Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah?
Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid( 1876 - 1909
)
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan
manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang
Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen
Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama
beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota
Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani,
wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya
terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”,
Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya
begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”,
Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan
itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda
berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki
ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda
kemerah-merahan
menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia
jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin
menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu
(1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak
Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid
menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu
selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan
Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.
Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah
disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih
mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan
derita hatinya di dalam diari baginda. Perancangan untuk menggulingkan baginda
sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama
baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul
Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini
terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul
Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan.
Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka
masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta
pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa
oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya
yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang
besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat
lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya
hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam
gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan
ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece. Gerombolan tentera
kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda
Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan
Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq
r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan
menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang
dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat
penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis
ketakutan. Anak anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci
Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita,
bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada
sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah
kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang
mustahil untuk diputihkan kembali. Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul
Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh
anaknya Fatimah.
“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada
umat
Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama
benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu.
Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana,
dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi
baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang
ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai
pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. Sultan Abdul Hamid dikurung di
Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih
awal”, doktor
yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin
serius. Doktor
sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Renungan Sultan Abdul Hamid
menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus
menemui ajalnya di tangan beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang
doktor
sudah hilang upaya. Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari,
1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah
sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah
dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu.
Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.
Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid