’tah yang aku gelarkan sebagai pekan koboi ini ada kisahnya yang tersendiri. Walaupun penduduknya ada yang bersikap kasar, namun bukan semuanya jahat. Mungkin semangat jihad ketika Perang Mu’tah masih tersisa di jiwa mereka, menyebabkan jiwa mereka mudah naik angin. Terkenang aku dengan buku Sirah Nabawiyah karangan Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan Al Buthy yang ada mencatatkan detik bersejarah itu. Peperangan yang terjadi pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 Hijrah ini berlaku disebabkan terbunuhnya Al-Harits bin Umair al Azdi, utusan Rasulullah SAW kepada raja Basrah. Setelah Rasulullah SAW menyerukan kaum Muslimin agar berangkat menuju Syam, dengan serta merta berkumpullah sebanyak 3000 tentara kaum Muslimin yang siap berangkat ke Mu‘tah.


Syahidnya Tiga Panglima

Rasulullah SAW tidak ikut serta bersama mereka. Baginda berpesan kepada mereka:

Tuesday, December 27, 2011

DI MANA ALLAH?


KELAS pertamaku di Universiti Mu’tah adalah subjek Aqidah yang diajar oleh Doktor Raud. Kelas selama satu jam itu aku rasakan begitu lama. Jujur, aku tidak dapat menangkap langsung kata-kata dan perbahasan daripada beliau. Cuma sebelum kelas berakhir sahaja aku dapat fahami persoalan yang doktor timbulkan.
         
           “Di mana Allah?” Garau suara doktor Raub. Kelas sunyi sepi.

            Melihat tiada respon daripada para pelajar, lantas doktor menanya soalan itu satu per satu kepada setiap pelajar. Hanya satu soalan yang ringkas, mudah dan dirasakan tidak penting. Namun soalan itu juga yang menjadi kayu ukur keimanan seseorang. Cuma satu soalan, tetapi jawapannya cukup perbagai;
        
              Ada yang kata Allah itu di langit,
              Allah itu di langit ke tujuh,
              Allah itu tidak turun,
              Allah berada di Arasy.

ما هو الايمان و ما مذاهب العلماء في حقيقة الايمان و هل الاءيمان مخلوق أو غير مخلوق؟


الايمان لغة             : هو التصديق (جمهور العلماء)
الايمان اصطلاح       : هو التصديق النبي صلى الله عليه و سلم بجميع ما جاء به  عن ربه متواتر اجمالا و تفضيلا في التصل


مذاهب العلماء في حقيقة الايمان:

1)التصديق في قلب فقط                               : الجهم ابن صفوان
2)اقرار بالسان (الشهادتان)                            : ابن كرام (المجئة)
3)العمل بالأركان بدون الشرط                         : بعض المرجئة و بعض المعتزلة
4)التصديق بالقلب و اقرار بالسان – وشرط العمل   : ابو حنيفة
5)التصديق بالقلب و اقرار باللسان و العمل بالاركان : اهل السنة و الجماعة



الايمان مخلوق أو غير مخلوق:

1)الأشاعرة                 : قالوا انه محلو
        دليل                :انه فعل القلب فالفعل مخلوق بالاتفاق

2)الأثارية و الحنابلة         :لا نقول مخلوق ولا غير مخلوق
        دليل                :   أ) يدخل فيه عمل الجوارح : وهي مخلوق          
                              ب) يدخل فيه قراءة القران : والقران غير مخلوق
                              ت) يدخل فيه صلاة وصلاة  أركان على الاعمال القران و قراءة   

Friday, December 23, 2011

Lagenda Panglima Ludah

            Pada zaman dahulu, terdapat sebuah Negara yang aman damai. Negara itu diperintah oleh seorang Raja yang mempunyai perangai yang pelik – suka meludah dan melihat orang diludah. Jika ada sahaja kesalahan yang dilakukan di negara itu habis diludah pesalah-pesalah tersebut oleh Raja dan para panglimanya yang gagah perkasa. Hinggalah kejadian kes salah laku tidak wujud lagi di negara tersebut akibat takutnya rakyat jelata akan ludahan daripada Raja mereka dan kunco-kunconya itu.

            Akhirnya, si Raja sudah tidak tahan untuk meludah lagi akibat kejadian-kejadian salah laku tidak wujud lagi, maka dibuatnya pertandingan;

 “barang siapa yang berani menurunkan bendera Raja, akan diberi ganjaran harta yang banyak, namun dia akan dikenakan hukuman iaitu hukuman diludah oleh Raja dan para Panglimanya.”

            Namun, tiada siapa yang berani mahu menurunkan bendera itu. Walaupun mendapat harta sebanyak mana pun, namun apakah maknanya jika diludah oleh Raja, lebih-lebih lagi Panglima kepada Raja itu mempunyai tabiat ludah yang lebih luar biasa, dikatakan Panglima Raja itu tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Riwayat lain mengatakan bahawa jika terkena sahaja ludahan panglima Raja, maka pengsanlah akan ia seminggu lamanya.

            Namun, ada juga seorang pelajar yang berani mahu menurunkan bendera Sultan itu. Dipanggilnya kawannya untuk turut serta menurunkan bendera Raja itu. Akhirnya bendera Raja berjaya diturunkan. Pelajar itu dengan megahnya menuju ke Istana untuk menuntut ganjaran yang dijanjikan.

            “Bagus. Ini ganjaran kamu. Namun, beta juga mahu mendapat ganjarannya. Kamu mari ke sini, beta mahu meludah dan menampar-nampar kamu.”

            Pelajar tersebut tetap tenang di hadapan Rajanya. Di sebelah Raja, megah berdiri Panglima Raja dengan muka bernafsu. Terlihat pelajar itu akan air liur basi meleleh di mulut panglima. Seraya pelajar itu menghampiri Raja lalu berkata;

            “Jika mahu ludah, ludahlah. Tapi bukan kepada patik, tetapi kepada kawan patik. Dia sebenarnya yang menurunkan bendera Raja. Tetapi dia tidak mahu harta dan ganjaran. Jadi, patik yang mewakili dia untuk mengambil ganjarannya. Jika Tuanku mahu ludah, ludahlah kawan patik itu.”
           
“Baiklah. Mana kawan kamu itu. Beta sudah tidak sabar-sabar lagi ni.”
           
“Long. Mari sini!” Jerit pelajar tersebut memanggil kawannya itu.

            Lalu kawan kepada sahabat tersebut pun datang.

            Bila kawan pelajar itu masuk menghadap sahaja, wajah Raja dan para Panglimanya bertukar seribu, diam membisu…

            “Hah, kalau mahu ludah, ludahlah kawan saya ini kerana dia yang menurunkan bendera Raja. Jadi, patik undur diri dulu ya.” Lalu pelajar itu pun pulang dengan wajah gembira dengan membawa ganjaran daripada Raja.

            Habis, bagaimana dengan kawan pelajar itu?

            Rupa-rupanya, kawan pelajar tersebut sebenarnya adalah seekor beruk !

       Raja merasakan seperti diperbodohkan gamaknya. Lalu dibuatnya kempen meludah agar dia dapat meneruskan tabiat kotornya itu. Namun kempen tersebut ternyata tidak mendapat sambutan keran semua orang juga maklum bahawa tabiat meludah merupakan tabiah yang kotor, lagi-lagi tabiat meludah ke arah muka orang lain.


           
Akhirnya, si Raja yang pengotor itu digulingkan…

            Masa terus berlalu. Namun persoalan yang baru pula muncul, adakah akan wujud Panglima Ludah yang baru kerana dikhabarkan ada seorang pelajar telah menurunkan bendera Raja sepurnama yang lepas. Wujud lagikah lagenda Panglima Ludah itu???



Thursday, December 22, 2011

Nikmat Yang Paling Sedap Di Dunia

       “Kita sebagai pendakwah kena sentiasa up to date!”
Begitu bersemangat sekali Nizammil bercerita kepada kami, sehingga mata beliau bernyala-nyala kemerahan menandakan bersemangatnya beliau mengupas isu tersebut. Kami pula hanya mengangguk-angguk setuju.

     “Aku ni, bukan apa. Aku ni selalu juga la bagi tazkirah kat sekolah dulu. Ada sekali tu, ustaz aku suruh aku bagi tazkirah, spontan pula tu. Aku pun waktu tu mula la nak cari-cari idea. Aku tak suka sebenarnya cakap-cakap point je, aku lagi suka bagi cerita-cerita. Tiba-tiba, aku pun dapat idea. Haaa …”

Cerita Nizammil
      Seorang pendakwah Islam masuk ke dalam kereta api. Dia lalu duduk di sebelah seorang rahib Kristian. Kedua-dua pendakwah itu masing-masing diam membisu sepanjang perjalanan, sehinggalah sejam perjalanan, rahib itu membuka bekalan makanannya – daging khinzir panggang. Rahib itu menuang sos dan garam ke atas daging khinzir tersebut sambil membuat muka yang menggiurkan. Sambil rahib itu merasai kelazatan (kelazatan?) daging itu, lantas dia berkata;

   “Alangkah ruginya umat Islam. Diharamkan pula memakan daging khinzir yang sedap ini. Rugi, sungguh rugi.”
Pendakwah Islam itu hanya mencebitkan muka sahaja sambil memikirkan idea bagaimana caranya untuk me ‘rodd’ pandangan rahib Kristian tersebut. Hurm…

    Akhirnya, kereta api itu telah sampai ke destinasinya. Sebelum rahib itu turun, pendakwah itu berkata kuat-kuat dengan sinisnya kepada rahib tersebut;

  “Alangkah ruginya orang Kristian. Tidak dapat merasai nikmat yang paling ‘sedap’ di dunia. Rugi, rugi sangat-sangat.”
Sindiran yang memang makan dalam itu membuatkan muka rahib tadi bertukar rupa menjadi begini…

Apa nikmat yang paling sedap itu? Ha, fikir-fikirkan lah…
^_^


muka-muka ceria ustaz Nizammil dan ustaz Putra selepas selesai menjalani imtihan Madkhol dengan jayanya...

Wednesday, December 21, 2011

Sunday, December 18, 2011

Saat Malam Pertama

Setiap kita pasti sudah melalui atau bakal melalui malam pertama. Begitu juga aku. Aku sama sekali tidak akan melupakan malam pertamaku itu. Malam pertama yang begitu sejuk sehingga mencengkam tuang rusukku. Ya, malam pertama aku di bumi Urdun, bumi barakah, bumi ambiya serta bumi permukimanku...


Bumi Jordan, 5 September 2011

            Seakan percaya atau tidak, aku bersama sahabat-sahabatku akhirnya selamat tiba di bumi ambiya ini, meninggalkan bumi Malaysia yang ketika itu masih meriah dengan sambuatan hari rayanya. Kami berlepas pada tujuh Syawal 1432 Hijrah. Sempat juga kami merasai kelazatan ketupat dan lemang sebelum kami berangkat. Sesuatu yang tidak pernah aku impian sebenarnya untuk aku melanjutkan pengajian di negara orang, lebih-lebih lagi bumi barakah seperti Jordan ini.

            Ahlan wa sahlan ya Urdun…

            Kepenatan akibat penerbangan yang mengambil masa sehingga berbelas jam itu dirasakan hilang apabila sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman. Wah, aku akhirnya telah menjejak kaki ke bumi ambiya ini. Aku seperti rusa masuk kampung gamatnya, melihat setiap ceruk bangunan, seakan begitu takjub dengan seni bina lapangan terbang ini. Hakikatnya, aku terasa begitu megahnya Malaysia apabila dibandingkan lapangan terbang ini dengan lapangan terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA).

            ‘Macam airport Ipoh je,’ aku berdialog sendirian.
           
          Bentuk dan rekaan lapangan terbang ini saling tidak tumpah seperti KLIA. Tetapi ternyata KLIA pastinya lebih hebat dan megah, lebih daripada segala-galanya. Barulah aku tahu lapangan terbangan yang dalam proses pembesaran ini sebenarnya dibina oleh arkitek daripada Malaysia juga. Patutlah rekaannya saling tak tumpah seperti KLIA. Siapa kata arkitek Malaysia tidak hebat?
        
        Amman ketika itu berada di penghujung musim panas. Panasnya tidak sehangat seperti di Malaysia. Musim luruh menanti waktunya sebelum musim sejuk bakal menyusul tiba. Anginnya begitu dingin, sepoi-sepoi bahasa, seakan turut sama menyambut kedatangan kami di sini. Hari ketika itu hampir gelap, jadi kami perlu segera bertolak ke Mu’tah, pekan yang bakal menjadi tempat permukiman kami sepanjang dua tahun kami di sini, insyaallah.


Pekan Mu’tah, Al-Karak

            Perjalan kami daripada Bandaraya Amman ke Pekan Mu’tah hanya diisi dengan tidur, atau istilah yang lebih manis - zikir senyap. Ternyata kepenatan akibat penerbangan tadi masih belum hilang. Coaster yang menjadi pengangkutan kami sunyi sepi kerana kesemua penumpang tidur dengan nyenyaknya. Kepenatan mengatasi keghairahan kami untuk menyelongkar dan mencuci mata melihat pemandangan negara Jordan.

            Sesampainya di Mu’tah, kami terus dibawa ke PUSKMA, singkatan nama bagi Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah. Jujurnya, aku terkejut apabila sampai sahaja di pekan Mu’tah ini. Sampah memenuhi setiap sudut ruang, suatu pemandangan yang tiada di Malaysia, kecuali hanya ketika berada di pasar malam sahaja. Biarlah, perut pula sudah lapar, makanan pula sudah terhidang di depan mata. Nasi ayam pula. Aku makan dengan dengan penuh selera sedangkan kawan-kawanku yang lain masih tidak puas tidur. Masakan tidak, bangun daripada tidur sahaja, terus diajak makan. Apa yang pasti, lepas makan sahaja, aku mahu tidur puas-puas. Aku rasa seperti sudah lewat malam, sedangkan hakikatnya jam baru menunjukkan pukul 10 malam.

            “Hai, dah mengantuk dah mil?” Aku menyapa Nizammil tatkala aku melihat dia menguap beberapa kali.

            “Kan dah lewat malam ni,”

            “Lewat? Kan awal lagi, baru pukul 10”

            “10? Kan dah pukul tiga pagi ni,”

            “Tiga pagi?”

            “Iyea la, tiga pagi. Kan sekarang Malaysia dah pukul tiga pagi. Itu yang aku mengantuk tu.”

            Jawapan bersahaja daripada Nizammil itu membuatkan aku tertawa kecil, begitu juga Amirul. Walaupun jasad kami sudah berada di Jordan, namun hati dan semangat kami masih berbaki di Malaysia. Malam itu, aku bersama Nizammil dan Amirul menikmati malam yang pertama di bumi Jordan. Malam yang diselubungi kesejukan sehingga aku bangun berkali-kali kerana kekejangan kaki akibat suhu sejuk yang begitu mencengkam. Ini baru malam pada musim panas. Ya Allah, bagaimana nanti aku mahu menghadapi musim sejuk pula.

            Kembaraku sebagai penuntut ilmu kini baru bermula. Langkah pertama telah diambil sebelum langkah yang lebih jauh bakal menyusul. Ya Allah, Kau permudahkanlah langkahku ini dalam mencari ilmuMu, amin.


Saturday, December 17, 2011

7 Filem Islamik Wajib Tonton

Aku merupakan kaki movie, walaupun aku sebenarnya dua tiga kali sahaja masuk ke wayang. Namun sayang, banyak movie-movie yang ditayangkan tidak membentuk sahsiah diri serta tidak islamik. Jika ada pun, tidak semantap movie yang bukan islamik. Namun tidak dinafikan ada juga sebagahian movie islamik yang mantap dan berkualiti. Di sini, aku sertakan tujuh movie Islamik yang mampu untuk membangunkan roh dan jiwa kita sebagai seorang muslim. Sama-sama layan... ~




7. Nur Kasih The Movie


Walaupun aku tidak menonton dramanya(sebenarnya ada saja drama ini dalam laptop aku, cuma aku tiada masa sahaja untuk menontonnya), namun aku dapat fahami jalan ceritanya. Purmulaanya agak membosankan, namun bila sampai sahaja babak lakonan di Jordan, mataku kembali segar(huhuhu). Terdapat beberapa babak yang tidak memaparkan wajah sebenar Jordan, namun keseluruhannya filem ini berbaloi untuk ditonton. Salah satu ayat dalam filem ini yang cukup aku suka;
"Niat kita ikhlas, nak berdakwah. Tapi kalau orang-orang ilmuan nak mengajar orang-orang masjid, orang-orang yang ada kesedaran, budak-budak tu tanggungjawab siapa?(merujuk kepada budak-budak nakal yang masih tidak mendapat petunjuk)"
Jadi? Jangan jumud dalam berdakwah..  :)



6. Dalam Mihrab Cinta  


Dalam banyak-banyak karya Habiburrahman El Shirazy, aku memilih movie ini berbanding yang selainnya. Movie yang diadaptasi daripada novel ini memang cukup menyentuh perasaan. Bagaimana gamaknya seorang yang tidak bersalah tetapi dihukum bersalah. Ramai yang tidak mempercayainya lagi angkara fitnah. Kerana fitnah, dia menjadi nakal dan jahat, dan kerana fitnah, dia bangkit kembali menjadi insan yang dipercayai. Babak cinta dalam movie ini juga menjadi daya penarik agak penonton melekat menontonnya sehingga habis. Jika anda mahu bangkit daripada fitnah, wajiblah untuk menonton filem ini...



5. Kingdom Of Haeven


Filem yang berkisar tentang kejatuhan Baitul Maqdis di tangan umat Islam semula. Walaupun filem ini mengisahkan pihak Kristian sebagai watak utama, namun filem ini berjaya memaparkan kesyumulan Islam secara baik. Watak Salahuddin di dalam filem ini menunjukkan beliau seorang panglima yang alim, soleh serta pakar dalam membuat teknik serta perancangan di dalam peperangan. Babak peperangan yang ditunjukkan memang tidak mengecewakan. Filem ini juga memaparkan kecanggihan umat Islam di zaman dahulu yang menguasai serta pakar dalam membina senjata-senjata berat. Naskah filem sejarah yang wajib tonton...




4. The Message


Filem klasik yang dibuat pada tahun 1979 ini masih merupakan movie yang memaparkan Sirah Rasulullah SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Bagi yang mahu mengikuti kisah hidup dan sejarah Rasulullah SAW namun malas untuk membacanya di dalam kitab-kitab sirah, boleh sahaja menonton filem ini. Kehidupan Rasulullah SAW ditunjukkan ketika baginda mula mendapat wahyu. Salah satu babak yang cukup 'makan dalam' adalah tatkala dakwah Rasulullah SAW dicaci dan dihina, lebih-lebih lagi sewaktu Baginda berdakwah ke Taif, namun pabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, masyarakat di sana menyambut kedatangan Rasul mereka dengan cukup meriah. MasyaAllah! Mari bersama tingkatkan rasa kasih dan sayang kita terhadap nabi junjungan besar Rasulullah SAW dengan menonton filem ini...




3. Le grand Voyage


Seorang ayah mahu mengerjakan Haji, namun dia tidak mahu ke sana dengan menaiki kapal terbang. Akhirnya, dengan berat hati, anaknya terpaksa membawa ayahnya ke sana. Perjalanan mereka yang bermula dari Perancis itu melalui beberapa buah negara, termasuklah Jordan. Filem yang mengangkat hubungan anak dan ayahnya. Walaupun bapanya ada membuat perkara yang menyakiti anaknya seperti membuang enset anaknya ke dalam tong sampah, namun anaknya itu tetap meninggikan suara, apatah lagi memarahi ayahnya, cuma bermasam muka sekejap sahaja. Kalau bapa kita buat begitu pada kita? Ha, fikir-fikirkanlah. Bagaimanakah kesudahan perjalanan mereka? Adakah mereka selamat tiba ke Mekkah? Mahu tahu, tonton sahaja filem ini di youtube, huhuhu...



2. Sang Pengcerah


Filem yang mengangkat tokoh ulamak Indonesia, Kiyai Ahmad Dahalan, sebagai watak utama. Jika anda menyukai filem Ip Man, pasti anda juga akan menyukai filem ini. Bagaimana tokoh Islam ini berjuang menghapuskan perkara-perkara bidaah dan kufur di kampungnya, namun beliau pula yang dipandang serong. Kemuncak penolakan masyarakat kepada beliau adalah tatkala beliau memberitahu bahawa kiblat di Masjid Agung adalah tidak tepat dan salah. Setelah peristiwa itu sahaja, terus beliau dituduh sebagai kafir. Namun, yang benar tetap benar. Kita juga dapat mempelajari bagaimana cara yang mudah untuk berdakwah. Filem ini juga menunjukkan bahawa agama Islam itu mudah. Sebuah filem sejarah yang begitu bernilai. Bilalah gamaknya Malaysia mahu membuat filem islamik yang cukup cantik seperti ini?



1. My Name Is Khan


Tragedi 11 September telah mengubah lanskap kehidupan masyarakat Islam di Amerika. Islam mula dilabel sebagai agama yang ganas. Keluarga Khan juga terkena tempiasnya. Anak mereka dibunuh kerana dibuli oleh orang-orang kristian yang begitu anti dengan Islam. Khan yang mempunyai penyakit Asperger's Syndrome nekad untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat. Pengembaraan Khan yang ingin bertemu dengan pemimpin no 1 itu melalui perbagai rintangan yang akhirnya membuatkan Khan mula dikenali oleh masyarakat awam. Ayat Khan yang menjadi cogan katanya;
"My name is Khan, and I'm not a terrorist."
Filem yang begitu cantik, beautiful dan cukup mantap untuk ditonton..  :)


Mengapa tidak anda mampu untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton filem-filem seperti ini?
Yah, sokong filem yang memperjuangkan Islam..
Bak kata pepatah; "SOKONG ISLAM, ANDA SELAMAT'

Selamat menonton
^_^

Wednesday, December 14, 2011

Ada khinzir (babi) di bumi Mu'tah..??

PADA malam kejadian, aku mengikuti kelas tafaqquh bersama Abang Long di PUKSMA. Selesai sahaja kelas, aku terus melangkah menuju ke rumah Aiman yang terletak di penghujung dunia Mu'tah. Terasa rindu pula untuk menziarahi dia walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk yang menggila. Aku hanya berjalan keseorangan sahaja ketika itu.

     Sedang aku berjalan melintasi sekolah, aku dapati bayang haiwan yang berwarna putih. Aku ingat anjing kerana merasakan mustahil ada kucing yang sebesar itu. Jika anjing, aku tidak berapa takut sangat kerana umi aku ada mengajar doa dan cara-cara supaya kita tidak dikejar anjing. Aku berjalan dengan gagah dan berani..

Semakin aku menghampiri haiwan yang aku sangkakan anjing itu,...

Top 7 Anime Movie Sepanjang Zaman

SIAPA kata hanya kanak-kanak sahaja yang boleh layan cerita kartun? Aku sebagai pemuda yang matang juga layan cerita-cerita kartun ni taw(huhuhu). Aku begitu meminati anime movie from Japan. Movienya begitu simple dengan grafik 2D yang cukup cantik. Hingga kini, sudah berpuluh-puluh anime Movie from Japan yang aku layan. Yang pasti juga, anime Japan ni bebas daripada adegen2 yang mencuit iman, kira tontonan umum la tanpa mengira usia. Di sini, aku dengan berbesar hatinya menyenaraikan 7 anime Movie from Japan yang terbaik, yang pernah aku tonton,..
^_^


7. Ponyo

Mungkin movie ini hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak sahaja, tetapi bagi yang mahu menjiwai hati seorang kanak-kanak, tonton sahaja filem ini. Filem ini memang mempunyai grafik yg cukup3 lawa dan beautiful walaupun hanya sekadar 2D. Cinta kanak-kanak gitu. Namun pengajarannya cukup bagus, bahawa kita perlu mnyanyangi laut kita. Ya, semoga terhibur
^_^


6. Princess Mononoke

Pernah menonton filem Avatar? Ha, sebenarnya filem paling laris di dunia itu diambil ideanya daripada filem ini. Tak percaya? Tonton sahaja cerita ini. Memang pada mulanya agak membosankan, tetapi plot cerita ini terus berkembang dan berkembang sehingga menjadi satu filem lagend gitu. Yang pasti, moral value cerita ini cukup bermutu tinggi. Elemen2 mitos juga dimasukkan ke dalam filem ini, menjadikan ianya naskah lagenda yang wajar ditontoni...


5. Akira

Anime penuh aksi ini merupakan salah satu anime Japan yang cukup meletup pada zamannya. Anime fantasi yang berkisar tentang masa hadapan yang penuh dengan aksi2 serta kuasa yang super duper power. Juga mengisahkan tentang persahabatan dua sahabat, yang mana akhirnya menjadi musuh ketat semata-mata kerana tamakkan kuasa. Ada beberapa movie daripada hollywood yang mengambil idea daripada anime ini, kerana idea asal anime ini memang cukup mantap.


4. Grave Of The Fireflies

Sudahlah kematian ibu bapa, kemudian dihalau keluar pula oleh mak cik sendiri kerana kekejaman perang dunia. Akhirnya si abang ini terpaksa membesarkan adik kesayangannya hanya di dalam gua. Memang cerita ini cukup-cukup sedih. Aku juga pernah menonton anime ini di dalam live action, dan ternyata juga cukup2 mengguris hati. Bagi yang sudah lama tidak menangis, bolehlah menonton anime ini...


3. Howl's Moving Castle

Seorang wanita yang muda remaja disumpah menjadi nenek. Maka, bermulalah kehidupan wanita malang itu di dalam dunia sihir. Anime fantasi yang cukup beautiful sekali dengan panorama menghijau yang cukup cantik. Kuasa sihirnya juga memang hidup, dengan ahli sihir jahat cuba menjadi baik hasil usaha wanita yang disumpah tadi. Istana sihir yang boleh bergerak itu menjadi kunci bagi anime ini. Memang sebuah anime yang cukup mantap...


2. My Neigbour Totoro

Anime movie from Japan yang tidak jemu-jemu aku menontonnya. Selalunya aku menonton bersama dengan adik-adikku yang masih kecil. Sebuah karya yang simple dan mudah difahami, dan yang penting, ceria sokmo. Berkenaan keluarga yang berpindah ke rumah baru, dan di belakang rumah tersebut didiami oleh mahluk gergasi yang sangat cute. Yang seronoknya, kanak-kanak yang dapat melihat haiwan ini tidak merasa takut pula. Memang sebuah movie yang cukup simple dan colourful tetapi cukup berbekas di hati...


1. Spirited Away

Tengok sahaja anugerah2 yang telah anime ini perolehi sudah cukup membuktikan bahawa ianya satu hasil anime yang cukup hebat. Memang sebuah naskah movie yang terbaik dengan grafik yang cukup hidup. Berkisar mengenai seorang kanak-kanak yang berusaha untuk menyelamatkan ibu bapanya walaupun dia terpaksa memasuki dunia hantu dan sihir yang begitu menakutkan. Namun nasib baik kanak-kanak ini dibantu oleh makhluk2 yang prihatin. Mahu tahu kesudahannya? Saksikanlah sendiri movie wajib tonton ini
^_^

Jika mengalami kesukaran untuk menjaga adik-adik kecil yang buas2 dan hyper aktif, boleh saja mengajak mereka menonton anime2 movie ini seperti mana yg pernah aku lakukan(hehe). Memang setiap anime yang dipaparkan mempunyai moral value yang cukup berbekas di hati.. Semoga terhibur~~

Tuesday, December 13, 2011

5 Drama Korea yang terBaik punya.. ^_^

Nak kata aku ni peminat drama Korea, aku memang tak boleh nak nafikan la, huhu..
Memang minat sangat sampai bila rasa tension, aku pun tengok la drama korea untuk menenangkan perasaan gundah gulanaku. Dramanya begitu simple but beautiful membuatkan drama korea ini begitu diminati di seantaro dunia.

Di sini, aku sertakan 5 drama korea yang terbaik punya, yang aku pernah tonton..Bagi yang tidak pernah melayan drama Korea, bolehlah melayan salah satu daripada 5 drama Korea ini...
Sama-sama layan..  ^_^


5. Iris

Merupakan drama Korea yang menelan kos bujet tertinggi, iaitu sebanyak 17 billion USD. Drama penuh aksi dan percintaan ini berkisar tentang pergolakan antara negara Korea Utara dan Korea Selatan. Satu pertubuhan rahsia yang dikenali dengan nama 'IRIS' cuba untuk merenggangkan hubungan kedua-dua negara tersebut. Namun, rancangan IRIS itu dapat dikesan oleh National Security Service atau NSS, iaitu badan rahsia yang ditugaskan untuk menjaga keamanan Korea Selatan. Adakah rancangan IRIS berjaya? Mahu tahu, kena la layan drama ini..


4. Sassy Girl


Drama Korea pertama yang aku tonton, dan bermula dari drama ini, aku mula meminati drama-drama Korea(huhuhu). Sebuah kisah yang seakan kahwin mut'ah gamaknya. Memang penuh dengan gelak ketawa dan tangisan. Bagaimana ya perasaannya jika diberi berkahwin ketika masih di sekolah menengah? Bagi aku, ini merupakan salah satu drama Korea yang cukup kejam. Namun, drama ini berakhir dengan happy ending(yes.!!).
Ha, kenapa aku kata drama ini kejam? kena tengok la..



3. You Are Beautiful


Seorang wanita dipaksa untuk menjadi seorang lelaki. Bagaimana ya? Sudah tu, bukan sebarang lelaki, tetapi sebagai penyanyi untuk sebuah kumpulan yang paling popular di Korea pula. Ya, drama ini memang cukup beautiful dan wonderful. Memang tidak rugi jika menonton drama ini. Lakonan para pelakonnya cukup berbekas di hati. Watak-watak yang ditampilkan cukup hidup dan semulajadi. Jadi, bagi yang belum menontonnya, tunggu apa lagi...


2. Boy Over Flower

Merupakan drama Korea yang paling banyak didownload di dalam sejarah, drama yang berkisah mengenai kumpulan empat lelaki yang super duper mewah, yang dikenali dengan nama 4F. Memang sebuah drama yang cukup gempak yang diambil daripada komik Jepun. Bagaimana gamaknya seorang lelaki yang menguasai ekonomi Korea mahu memikat hati seorang gadis yang miskin? Ha, dalam drama ini menceritakan bagaimana kekayaan itu bukan segala-galanya. Kehidupan aku juga banyak terkesan dengan watak-watak 4F ini. Drama wajib tonton bagi yang mahu berjinak-jinak untuk menjadi penonton drama Korea.


1. Full House

Ya, drama Korea terbaik yang pernah aku tonton. Aku memilih drama ini berbanding drama-drama yang lain kerana bagi aku drama ini merupakan drama yang paling sempurna sekali. Bermula daripada tiada rasa cinta dan berakhir dengan ending yang cukup cantik. Dramanya juga penuh komedi dan yang paling penting tiada part yang sedih-sedih. Semuanya cukup beautiful dan wonderful. Mahu tahu lebih lanjut kenapa aku memilih drama ini di tempat yang pertama? Ha, kena la tengok sama-sama...




Yang pasti, drama, drama juga. Ibadah kepada Allah jangan dilupa..
sama-sama beringat..

Aja2 Fighting..!!! 

Alhamdulillah...

^_^

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger