"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Thursday, June 14, 2012

5 Tempat Perlancongan Utama di Timur Tengah


Alhamdulillah, hampir setahun aku bermustautim di bumi Jordan ini, bumi ambiya dan para syuhada. Namun sayangnya aku masih belum lagi menjelajahi sekitar nagara-negara timur tengah, terutamanya mengerjakan umrah. Namun aku pasti akan ke sana jua. Alang-alang sudah berada di sini, cukup rugi jika tidak keluar mengembara, kan? Jadi, di sini aku ingin menyenaraikan 5 tempat perlancongan paling utama di timur tengah. Moh kita melancong...!!!

Petra, Jordan

Kota Purba yang dibina di cerunan gunung dan menjadi salah satu keajaiban dunia yang baru. Tempat ini menarik jutaan pengunjung setiap tahun untuk melihat kehebatan umat zaman dahulu.


Sanaa, Yemen

Bandar yang menyimpan ratusan monumen dan sejarah. Tersenarai oleh Unesco sebagai ‘World Heritage’. Bandar yang menyediakan bangunan-bangunan lama,  pasar-pasar tradisional dan binaan masjid yang tertua di dunia.


Qalat, Bahrain

Negara yang terletak di jurang Parsi terkenala dengan istana yang dikenali dengan nama Qalat Al Bahrain dan menjadi salah satu tempat bersejarah Unesco. Tambahan pula, rangkaian monumen, muzium dan beberapa binaan moden menggambarkan pembangunann kebudayaan negara Arab.


Sabratha, Libya

Terletak di timur ibu negara Tripoli,  legasi Roman ini dikenali dengan nama Sabratha. Bandar ini mempunyai binaan-binaan Rom yang masih dalam keadaan baik dan menjadi bukti kemegahan kerajaan Rom pada zaman dahulu.


Carthagie, Tunisia


Carthagie ini dikenali sebagai pusat jual beli yang utama pada zaman pemerintahan Rom. Namun banyak binaan yang telah musnah. Yang tinggal adalah bangunan teater, pelabuhan dan tempat permandian awam.


Berjalan, bermusafirlah..
Melihat kebesar Tuhan yang,..
Menciptakan untuk mereka yang berfikir~

Harapnya aku dapat mengunjungi ke tempat-tempat ini, walaupun keinginanku lebih tinggi untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah. ^_^


“Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” 
( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad).

________________

sumber:








1 comments:

profmie said...

byk jg tmpt yg menarik utk dikunjungi di negara Timur tgh coz byk peninggln sejrh dlu..
teringin jg nk g sana Mekah & Madinah...

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger