"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Monday, February 27, 2012

Kaedah Hisab Falak Untuk Menentukan Anak Bulan



Dipetik dan diterjemah daripada kitab 'Qadaya Fiqhhiyah Muasirah', tulisan Doktor Amad Azam, Dekan Fakulti Fiqh wa Usul, Universiti Mutah, Jordan


Pada setiap tahun tatkala bulan Ramadhan semakin menghampiri, kebiasaannya akan berlaku kontervesi ataupun polimik berkaitan dengan bilakah tarikh satu Ramadhan. Persoalannya, adakah boleh membuat hisab melalui kiraan falak (astronomi) dalam menentukan masuknya bulan Ramadhan dan bulan-bulan Qamariah yang lain?




Berselisih pandangan ulama-ulama masa berkaitan masalah ini:


Pandangan Pertama: daripada pandangan jumhur ulama mengatakan tidak harus membuat kiraan falak untuk menentukan tarikh awal bulan Qomariah


Pandangan kedua: daripada Ahmad Muhammad Syakir dan Mufti Tunisia mengatakan harus membuat hisab untuk menentukan tarikh awal bulan Qomariah




Dalil Pandangan Pertama:



{Mereka bertanya kepada engkau dari hal hilal(anak bulan). Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji} 
Al Baqarah: 189




“ Berpuasalah kamu  kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari” 
(Bukhari dan Muslim) 


"Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
(Bukhari dan Muslim)



Anak Bulan


Berdasarkan dalil-dalil di atas dan amalan-amalan daripada salaful soleh, maka hanya kaedah melihat hilal(anak bulan) sahaja yang diguna pakai. Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai  awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka bulan tersebut akan digenapkan menjadi 30 hari.






Dalil Pandangan Kedua:


Dibolehkan membuat hisab untuk menentukan awal bulan Qomariah walaupun tiada dalil yang Qat'i(jelas) berhubung masalah ini. Hal ini kerana pada zaman Rasulullah SAW masih belum ada kaedah untuk mengira peredaran anak bulan. Ini disebabkan mungkin anak bulan itu sudah ada, tetapi mungkin tidak kelihatan akibat jerebu dan ditutupi awan. Oleh sebab itu dibolehkan menggunakan kaedah hisab untuk mengukuhkan sesuatu keputusan.



Kaedah perkiraan pada masa kini telah berkembang sehingga dapat menghasilkan keputusan yang tepat. Berlakunya perselisihan ini disebabkan pada masa dahulu kaedah perkiraan yang sebegini masih belum meluas penggunaannya serta tiada alatan yang canggih untuk mengira ketepatan anak bulan.

Kiraan Falak (Hisab) dikira berdasarkan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di setiap kawasan yang telah ditetapkan menggunaakan alatan pencerap. Kiraan ini berdasarkan  Ghurub, Azimuth, Altitud dan Umur berdasarkan bacaan Matahari dan Bulan.

Contoh kiraan Falak;

Berdasarkan hitungan secara matematik (Hisab),  berikut adalah data-data matahari dan
bulan  bagi lokasi cerapan di Balaicerap AlKhawarizmi, Tanjung Bidara Melaka bagi
menentukan awal Syawal 1427H. 

Ijtimak berlaku pada  ;
Tarikh   :  22 Oktober 2006 ( 29 Ramadhan 1427H)
Hari   :  Ahad
Masa   :  13:13
10Data-data Bulan dan Matahari pada hari Rukyah 29 Ramadhan 1427H seperti berikut;  
22/10/06     Ghurub       Azimuth       Altitud        Umur
matahari       18:58        258d 56’       00d
Bulan           18:59        255d 04’     -0d 09'      5j 45m 
Dari data di atas menunjukkan pada hari Rukyah, Ijtimak berlaku pada jam 13:13  dan
Matahari ghurub pada pukul 18:58 manakala Bulan ghurub pada 18:59. Ini  bermakna
Ijtimak berlaku  5 jam lebih awal dari waktu Matahari ghurub. Dan umur hilal ketika ia
ghurub ialah 5jam 45 minit.  Altitud  hilal ketika Matahari ghurub kurang dari dua darjah.
Berdasarkan hisab, menunjukkan data-data Bulan di atas tidak memenuhi syarat-syarat
kriteria Imkannur Rukyah. Oleh yang demikian bulan Ramadhan digenapkan menjadi 30
hari dan 1 Syawal 1427H akan jatuh pada Selasa 24 Oktober 2000


Kesimpulan:



Pandangan pertama menolak pandangan kedua kerana menurut mereka kaedah hisab ini hanyalah sekadar perkiraan, sangkaan dan tekaan sahaja, bukan didasari dengan ilmu yakin.

Namun pandangan kedua mengatakan bahawa kaedah hisab ini diqiyaskan dengan kaedah pengiraan masuknya waktu solat kerana waktu solat pada masa kini juga tidak menggunakan cara mengukur panjang bayang-bayang, sebaliknya turut menggunakan kaedah hisab.

{Dan Dia telah menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus menerus beredar (dalam orbitnya)}
Ibrahim: 33

{Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan}
Ar-Rahman: 5

Ayat-ayat di atas menunjukkan dalil pensyariatan wujudnya kaedah hisab ini dan menunjukkan bahawa kaedah hisab ini bukan sekadar sangkaan sahaja, sebaliknya adalah satu kaedah yang yakin untuk menentukan masuknya awal bulan Qomariah.

Walau bagaimanapun keputusan muktamad penentuan permulaan Ramadhan dan Syawal terletak kepada peristiharan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger