Selalu aku terserempak dengan kucing tatkala aku berjalan mencari damai di bumi Mu'tah. Kucing-kucing ini begitu gagah melawan suhu sejuk melampau semata-mata untuk meneruskan legasi kehidupan demi mengisi perut yang memulas. Haiwan kesayangan Abu Hurairah ini menggamit nostalgiaku kepada program Akses Pemikiran Pelajar (API) yang telah aku tinggalkan lebih kurang tiga bulan yang sudah. Kisah yang aku bawakan berkaitan seekor kucing pada program tersebut...
Kisah Aiman Dengan Kucingnya
Satu kisah
yang mungkin tiada kaitan, yang ingin aku kupas sewaktu program API ini.
Sewaktu sesi pembentangan antara kumpulan, kumpulan kami membentangkan tajuk
yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia. Sewaktu
pembentangan, aku telah ditanya oleh salah seorang AJK pelaksana, Arsyad
namanya.
“Hamid, pada
pendapat enta, adakah Malaysia telah melaksanakan undang-undang Syariah secara
keseluruhannya?”
‘Soalan cepu
emas ni,’ bisik hati aku. Aku dengan lantas menjawab soalan itu dengan penuh
yakin.
“Untuk
menjawab soalan itu, ana akan membentangkan satu kisah berkaitan Aiman dengan
kucingnya. Aiman ada kucing, kucing Aiman makan ikan. Oleh kerana jika Aiman
mahu bagi kucing dia makan ikan, dia terpaksa bunuh ikan itu dahulu. Jadi,
Aiman tidak mahu berlaku zalim dengan membunuh ikan, ditukarnya makanan kucing
dia daripada ikan kepada daun, agar ikan-ikan tidak mati lagi.”
Semua
nampaknya tergamam dengan cerita aku. Aku menggaru-garu kepala, mencari ayat
untuk menyambung bicara. Setelah beberapa detik aku terdiam, lantas aku
menyambung ucapan;
“Jadi, apa
kaitan soalan itu dengan kisah Aiman? Macam tak ada kaitan. Hurm, kias tu, ada
maksud mendalam. Mantik.”
Hadirin
semua ketawa, huhuhu. Tergelak-gelak sambil menepuk-nepuk lantai. Aku yang
berdiri di hadapan hanya tersengih-sengih sahaja.
Eh, kaitan?
Memang tiada
kaitan. Aku berbicara kisah Aiman dan kucingnya semata-mata untuk menghidupkan
kembali mata-mata pendengar yang kebanyakkannya hampir terlelap, untuk
mengaktifkan kembali panca indera yang kebanyakkannya telah menerawang jauh.
Kisah Aiman dan kucingnya berjaya menyergaskan kembali neutron-neutron yang
tidak bernyawa itu. Hakikatnya, kisah Aiman tersebut ada kaitannya dengan
persoalan yang diutarakan. Apa kaitannya? Aiman dan kucingnya, sebuah kisah
yang merangkum perbagai persoalan dan kesimpulan serta jawapan.
0 comments:
Post a Comment