"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Tuesday, March 27, 2012

3 SoalaN Teka Teki Lagend + Owasem


Selama aku hidup di muka bumi ini, aku telah dihujani dengan beratus-ratus soalan teki teki. Ada teki-teki tersebut yang logik dan mencabar minda, namun kebanyakkannya hanyalah sekadar pengubat lara dan hampeh semata. Maka di sini aku senaraikan tiga soalan teka teki yang bagi aku cukup lagend dan owasem sekali. Mari mengasah minda kalian!

Soalan 1:
Soalan ini aku terjumpa sewaktu aku menuntut di sekolah menengah, di dalam asrama. Teka-teki berbentuk transkrip lama ini ditulis di sebatang kayu lama. Memang cukup lagend. Teka tekinya berbunyi begini;

Di Arab besar,
Di China kecil,
Di bilik tiada,
Di ruang tamu ada,
Ada, ada,
Tiada pun ada.

Tahu apa jawapannya? Huhu

Soalan 2: 
Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni. Hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? Jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? Cuba jawab soalan ni. Jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Soalan 3:
Soalan ini aku kutip dari sebuah buku motivasi Islam. Kisahnya begini. Ada seorang pemuda yang tinggal jauh dari Madinah, ingin ke sana dan bertemu dengan Saidina Ali untuk menuntut ilmu. Maka bertanya pemuda itu kepada gurunya, "Bagaimanakah aku dapat mengenai Ali? Sedangkan aku tidak pernah bertemu dengannya." Maka jawab gurunya, "Apabila kamu sampai sahaja di Madinah, maka soallah soalan ini kepada penduduk Madinah. Tiada sesiapa pun yang mampu untuk menjawap persoalan ini kecuali Ali."

Maka pergilah pemuda itu. Sampai sahaja di Madinah, terus sahaja dia bertanya soalan yang dikemukakan oleh gurunya kepada penduduk Madinah. Ternyata semuanya tidak tahu, sehinggalah seorang pemuda dapat memberikan jawapan. Pemuda tersebut tidak lain adalah Saidina Ali. Soalannya berbunyi begini;

Apakah yang sebesar telur, namun mampu memuatkan alam semesta?

Ha, bagaimana? Mampu untuk menjawab ketiga-tiga soalan ini?
Jika anda pertama kali mendengar kesemua soalan ini dan mampu untuk menjawabnya, maka anda memang seorang yang genius!

Selamat mencuba...
^_^

5 comments:

Anonymous said...

Jwpn utk soaln ke3..mata

daniel chong said...

Bole bg tau x jwpnnye??

Anonymous said...

jawapan no 2:
kuning>norway>kucing>air>dunhill
biru>denmark>kuda>teh>marlboro
merah>english>burung>susu>pallmall
hijau>jerman>IKAN>kopi>rothmans
putih>sweaden>anjing>bir>winfield
jwapnnya orang Jerman

Anonymous said...

Jawapan untuk soalan no 1:

Huruf A

Anonymous said...

Yg bela ikan tentulah penternak ikan, he..he

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger