"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Friday, March 16, 2012

Pengenalan Ilmu I'jaz Al-Quran


Diterjemahkan dari kitab asal, "Dirasah fi I'jaz Al-Quran al-Bayani", tulisan Profesor Dr. Nail Abu Zeid, pensyarah fakulti Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan

Profesor Dr. Nail Abu Zeid

Makna I'jaz dari Segi Lughah dan Istilah:

Dari segi lughah: I'jaz bermakna ketidakupayaan ataupun lemahsehingga tujuan diberikannya mukjizat  kepada para Nabi adalah agar mereka dapat menunjukkan kebenaran tentang kenabian/kerasulan serta risalah yang mereka bawa. 

Dari segi Istilah: Iaitu kelemahan yang diciptakan secara bertaburan ataupun terhimpun dan kemudian didatangkan  dengan cabaran oleh Al-Quran - secara jelas, tersirat, ataupun kedua-duanya - yang mana cabaran itu tidak mampu disahut oleh manusia mahupun jin.

Peringkat Cabaran yang dikemukakan di dalam Al-Quran:

Ulama telah menjelaskan sebahagian cabaran yang dikemukan oleh Allah di dalam Al-Quran untuk membuktikan bahawa Al-Quran sememangnya adalah kitab suci dari Allah Taala dan bukannya ciptaan manusia. Antara cabaran yang dikemukakan oleh Al-Quran adalah:

Pertama: Cabaran Al-Quran kepada masyarakat Arab untuk menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran, hatta cabaran itu juga dikemukan kepada para jin dan manusia untuk memerah tenaga dalam menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran. Allah Taala berfirman di dalam surah Tur ayat 32 dan 33 yang bermaksud; {ataukah mereka berkata, Dia (Muhammad) mereka-rekanya. 'Tidak! Merekalah yang tidak beriman. Maka cubalah mereka membuat yang semisal dengannya (yakni Al-Quran) jika mereka orang-orang yang benar.} Juga disebutkan di dalam surah Al-Isra ayat 88 yang bermaksud; {Katakanlah, ;Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.}

Kedua: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan sepuluh surah yang sama seperti Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Hud ayat 13 yang bermaksud; {Bahkan mereka mengatakan, 'Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Quran itu.'Katakanlah, '(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Quran) yang dibuat-buat, dan ajaklah sesiapa sahaja  di antara kamu yang sanggup selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} 

Ketiga: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan satu ayat sahaja yang sama seperti ayat di dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Yunus ayat 38 yang bermaksud; {Apakah pantas mereka mengatakan dia (Muhammad) yang membuat-buatnya? Katakanlah, 'Buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah (Al-Quran), dan ajaklah di antara kamu yang orang yang mampu (membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} dan firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud; {Dan jika kamu meragkan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.}


Sejarah I'jaz Al-Quran:

Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini.

Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas seperti "Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad Khatabi (meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-Quran. As-sarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya mampu membuat yang semisal dengan Al-Quran, namun dipalingkan oleh Allah untuk melakukan hal itu.

Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa balaghah dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui informasi Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang terdahulu adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis dan tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran.

Kemudian, muncul  Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran merupakan segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu untuk menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fashahlah yag memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang paling tinggi.

Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam.  

1 comments:

Miss Aisy ~ said...

takde contoh3 i'jaz ke ? i'jaz ilmi, tasyri'ie

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger