"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Friday, March 30, 2012

Andai Kata Malaysia Diserang



Jumaat : Telah mengecewakan kami muslimin (merujuk kepada negara umat Islam yang masih diam membisu) dan Arab (merujuk kepada Liga Arab yang memutuskan bahawa tidak akan mendesak Basyar melepaskan jawatan dan tidak membincangkan langkah membekalkan senjata kepada rakyat Syria di dalam persidangan Liga Arab di Baghdad semalam) akan tetapi Allah bersama-sama dengan kami dan tidak akan pernah mengecewakan kami.

Dengarlah rintihan mereka, setiap hari mereka dibunuh, disembelih dan sebagainya. Sedangkan negara-negara umat Islam masih lagi mendiamkan diri! Dimana umat Islam!?


Renung Sejenak...


Pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia belum berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan apakah tindakan negara Islam yang lain?
MALAYSIA DISERANG ???
Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Tun Mahathir)
BAYANGKAN...
Amerika menyatakan Malaysia sarang pengganas. Ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia. Lalu mereka menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia …
Amerika menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya Singapura di selatan, Thailand di Utara dan Pilifina di Timur menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.
Walaupun Malaysia menegaskan Malaysia negara bebas pengganas tetapi tentera Kuffar tetap menyerang Malaysia juga sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan, Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. 
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini. Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya raya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar Amerika dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al- Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula….
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri- negeri lain. Amerika dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia …mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! Amerika dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…. .
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti…. Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana Singapura… diserang dengan jet-jet pejuang Singapura yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menendang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2008…diajukan muncung senapang…
DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..
Anda menangis ketakutan… .
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….
Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan… ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa… Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…
ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,
SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……
Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN MENYATAKAN :
“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )
“Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan..
Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut begini)
“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )
“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” (Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??
fikir-fikirkan. ……
KEMBALI KE DUNIA NYATA...
Saat ini, 30 hb Mac, 2012...Perhimpunan Global March To Jerusalem (GMJ) sedang berlangsung, menghampiri sempadan Israel Laknatullah. Aku yang berada di bumi Mu'tah, Jordan, hanya mampu memandang sepi. Diri ini cukup lemah, tiada yang mampu terbuat melainkan hanya berdoa dan terus berdoa. Saat penduduk Palestin memerlukan kita, tatkala rakyat Syria mengharapkan pertolongan kita, dunia Islam hanya mampu memandang sepi, bagai tiada apa-apa yang berlaku. Dapatkan anda membayangkan jika kita berada di pihak mereka???!!!
Sampai bila kita hanya mampu berdoa?
Sampai bila kita hanya mampu meratap hiba?
Sampai bila kita hanya mampu berdemotrasi?
Sampai bila kita hanya mampu mengutuk dan mengeji?
Sampai bila semua itu???!!!
“Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.”

2 comments:

Anonymous said...

Nak tnya la. Apabila kita menjadi pemimpin sesebuah negara islam .apa yg kta akan buat atau bantu negara islam lain yg diserang. Hantar segala aset perang kita dan tentera kita ikut berperang jgk. Sedangkan negara sendiri x mampu nak pertahankan negaranya tersendiri. Sekaligus mengheret negara ke dlm konflik perperangan jgk. Segala bantuan disekat. Ekonomi musnah. Rakyat menderita.. salah 1 jalan terbaik siapkan diri. Kukuhkan iman. Eratkan muafakat. Menyatakan bantahan dan pendirian .negara tidak mampu melawn atau berperang.tp mampu membantu dlm aspek lain. Keutamaan keselamatan negara diutamakan drpd terheretke dlm konflik peperangan

Muhd Waffry Makbul said...

Gambaran yg tepat, walau bagi kita ianya amat mustahil melanda negara, namun hakikatnya tiada yg mustahil di dalam dunia ini.. tpi soal syria itu bagi saya satu fitnah, itu semua agenda barat dan amerika untuk mendesak presiden syria yg anti zionis itu meletak jawatan, kerna ancaman yg serius melanda israel jika basyar berkuasa di syria.. berserah kepada Allah adalah satu2nya jalan yg ada, serapi mnapun kita bersiaga, ancaman mendatang tak dpt di ramal. Mohon keselematan kepada Allah, semoga malaysia yg tercinta ini di lindungi olehNya. Jika malapetaka tetap berlaku jgn salah anggap pada Allah, perancangan Allah tak pernah mengecewakan kita, dgn syarat kita harus redoh dan sabar menghadapi dugaannya, slpas kita khbisan ikhtiar dan usaha. Doa juga salah satu senjata yg bernilai kepada diri..

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger