"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Wednesday, February 1, 2012

Siapakah Lelaki Ini?


Selalu aku melihat wajah lelaki ini tatkala aku bermustautim di bumi Urdun. Wajah pak cik ini sering diletakkan di sebelah kiri gambar Raja Abdullah II, Raja Jordan sekarang. Sering kepalaku ligat memikirkan siapakah gerangan pak cik ini yang sebenarnya? Aku membayangkan lelaki ini pastinya Perdana Menteri Jordan, jawatan yang selayaknya untuk gambar beliau diletakkan di sisi seorang Raja. Malah pelajar-pelajar senior di sini juga sependapat dengan aku.

Gambar pak cik ini yang sering diletakkan di sebelah kiri gambar Raja Abdullah II

Namun, yang membuatkan aku musykil, 'mengapakah pak cik ini begitu rapat dan mesra sekali dengan tuanku Raja Jordan? Adakah memang adat di Jordan ini, seorang Perdana Menteri bersikap ramah dengan Rajanya?' Aku pernah menyuarakan soalan ini kepada seorang pelajar senior, dan dia menjawab Perdana Menteri memang rapat dengan Raja Jordan. Maka pemikiranku tuntas padu mengiyakan kata-kata senior tersebut.

Gambar pak cik ini bersama Raja Abdullah II yang begitu mesra, yang ada di Dewan Masrah, Universiti Mu'tah, membuatkan aku merasa musykil seketika


Aku terus menganggap pak cik ini sebagai seorang Perdana Menteri hinggalah aku diberi kelapangan untuk melawat ke Muzium Automobil di-Raja yang terletak di Amman, berhampiran Masjid Negara Jordan. Di muzium tersebut, aku dapati gambar pak cik ini begitu banyak sekali - mesra bersama Raja Abdullah II. Aku menjadi semakin musykil. Adakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mesra sekali dengan seorang Rajanya?

Mesra sahaja gambar pak cik ini bersama Raja Abdullah II

Pulang dari Mu'tah, maka 'set mind' aku terhadap pak cik ini berubah. Aku bertambah yakin bahawa pak cik ini sebenarnya adalah ayahanda Raja Abdullah II. Tetapi mana mungkin gambar orang yang telah mati masih diletakkan bersama dengan orang yang masih hidup? Maka aku menganggap bahawa ayahanda Raja Abdullah ini masih hidup, cuma dia menyerahkan tahta kekuasaannya kepada anakandanya sahaja, mungkin baginda sudah tua serta tidak mampu untuk memegang jawatan tertinggi ini.

Aku pernah bertanya soalan "siapakah lelaki ini" pabila aku yakin bahawa lelaki ini memang adalah ayah kepada Raja Abdullah II. Sahabatku menjawab pak cik itu adalah Perdana Menteri dengan yakinnya. Lantas aku menerangkan kepadanya bahawa pak cik itu adalah ayah kepada Raja Abdullah II. Namun sahabatku menyangkal teori aku dangan berhujah bahawa pelajar-pelajar senior yang lain juga mengatakan bahawa pak cik ini memang seorang Perdana Menteri. Dikatakan juga bahawa pak cik yang mesra yang aku lihat di Muzium Kereta tempoh hari adalah orang yang berbeza. Maka sekali lagi aku mengubah peganganku terhadap siapa pak cik misteri ini.

Siapakah anda yang sebenarnya, wahai pak cik misteri...


Hingga akhirnya aku mahu mengakhiri persoalan berkaitan siapa pak cik ini dengan bertanya kepada salah seorang doktor di Fakulti Syariah. Maka doktor itu menjawab bahawa pak cik itu sebenarnya adalah ayah kepada Raja Abdullah II. Nama baginda adalah Raja Hussein bin Talal. Meninggal dunia pada tahun 1999 akibat penyakit ginjal. Sebelum kemangkatan baginda, baginda telah mengumumkan bahawa putra sulungnya, Raja Abdullah akan menggantikannya sebagai Raja Jordan yang baru.

Maka, bagi sesiapa yang masih menganggap bahawa lelaki ini adalah Perdana Menteri Jordan, maka ubahlah mentaliti anda, kerana lelaki ini sebenarnya adalah pemerintah, raja bagi negara Jordan, yang memegang tampuk beraja seawal usia 17 tahun hinggalah kemangkatannya ketika berusia 63 tahun. (salah seorang pemegang tampuk pemerintahan eksekutif yang paling lama di dunia) 


Wallahu alam...

0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger