"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Friday, December 23, 2011

Lagenda Panglima Ludah

            Pada zaman dahulu, terdapat sebuah Negara yang aman damai. Negara itu diperintah oleh seorang Raja yang mempunyai perangai yang pelik – suka meludah dan melihat orang diludah. Jika ada sahaja kesalahan yang dilakukan di negara itu habis diludah pesalah-pesalah tersebut oleh Raja dan para panglimanya yang gagah perkasa. Hinggalah kejadian kes salah laku tidak wujud lagi di negara tersebut akibat takutnya rakyat jelata akan ludahan daripada Raja mereka dan kunco-kunconya itu.

            Akhirnya, si Raja sudah tidak tahan untuk meludah lagi akibat kejadian-kejadian salah laku tidak wujud lagi, maka dibuatnya pertandingan;

 “barang siapa yang berani menurunkan bendera Raja, akan diberi ganjaran harta yang banyak, namun dia akan dikenakan hukuman iaitu hukuman diludah oleh Raja dan para Panglimanya.”

            Namun, tiada siapa yang berani mahu menurunkan bendera itu. Walaupun mendapat harta sebanyak mana pun, namun apakah maknanya jika diludah oleh Raja, lebih-lebih lagi Panglima kepada Raja itu mempunyai tabiat ludah yang lebih luar biasa, dikatakan Panglima Raja itu tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Riwayat lain mengatakan bahawa jika terkena sahaja ludahan panglima Raja, maka pengsanlah akan ia seminggu lamanya.

            Namun, ada juga seorang pelajar yang berani mahu menurunkan bendera Sultan itu. Dipanggilnya kawannya untuk turut serta menurunkan bendera Raja itu. Akhirnya bendera Raja berjaya diturunkan. Pelajar itu dengan megahnya menuju ke Istana untuk menuntut ganjaran yang dijanjikan.

            “Bagus. Ini ganjaran kamu. Namun, beta juga mahu mendapat ganjarannya. Kamu mari ke sini, beta mahu meludah dan menampar-nampar kamu.”

            Pelajar tersebut tetap tenang di hadapan Rajanya. Di sebelah Raja, megah berdiri Panglima Raja dengan muka bernafsu. Terlihat pelajar itu akan air liur basi meleleh di mulut panglima. Seraya pelajar itu menghampiri Raja lalu berkata;

            “Jika mahu ludah, ludahlah. Tapi bukan kepada patik, tetapi kepada kawan patik. Dia sebenarnya yang menurunkan bendera Raja. Tetapi dia tidak mahu harta dan ganjaran. Jadi, patik yang mewakili dia untuk mengambil ganjarannya. Jika Tuanku mahu ludah, ludahlah kawan patik itu.”
           
“Baiklah. Mana kawan kamu itu. Beta sudah tidak sabar-sabar lagi ni.”
           
“Long. Mari sini!” Jerit pelajar tersebut memanggil kawannya itu.

            Lalu kawan kepada sahabat tersebut pun datang.

            Bila kawan pelajar itu masuk menghadap sahaja, wajah Raja dan para Panglimanya bertukar seribu, diam membisu…

            “Hah, kalau mahu ludah, ludahlah kawan saya ini kerana dia yang menurunkan bendera Raja. Jadi, patik undur diri dulu ya.” Lalu pelajar itu pun pulang dengan wajah gembira dengan membawa ganjaran daripada Raja.

            Habis, bagaimana dengan kawan pelajar itu?

            Rupa-rupanya, kawan pelajar tersebut sebenarnya adalah seekor beruk !

       Raja merasakan seperti diperbodohkan gamaknya. Lalu dibuatnya kempen meludah agar dia dapat meneruskan tabiat kotornya itu. Namun kempen tersebut ternyata tidak mendapat sambutan keran semua orang juga maklum bahawa tabiat meludah merupakan tabiah yang kotor, lagi-lagi tabiat meludah ke arah muka orang lain.


           
Akhirnya, si Raja yang pengotor itu digulingkan…

            Masa terus berlalu. Namun persoalan yang baru pula muncul, adakah akan wujud Panglima Ludah yang baru kerana dikhabarkan ada seorang pelajar telah menurunkan bendera Raja sepurnama yang lepas. Wujud lagikah lagenda Panglima Ludah itu???



0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger