Dek kerana rindukan masakan laut, rancangan kami untuk berkhemah ke Aqabah akhirnya telah berjaya terlaksana. Ahli rombongan kami adalah seramai lima orang dengan diketuai oleh chef division kami, Pameran Syeikh Nizammil. Ahli rombongan yang lain ialah Amri Alhusni, Amirul Asyraf, Khairman Naim dan aku sendiri. Rombongan kami meninggalkan bumi Mu'tah tepat pukul 8.30am - yang ketika itu dibanjiri hujan serta suhu sejuk beku yang tidak tertahan.
Perjalanan yang mengambil masa hampir lima jam itu memang memenatkan jiwa dan punggung para penumpang, ditambah dengan permukaan jalan yang tidak sekata. Namun, perjuangan harus diteruskan (cheewah). Akhirnya, kami selamat tiba di Aqabah pada pukul 12.30pm. Perkara pertama yang dicari pastilah restoran yang menyediakan makanan bernasi. Selepas perut diisi, barulah enak untuk mencuci mata dan berjual beli. Selesai segala urusan, baru kami solat jamak tak'hir di Masjid Besar Aqabah sebelum kami berangkat ke Pantai Aqabah - Main Beach 4 - dengan menggunakan perkhidmatan teksi.
Sampai di pantai, khemah terus dipacakkan. Pertandingan membina khemah berlangsung dengan penuh meriah. Team Hitam vs Team Merah. Seperti diduga, Team Merah menang dengan jayanya walaupun Team Hitam ada membuat bantahan.
Ini khemah kami, Team Merah dan Team Hitam
Selasai urusan perkhemahan, kami terus terjun ke pantai walaupun ramai pengunjung Arab yang pelik kerana pantai ketika itu memang sejuk. Memang tiada siapa yang mandi pun ketika itu. Tapi, persetankan semua itu, pantai pula sudah memanggil-manggil. Yeaah.!!!
Pantai Aqabah yag cukup mendamaikan jiwa
bersama kenalan baru yang cukup ramah
Malam itu, upacara utama bersangsung - makan ikan. Chef pada malam itu diketuai oleh Chef Nizammil dengan dibantu urus oleh Chef Amirul. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Resepi kami pada malam itu, Sotong masak bawang serta ikan masak tiga rasa. Pasti terangkat!
memasak di dalam khemah
Malam itu, kami tidur dengan bahagianya(bahagia?) Sejuknya tidak terkata, angin kuat membaham khemah keldil kami. Sejuk hingga semua ahli perkhemahan tidak mampu untuk tiduk nyenyak.
Masuk hari kedua, pengembaraan di bumi Aqabah semakin rancak berjalan. Paginya, kami memasak di dalam khemah. Menunya - Nasi Goreng Bawang bersama Maggi yang bukan berjenama Maggi. Chef pada pagi itu diketuai oleh Chef Amirul dan dibantu oleh Chef Hamid Addin.
Siapakah gerangan tangan ini?
Selesai urusan perkemasan, kami meninggalkan pantai Main Beach 4 menuju ke bandar Aqabah.
Team Hitam vs Team Merah. Juara keseluruhan, pastinya Team Merah. Buat Team Hitam, jangan berkecil hati ya :)
Menahan kenderaan di tengah padang pasir untuk ke bandar Aqabah
Akhirya, kami selamat tiba di bandar Aqabah dengan menaiki teksi. Kami kemudiannya terus terjah ke persisih pantai Aqabah (Main Beach 1).
Persisir pantai Aqabah di Main Beach 1 yang menghijau
Glass Boat yang menanti para menumpang
bersambung...
0 comments:
Post a Comment