Pengenalan
Ini merupakan E-Novel pertama saya. Genre yang dipilih adalah epik sejarah. Berkisar pada tahun 1941, iaitu ketika mana zaman kemunculan Jepun di Tanah Melayu. Aspek persahabat dititik beratkan dalam novel ini, dengan nilai percintaan untuk menambah rencah.
Memilih watak Zulkarnain sebagai watak utama, novel ini berkisah tentang kehidupan Zulkarnain dalam mengharungi serangan mental dan fizikal daripada penjajah Inggeris dan Jepun. Fakta sejarah yang benar dititipkan dalam novel ini, digaulkan bersama dengan imaginasi daripada penulis.
Semoga terhibur...
___________________
PROLOG
Kampung Embun, Ipoh
Abad ke-21
Kamil dan Fahmi akhirnya tiba juga ke Kampung
Embun, Ipoh. Beriya-iya Kamil mengajak sahabat baiknya itu untuk ke sana.
Keinginan Kamil yang membuak-buak untuk mengetahui sejarah kampung itu akhirnya
membawa dua remaja belasan tahun itu sampai ke sana.
“Betul
ke Fahmi, ini kampungnya?” Kamil seakan tidak percaya.
“Betul
la. Buat apa aku penat-penat bawa kamu ke sini kalau bukan ini kampungnya,”
Fahmi mendengus kecil.
“Bukan
apa, Fahmi. Aku musykil la. Kampung ni, sama je macam kampung-kampung yang
lain. Tak Nampak apa-apa yang istimewa pun,” Rasa ganjil Kamil diluahkan kepada
sahabat baiknya itu.
“Memang
la kampung ni sama sahaja macam kampung-kampung yang lain. Cuma yang bezanya,
penduduk kampungnya sahaja,” Famil tenang menjawab persoalan Kamil.
“Habis,
aku tengok penduduk kampung ni pun tak ada apa-apa yang istimewa je. Sama je
macam penduduk kampung aku. Apa yang istimewanya, apa yang hebatnya kampung ni,
sampai kampung ni tak diserang askar Jepun?” Kamil terus mengasak.
Fahmi
hanya mencebik. Sudah diagak sahabatnya itu pasti akan bertanya soalan yang
tidak putus-putus kepadanya. Fahmi menutup mata, menghirup udara segar. Kampung
lama yang berada di tengah-tengah kesibukan bandaraya Ipoh itu tidak terusik dengan
kegilaan penerokaan yang mencurah-curah muncul atas nama kemajuan.
“Memang
la sekarang ni tak ada apa-apa yang istimewa, sebab penduduk kampung ni waktu
zaman Jepun dulu yang hebat, bukannya penduduk kampung pada zaman ni,” sengaja
persoalan Kamil itu dijawab lambat.
“Habis,
mesti la ada pewaris kampung ni yang hebat-hebat, yang masih hidup sampai
sekarang, kan Fahmi?”
“Apa-apa
la Kamil oit.”
“Eii,
aku tanya elok-elok ni, Fahmi.”
“Jom
aku bawa kamu pusing-pusing dekat kampung ni. Setakat aku bawa kamu datang sini
semata-mata untuk menjawab soalan kamu, dekat dalam kelas pun kita boleh buat,
Kamil.”
Fahmi
hanya tersengih manja.
Kamil
dibawa mengeliling Kampung Embun. Ternyata kampung itu tidak punya apa-apa
keistimewaan seperti apa yang dibayangkan dalam minda Kamil. Penat berjalan,
Fahmi membawa Kamil ke sebuah gerai air.
“Aku
bayangkan, dekat kampung ni, ada la kubu besar ke, senjata hebat ke, sampai
askar Jepun takut nak serang kampung ni,” nyata Kamil meluahkan rasa hairannya.
Selesai
menghirup air bandung ais yang dipesannya, baru Fahmi menjawab, “Memang kampung
ni tak ada kubu besar pun, tapi dekat kampung ni ada satu senjata yang
membuatkan semua askar-askar Jepun takut untuk masuk ke dalam kampung ini.
Jangan kata nak serang, jejak kaki ke dalam kampung ini pun askar Jepun sudah
kecut perut.”
“Wah,
senjata apa tu ya? Mesti canggih, kan?”
“Kamu
teka la sendiri, senjata apa,” malas Fahmi melayan persoalan demi persoalan
daripada sahabat karibnya itu. Semakin dilayan, semakin tidak terjawab dia
dibuatnya.
“Ala
kamu ni, saja je nak bagi aku suspen. Bagitahu je la Fahmi. Kamu pun tahu, aku
tak suka nak teka-teka ni.”
“Tapi
aku suka. Hahaha,” Fahmi tergelak kecil.
“Okay.
Kalau aku dapat teka dengan betul, kamu bagi aku hadiah. Macam mana?”
“Apa-apa
je lah, Kamil oit,”
Kali
ini Kamil pula yang mencebitkan muka kepada Fahmi. Fahmi pula buat-buat tidak nampak.
Air bandung ais yang berada di hadapan matanya lebih menggiurkan daripada
menjawab soalan yang tidak berkesudahan daripada Kamil. Cuaca yang agak hangat
membuatkan tekak berasa cepat dahaga. Fahmi begitu menghayati hidangan bandung
ais itu. Dihirupnya perlahan-lahan. Sungguh melegakan!
Berbeza
pula dengan Kamil. Milo ais yang dipesannya masih belum disentuh. Selagi
persoalan yang dilontarkan oleh Fahmi tidak terjawab, selagi itu dia tidak
berasa selesa. Dijelingnya mata Fahmi, namun Fahmi lebih selesa tidak membalas
jelingan Kamil. Kamil begitu kecewa.
“Bagi
la aku petunjuk, Fahmi. Senjata tu macam mana? Banyak ke, sedikit? Besar ke
kecil?
Kasihan
melihat karenah Kamil, Fahmi lalu menjawab, “Senjata tu Cuma ada satu sahaja,
dan kecil.”
“Satu
sahaja? Kecil pula? Aduh, semakin pening aku dibuatnya. Kamu biar betul. Tak
kan la satu senjata yang kecil mampu membuatkan semua askar Jepun ketakutan?
Ish, macam tak percaya la aku,” Kamil lajur menggeleng.
“Haah,
memang tiada orang pun yang akan percaya. Sebab itu cerita ini hilang begitu
saja, tidak diperturunkan dari generasi ke generasi.”
“Eh,
tapi aku percaya, Fahmi. Kamu bagitahu saja pada aku, aku akan percaya,” Kamil
terus menukar reaksi.
“Nanti
la, dalam kelas esok aku bagitahu kamu.”
“Ala,
lamanya.”
Ditinggalkan
persoalan itu kepada Kamil. Dia percaya, Kamil pasti tidak mampu meneka dengan
tepat kerana senjata yang dimaksudkan itu pasti tidak akan terjangkau dalam kotak
pemikiran Kamil.
Kali
ini, baru air milo ais Kamil menyusut, sedikit demi sedikit…
0 comments:
Post a Comment