Puasa (bahasa Arab: صوم) secara
bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara'
bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangka masa
tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan
dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari
terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada
menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau
bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran
serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan
menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.
PUASA SUNAT (HARI-HARI
PUTIH)
Islam menganjurkan setiap pemeluknya untuk memperbanyak
ibadah sunnah, salah satunya adalah puasa putih. Ibadah ini merupakan puasa
sunnah yang dilakukan setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan. Namun, khusus
untuk bulan Dzulhijjah puasa ini hanya boleh dilakukan pada tanggal 14 dan 15.
Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari
putih?
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah
s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke
13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda;
“Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).
Rasulullah s.a.w.
pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.;
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)
Sabda Nabi s.a.w.;
“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).
Abu Hurairah r.a. juga
pernah menceritakan;
“Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kenapa dinamakan Hari Putih?
Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض”
(hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.
Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.
Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam
sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yang dimaksudkan puasa pada pertengahan bulan
itu adalah hari yang afdhal kerana Nabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan
lelaki lagi senang berpuasa pada hari-hari pertengahan ni. Maka beruntunglah
wahai kaum Adam ^_^
Rebutlah peluang selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini
Rujukan:
Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261.
11 comments:
Syukran Jazilan :)
syukran
terima kasih atas perkongsian
Salam alaik,maaf mnggu,nak bertnya,bolehkah sekiranya tdak brpuasa berderet 13,14,15 kerana trlupa,kmudian tringat pd hari ke 14 dan berpuasa hanya pd hri ke 15?
Hari putih ni hari tasyrik ker
nak tnya ,niat ..puasa sunat cm biasa ka?
Nak tanya kalau puasa putih tu kena 3 hari sedara berterusan ataupun bole selang² ?
Terima kasih untuk info
Jemput hadir jika kelapangan https://youtu.be/TaVHv_6ZMOs
Baca Yasin sempena Nisfu Syaaban
Hari tasyrik haram berpuasa..11 12 dan 13 zulhijjah
Hari putih sunat berpuasa 13 14 15 setiap bln qomariah.
Ada soalan , mcm mane kalau personal ?
Boleh jak
Post a Comment