Wajah-wajah ceria para khirijin (graduan) Mutah University, Jordan. Apa kaitannya gambar ini dengan artikel yang disiarkan ini? Tiada kaitan sangat, cuma mereka ini sudah mengambil dan mempelajari madah Adyan Muqoronah - satu madah yang mempelajari agama-agama yang ada di dunia
“Kenapa la kita kena belajar agama-agama
lain ini. Aduh,” rungut Nizammil. Rungutannya bersebab.
“Kita ni pelajar fiqh. Bidang Fiqh wa Usul.
Belajar fiqh, cukuplah,” Nizammil masih mengomel seorang.
Memang
sesuatu yang terbeban untuk belajar dan mendalami agama-agama lain. Sedangkan
agama Islam sendiri pun belum kita kuasainya dengan baik, inikan pula untuk
belajar agama lain. Memang satu tekanan!
Ya,
rungutan Nizammil bersebab. Ada peperiksaan yang perlu ditempuhinya pada esok
hari – Adyan Muqoronah. Madah yang mempelajari sejarah-sejarah agama yang ada
di dunia. Subjek ini dikualifikasikan sebagai salah satu madah ‘maut’ oleh para
pelajar Malaysia yang menuntut di sini. Memang banyak nama-nama, fakta-fakta
dan sejarah agama-agama yang perlu ditelan untuk dimuntahkan kembali ketika
peperiksaan nanti dalam madah ini. Sudahlah pula nama-nama yang perlu dihafal
pelik dan janggal pula kedengarannya.
“Kan
doktor ada bagi tahu kenapa kita perlu belajar madah ini sebelum dia mula
mengajar. Ha, ingat lagi dia kata apa, Mil?” Soal Danial.
“Aku
tak datang kelas time tu,”
“Ha, itu la kamu. Waktu mula-mula belajar
madah ini, kamu tak datang kelas. Ponteng lagi.”
Pak!
Satu sindiran daripada Danial yang tepat hinggap di dahi Nizammil.
“Aku
bukan tak nak datang kelas. Dah mula-mula dulu, doktor tak ambik kedatangan.
Itu yang aku tak datang kelas,” Nizammil cuba berkalih sambil tersengih. Aku
pula menutup mulut menahan ketawa.
“Ha,
kamu pula Hamid. Ingat lagi doktor kata apa waktu muqaddimah dulu, sebelum doktor
ajar madah ini?” Kali ini soalan Danial ditujukan kepada aku.
“Tak
tahu. Mana faham doktor kata apa. Tercengang je dalam kelas,” jujur aku
menjawab. Aku mengambil madah ini sewaktu semester pertama aku tiba di sini.
Pertuturan doktor yang laju, ditambah dengan percampuran bahasa pasar oleh
doktor ketika mengajar menyebabkan aku hanya mampu tercengang sepanjang fasa
awal kedatangan aku ke sini.
“Kamu
tahu doktor kata apa?”
“Tak
tahu,” hampir serentak jawapan yang diberikan oleh aku dan Nizammil.
“Doktor
kata, kita kena belajar perbandingan agama ini, belajar agama-agama lain, untuk
kita tahu tulusnya agama Islam ini.”
Aku
masih tidak dapat menangkap dengan jelas maksud yang cuba diberi oleh Danial.
“Apa
pandangan kamu, Mil, bila belajar agama-agama lain? Tak rasa agama-agama lain,
teruk ke?” Soal Danial kepada Nizammil tatkala melihat wajah Nizammil berubah.
“Haah.
Ada ke boleh pula cipta banyak-banyak tuhan. Jadikan patung sebagai tuhan. Bila
tak puas hati dengan tuhan, cipta agama baru.”
“Ha,
itulah dia yang doktor nak sampaikan. Doktor ada cakap, macam mana kita mahu
tahu tulusnya agama kita jika kita tidak belajar agama lain. Kita akan lebih
nampak kebenaran agama Islam ini bila kita membandingkannya dengan agama-agama
yang lain.”
Barulah
kini aku mengerti. Ya, kita tidak mampu membuat perbandingan jika kita hanya
punyai satu pandangan, satu jalan tanpa melihat jalan-jalan yang lain.
Perbandingan hanya tercetus apabila berlakunya sesuatu yang melebihi satu. Kita
tidak mampu membuat perbandingan untuk memilih talefon bimbit manakah yang
lebih baik jika kita hanya diberi satu talefon bimbit sahaja untuk dipilih.
Begitu
juga dengan agama Islam. Ya, memang kita sudah tahu, malah yakin bahawa hanya
Islam sahaja adalah agama yang benar, agama yang tulus. Tetapi adakah kita
mampu untuk membandingkan ketelusan agama kita ini dengan agama-agama yang
lain? Kita hanya diajar untuk mengetahui kebenaran agama Islam tanpa dibuat
perbandingan terhadap agama-agama lain.
Semakin
banyak kita belajar, semakin banyak yang kita boleh bandingkan, seterusnya
memilih jalan kehidupan yang terbaik. Semakin banyak perbandingan yang kita
kumpulkan, semakin banyak pilihan-pilihan yang boleh dipilih.
Dengan perbandingan, kita akan dapat melihat
ketelusan, seterusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah Islam. Satu fakta
yang pasti, kita hidup di dunia yang singkat ini untuk memilih salah satu
tempat yang kekal abadi di sana nanti –
Syurga mahupun Neraka.
Pilihan terletak di tangan anda, dan
pilihan tidak berlaku tanpa dibuat perbandingan
^_^
0 comments:
Post a Comment