"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, November 30, 2013

Sesi Pengemasan

Sudah lama aku tidak meng'update' blog. Pasti sudah bersawang. Ingat bila sudah habis belajar, aku makin aktif ber 'blog', rupanya tidak. Makin malas, adalah. Lebih-lebih lagi apabila aku telah mula bekerja. Malas itu semakin bertambah-tambah. Jadi, untuk entry kali ini, aku namakan sebagai SESI PENGEMASAN, sempena aku yang sudah lama beno tak update blog. Haha haha. Cakap pasal kemas, aku pun nak petik kata-kata mutiara daripada mulut Rasulullah SAW, Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW...

Sunday, October 6, 2013

PELANGI CINTA - Bab 1: Nasi Maqlubah

BAB 1 NASI MAQLUBAH “Oit! Kamu tak ada kelas ke Baen?” Adoi, siapa pula yang ganggu masa keemasan aku ni? Malas la nak layan. Teruskan berbaring lagi baik. “Kalau kamu tak de kelas, jom teman aku makan maqlubah. Aku belanja.” Mendengar nama maqlubah disebut, spontan aku membuka mata. “maqlubah?” Terus aku terduduk. Minda sudah terbayang akan keenakan nasi Arab itu, ditambah ketika perut dalam kelaparan ini. Aduh! “Agak dah. Kalau kamu dengar orang nak belanja makan, laju je ya. Hehe,” Syauqi tergelak sinis. Tidak susah untuk...

Saturday, October 5, 2013

PELANGI CINTA - Sebuah Novel

Pelangi Cinta Novel terbaru, under proses, huhu. Berkisar tentang krisis kehidupan watak utama, Faiz Faqiuddin dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar tahun akhir fakulti Syariah di Universiti Mutah, Jordan. Kisah dia bersama lima sahabat BFF nya. Hidupnya seperti dia bukan pelajar agama, malah hobinya suka mengusha awek-awek Malaysia mahupun awek Arab. Teruk, kan? Sehinggalah dia bertemu dengan Dhia Marsya. Tapi, ini bukan kisah antara Faiz dengan Dhia Marsya, tetapi kisah tentang cinta itu patut diletakkan di mana. Mencintai sahabat itu...

Sunday, September 29, 2013

Rome Kami Datang (Siri 2)

Sambungan daripada artikel 'Rome Kami Datang (Siri 1)'... Setelah separuh perjalan di Cardo, tiang-tiang menjadi semakin besar dan tinggi menandakan kami telah memasuki pintu masuk ke Macellum atau pasar. Bangunan ini terletak di sebelah kiri jalan jajaran tiang. Turut terlihat adalah inskripsi berhampiran air pancut berkepala singa bertarikh 211 Masihi. Kota lama ini juga turut dipenuhi dengan binaan gereja-gereja lama. Antaranya adalah Gereja Utama (Cathedal) yang terletak di sebelah kiri Cardo. Pada kurun keempat, kuil ini dibina semula...

Sunday, September 1, 2013

Rome Kami Datang (Siri 1)

Menjejak kaki ke sana, jiwaku diragut rasa takjub. Seakan kini aku bukan berada di bumi ambiya, Jordan. Sebaliknya jasadku seakan terbang melayang ke kota Rome, Itali. Itulah perasaanku ketika kali pertama aku menjejak kaki ke kota Jerash yang terletak di utara Jordan, berjarak hanya 35 kilometer daripada ibu negara, Amman. SEJARAH BANDAR JERASH Bandar Jerash ini turut mencatat sejarahnya yang panjang. Pernah dipanggil Gerasa ketika kota ini dikuasai oleh Jeneral Pompeii dari Rom Timur. Bandar ini dipengaruhi oleh rakan perdagangan...

Saturday, July 27, 2013

Mengapa Kamu Semua Mengangkat Jubah?

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis...

Tuesday, July 16, 2013

7 Lagu 'Nasyid' yang Pernah Memenangi AJL

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dipanggil Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan olehTV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Kalau cerita tentang AJL sahaja, pasti kita terfikirkan tentang lagha, lagu-lagu semata, tiada roh Islam. Hah, siapa kata? Sebenarnya, dalam banyak-banyak AJL, ada sahaja lagu 'Nasyid' yang pernah menjuarai anugerah ini. Tak percaya? Mari kita layan ~ 1. 1992 : "Pada Syurga...

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger