"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Monday, January 21, 2013

Belajarlah Daripada Spongebob


Kecil, bersegi empat, berwarna kuning. Siapa lagi jika bukan Spongebob. Kartun ini mula ditayangkan di tv3  dalam bahasa Inggeris. Namun, semenjak kembali disiaran di tv9 dalam versi Bahasa Melayu, kartun ini terus menjadi fenomena. Peminatnya merangkumi perbagai lapisan masyarakat, baik daripada kanak-kanak sehinggalah kepada mereka yang telah berkahwin. Malah, aku sendiri -termasuk abangku sendiri - turut meminati rancangan ini. Yang pasti, kartun ini bukan sekadar kartun untuk bergelak ketawa sahaja, malah mempunyai moral value yang cukup tinggi.

Di sini, aku senaraikan nilai-nilai murni yang boleh kita contohi daripada Spongebob...


1. Ceria

Spongebob sentiasa berada dalam keadaan ceria. Senyumannya manis menampakkan gigi. Malah dia juga akan memastikan sahabat-sahabat di sekelilingnya turut merasa ceria. Dia melakukan sesuatu dalam keadaan ceria - samada bersama haiwan peliharaannya, atau bersama sahabatnya, malah ketika dia sedang bekerja. Lebih hebat, Spongebob masih mampu ceria walaupun berada di dalam penjara!


2. Sifat Peduli yang Tinggi

Satu sifat yang semakin pupus di era kemodenan ini - pedulisme. Banyak episod yang menunjukkan Spongebob berusaha membahagiakan sahabat-sahabatnya seperti Patrick sewaktu ingin mendapat piala, Sandy ketika diejek masyarakat sebagai tupai yang bodoh, Pearl di saat ulang tahunnya, Puan Puff saat dipenjara, malah contoh-contoh yang lain. termasuk juga sikap pedulismenya pada obor-obor yang pernah ditangkap secara rakus. Spongebob juga begitu ringan mulut untuk bertanya khabar kepada sesiapa sahaja, mengambil berat akan hal sekeliling,  mengalahkan tuan YB pula.


3. Semangat dan Giat bekerja

Semangat Spongebob begitu mengagumkan. Lihatlah seawal pagi tatkala loceng gergasinya berbunyi, Spongebob terus bangun bersiap dan memekikkan kata-kata "AKU SIAP! AKU SIAP !!!" Disiplinnya patut kita contohi, apatah lagi dia pernah mendapat penghargaan kerana ketepatan Punch Cardnya selama tempoh 100 hari. Spongebob tidak pernah mengeluh dalam bekerja. Lebih hebat, dia langsung tidak pernah mengeluh walaupun tidak mendapat cuti!


4. Berimaginasi Tinggi

Salah satu sikap yang kita patut contohi daripada Spongebob adalah membina imaginasi yang tinggi. Contoh terbaik ialah ketika episod 'Kotak Imaginasi'. Bagaimana Spongebob bersama Patrick mengubah kotak kosong menjadi alat permainan serba guna. Malah, imaginasi Spongebob juga telah membantu merialisasikan harapan Squidward Tentacles, mengubah restoran Krusty Krab menjadi restoran 5 bintang!


5. Tidak berputus Asa

Spongebob memang seorang (seorang?) yang tidak pernah berputus asa. Lihat saja, berapa ratus kali dia gagal dalam ujian memandu, namun dia tidak pernah serik untuk terus mencuba dan berusaha. Jika dia membantu sahabatnya, pasti dia akan membantu sehingga selesai tanpa sedikit pun mengeluh dan mengalah. Saat dia dan Patrick menjual coklat, walaupun di awal perniagaan mereka penuh dengan dugaan serta penipuan, namun mereka tetap cekal untuk terus menjual coklat. Hasilnya, mereka menjadi kaya bertitik pada cogan kata 'tidak putus asa'.


6. Memelihara Persahabatan 

Salah satu tema yang begitu ditekankan dalam kartun ini adalah persahabatan. Tatkala Patrick menjadi pandai, dia rela mengubahnya menjadi bodoh kembali agar tidak kehilangan sahabat baiknya. Begitu juga Spongebob yang sanggup melepaskan kekayaannya agar tidak kehilangan Patrick. Spongebob sentiasa membela sahabat-sahabatnya, walaupun dia sendiri yang akan menerima tempiasnya, demi persahabatan.


7. Pemaaf

Ini juga merupakan salah satu sifat yang sukar untuk kita aplikasikan. Lihatlah seteruk mana Spongebob dikenakan oleh Krab, gurauan secara berlebihan oleh Patrick dan sindiran dalam oleh Squidward, namun Spongebob langsung tidak menyimpan dendam. Lebih hebat, ketika mana Spongebob dimusuhi oleh seseorang ketika mengambil ujian memandu, namun langsung Spongebob tidak mengambil tindak balas. Sikap pemaaf Spongebob begitu luar biasa sekali.


Benar, banyak lagi yang kita boleh belajar daripada karektar span berwarna kuning ini. Mari mengambil motivasi daripada cerita Spongebob. Janganlah malu untuk belajar daripada Spongebob.
^_^

4 comments:

Anonymous said...

12 rabi'ul awwal
Happy Birthday Ya Rasulullah.
Rasulullah lebih hebat dari sponge bob, bro!

hamid addin said...
This comment has been removed by the author.
hamid addin said...

rasulullah, sebaik-baik makhluk ciptaan. Dialah kekasih kita

rujuk di sini;
http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/02/hari-lahir-kekasihku.html

Unknown said...

komen kalian gak nyambung semua ! maksud dari artikel itu kita bisa mengambil pelajaran positif dari kartun spongebob...masa membandingakan kartun sama rasulullah sih...

tetap rasulullah Nabi kita umat islam adalah yang harus kita tiru sifat2 mulia beliau., Allahummasholli ala Muhammad

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger