"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Thursday, December 6, 2012

5 Persoalan Tentang Dunia Jin

Jin adalah mahkluk yang diciptakan oleh Allah SWT daripada api. Malah, jin telah diciptakan dahulu sebelum penciptaan manusia pertama iaitu Adam AS.

Allah SWT berfirman;
وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ 
Ertinya: "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."

Begitu banyak persoalan yang ditumbulkan berkaitan dunia jin ini. Di sini, aku senaraikan lima soalan berkaitan jin yang cukup popular berlegar di kalangan manusia;



1. Adakah jin dikira sebagai mukallaf?

Ya, jin juga sama seperti kita, dikira sebagai mukallaf. Malah akan turut dihisab amalan mereka di padang Mahsyar serta dimauskkan ke dalam Syurga mahupun Neraka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud;
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku," 
(Adz Dzariat:56) 
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jin juga turut memikul tanggangjawab untuk beribadah kepada Allah. Malah jin ini diberi pilihan untuk sujud ataupun tidak kepada Nabi Adam AS (kalimah فسجدو) ketika penciptaan nabi Adam dahulu.


2. Adakah jin makan dan minum?

Jin juga turut makan dan minum, namun tidak diketahui kaifiyat mereka makan dan minum itu. Dan dijadikan tulang dan asap itu sebagai makanan mereka.


3. Adakah manusia boleh berkahwin dengan jin?

Terdapat perselisihan pandangan ulamak berkaitan permasalahan ini. Namun pandangan yang kuat mengatakan haram perkahwinan sesama manusia dan jin berdasarkan perbezaan yang ketara antara manusia dan jin. Manusia diciptakan daripada tanah, manakala jin pula daripada cahaya. Malah, perkahwinan itu juga memberi kesan terhadap zuriat yang bakal dilahirkan serta menimbulkan perfektif yang negatif terhadap masyarakat awam.

Namun, ulamak bersepakat dengan pengharaman perkahwinan manusia dan jin jika manusia itu adalah wanita yang mahu berkahwin dengan jin lelaki.


4. Adakah jin mampu untuk membunuh manusia?

Ya, jin mampu untuk membunuh manusia. Antara alasan mereka adalah kerana dendam. Jin merupakan makhluk yang begitu kuat berdendam. Malah, ada juga jin yang membunuh manusia atas arahan daripada tuannya, iaitu daripada manusia sendiri.


5. Dari mana asal keturunan jin?

Sepertimana diciptakan nabi Adam AS sebagai asal keturunan bagi manusia, maka begitu juga Iblis yang menjadi asal keturunan bagi jin, dan ini adalah pandangan yang diterima sebilangan besar ulamak. Daripada Iblis ini, keturunannya membiak dan berpecah kepada dua, iaitu menjadi kafir dan ada yang beriman.

Mereka yang beriman ini lantas digelar Jin, manakala yang kafir pula dinamakan Syaitan.

______________
Daripada nota dan kuliah daripada Dr. Raud untuk madah Aqidah 2

0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger