"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, December 17, 2011

7 Filem Islamik Wajib Tonton

Aku merupakan kaki movie, walaupun aku sebenarnya dua tiga kali sahaja masuk ke wayang. Namun sayang, banyak movie-movie yang ditayangkan tidak membentuk sahsiah diri serta tidak islamik. Jika ada pun, tidak semantap movie yang bukan islamik. Namun tidak dinafikan ada juga sebagahian movie islamik yang mantap dan berkualiti. Di sini, aku sertakan tujuh movie Islamik yang mampu untuk membangunkan roh dan jiwa kita sebagai seorang muslim. Sama-sama layan... ~




7. Nur Kasih The Movie


Walaupun aku tidak menonton dramanya(sebenarnya ada saja drama ini dalam laptop aku, cuma aku tiada masa sahaja untuk menontonnya), namun aku dapat fahami jalan ceritanya. Purmulaanya agak membosankan, namun bila sampai sahaja babak lakonan di Jordan, mataku kembali segar(huhuhu). Terdapat beberapa babak yang tidak memaparkan wajah sebenar Jordan, namun keseluruhannya filem ini berbaloi untuk ditonton. Salah satu ayat dalam filem ini yang cukup aku suka;
"Niat kita ikhlas, nak berdakwah. Tapi kalau orang-orang ilmuan nak mengajar orang-orang masjid, orang-orang yang ada kesedaran, budak-budak tu tanggungjawab siapa?(merujuk kepada budak-budak nakal yang masih tidak mendapat petunjuk)"
Jadi? Jangan jumud dalam berdakwah..  :)



6. Dalam Mihrab Cinta  


Dalam banyak-banyak karya Habiburrahman El Shirazy, aku memilih movie ini berbanding yang selainnya. Movie yang diadaptasi daripada novel ini memang cukup menyentuh perasaan. Bagaimana gamaknya seorang yang tidak bersalah tetapi dihukum bersalah. Ramai yang tidak mempercayainya lagi angkara fitnah. Kerana fitnah, dia menjadi nakal dan jahat, dan kerana fitnah, dia bangkit kembali menjadi insan yang dipercayai. Babak cinta dalam movie ini juga menjadi daya penarik agak penonton melekat menontonnya sehingga habis. Jika anda mahu bangkit daripada fitnah, wajiblah untuk menonton filem ini...



5. Kingdom Of Haeven


Filem yang berkisar tentang kejatuhan Baitul Maqdis di tangan umat Islam semula. Walaupun filem ini mengisahkan pihak Kristian sebagai watak utama, namun filem ini berjaya memaparkan kesyumulan Islam secara baik. Watak Salahuddin di dalam filem ini menunjukkan beliau seorang panglima yang alim, soleh serta pakar dalam membuat teknik serta perancangan di dalam peperangan. Babak peperangan yang ditunjukkan memang tidak mengecewakan. Filem ini juga memaparkan kecanggihan umat Islam di zaman dahulu yang menguasai serta pakar dalam membina senjata-senjata berat. Naskah filem sejarah yang wajib tonton...




4. The Message


Filem klasik yang dibuat pada tahun 1979 ini masih merupakan movie yang memaparkan Sirah Rasulullah SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Bagi yang mahu mengikuti kisah hidup dan sejarah Rasulullah SAW namun malas untuk membacanya di dalam kitab-kitab sirah, boleh sahaja menonton filem ini. Kehidupan Rasulullah SAW ditunjukkan ketika baginda mula mendapat wahyu. Salah satu babak yang cukup 'makan dalam' adalah tatkala dakwah Rasulullah SAW dicaci dan dihina, lebih-lebih lagi sewaktu Baginda berdakwah ke Taif, namun pabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, masyarakat di sana menyambut kedatangan Rasul mereka dengan cukup meriah. MasyaAllah! Mari bersama tingkatkan rasa kasih dan sayang kita terhadap nabi junjungan besar Rasulullah SAW dengan menonton filem ini...




3. Le grand Voyage


Seorang ayah mahu mengerjakan Haji, namun dia tidak mahu ke sana dengan menaiki kapal terbang. Akhirnya, dengan berat hati, anaknya terpaksa membawa ayahnya ke sana. Perjalanan mereka yang bermula dari Perancis itu melalui beberapa buah negara, termasuklah Jordan. Filem yang mengangkat hubungan anak dan ayahnya. Walaupun bapanya ada membuat perkara yang menyakiti anaknya seperti membuang enset anaknya ke dalam tong sampah, namun anaknya itu tetap meninggikan suara, apatah lagi memarahi ayahnya, cuma bermasam muka sekejap sahaja. Kalau bapa kita buat begitu pada kita? Ha, fikir-fikirkanlah. Bagaimanakah kesudahan perjalanan mereka? Adakah mereka selamat tiba ke Mekkah? Mahu tahu, tonton sahaja filem ini di youtube, huhuhu...



2. Sang Pengcerah


Filem yang mengangkat tokoh ulamak Indonesia, Kiyai Ahmad Dahalan, sebagai watak utama. Jika anda menyukai filem Ip Man, pasti anda juga akan menyukai filem ini. Bagaimana tokoh Islam ini berjuang menghapuskan perkara-perkara bidaah dan kufur di kampungnya, namun beliau pula yang dipandang serong. Kemuncak penolakan masyarakat kepada beliau adalah tatkala beliau memberitahu bahawa kiblat di Masjid Agung adalah tidak tepat dan salah. Setelah peristiwa itu sahaja, terus beliau dituduh sebagai kafir. Namun, yang benar tetap benar. Kita juga dapat mempelajari bagaimana cara yang mudah untuk berdakwah. Filem ini juga menunjukkan bahawa agama Islam itu mudah. Sebuah filem sejarah yang begitu bernilai. Bilalah gamaknya Malaysia mahu membuat filem islamik yang cukup cantik seperti ini?



1. My Name Is Khan


Tragedi 11 September telah mengubah lanskap kehidupan masyarakat Islam di Amerika. Islam mula dilabel sebagai agama yang ganas. Keluarga Khan juga terkena tempiasnya. Anak mereka dibunuh kerana dibuli oleh orang-orang kristian yang begitu anti dengan Islam. Khan yang mempunyai penyakit Asperger's Syndrome nekad untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat. Pengembaraan Khan yang ingin bertemu dengan pemimpin no 1 itu melalui perbagai rintangan yang akhirnya membuatkan Khan mula dikenali oleh masyarakat awam. Ayat Khan yang menjadi cogan katanya;
"My name is Khan, and I'm not a terrorist."
Filem yang begitu cantik, beautiful dan cukup mantap untuk ditonton..  :)


Mengapa tidak anda mampu untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton filem-filem seperti ini?
Yah, sokong filem yang memperjuangkan Islam..
Bak kata pepatah; "SOKONG ISLAM, ANDA SELAMAT'

Selamat menonton
^_^

3 comments:

AnA ImTiYaZ.. said...

-kisah hafazan delisa
bakal keluar xlama lg..

mgkn jalan ceritanya lebih boleh diterima berbanding filem nur kasih

hamid addin said...

iyea?
bgus3
^_^

hafirfaris said...

sang pencerah sangat bagus dari segi dakwahnya tapi langsung tidak di persetujui tuan gurunya di timur tengan mengatakan Allah ada di tanah...dalam konteks dakwah sangat bagus dalam konteks akidah sangat buruk...

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger