"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Friday, May 11, 2012

Jabal Iraq: Dasar Lautan di Puncak Gunung



Selama tujuh bulan aku bermustautim di bumi Urdun, akhirnya baru aku berjaya menjejak kaki ke Jabal Iraq. Sebenarnya, niat untuk ke sana sudah lama, Cuma tiada kesempatan, Ada sahaja masalah. Mereka yang pernah ke sana kata bahawa pemandangan di Jabal Iraq cukup cantik, lebih-lebih lagi apabila matahari sedang terbenam.

Kefahaman aku berkaitan Jabal Iraq hanya sekadar bahawa ia adalah puncak gunung yang menjanjikan pemandangan yang cantik. Kita dapat melihat Laut Mati dengan jelas di atas sana. Hanya sekadar itu sahaja pemahamanku berkaitan Jabal Iraq.

Hinggalah akhirnya aku berkesempatan ke sana bersama sahabat usrah aku. Kami ada pengisian sewaktu ke sana. Kami diberi tajuk ‘Kepentingan berorganisasi di dalam dakwah’. Masing-masing diberi taklifat untuk dibentangkan.

 Pemandangan di Puncak Jabal Iraq

Sampai di sana, masyaAllah pemandangannya cukup cantik. Seperti berada dalam dunia Teletubbies pula.  Hijau menghampari dunia Allah. 

 Dunia Teletubbies, huhu

Sewaktu kami duduk-duduk di sana, Zul Hafizi lalu membuka cerita,
“Di sinilah tempat di mana Allah menterbalikkan bumi sewaktu kaum nabi Luth sedang hanyut dengan maksiat yang dilakukan. Di sini sebenarnya adalah dasar laut. Allah menterbalikkan bumi hingga Allah mengangkat dasar bumi ini ke atas. Kaum Sodam yang berkelakuan homoseksual itu Allah binasakan sehina itu.
Kita boleh lihat banyaknya kerang-kerang yang melekat di batu-batu. Ini menunjukkan bahawa puncak gunung ini dahulu adalah dasar laut! Malah ada pelajar Malaysia yang menjumpai batu yang berisi garam yang mana garam itu hanya boleh ditemui di dasar laut. Batu itu kini diambil oleh kerajaan Jordan.”
Sayang, sewaktu kami sudah tiba di sana, keadaan sudah gelap. Jadi, aku tidak berkesempatan untuk melihatnya. Namun aku bernekad untuk sampai di sini sekali lagi...

Akhirnya, aku sekali lagi dapat menjejak kaki ke sana. Aku ke sana bersama sahabat-sahabat lain untuk berkelah. Hanya di situ sahaja tempat yang ideal untuk berkelah memandangkan di Jordan tiada air terjun mahupun sungai-sungai.

Kali ini, aku bernekad untuk mencari sisa-sisa kerang seperti yang diceritakan. Aku memikirkan bahawa pencarianku pasti sukar kerana sewaktu bumi ini diterbalikkan pada zaman Nabi Luth sehingga kini, sudah terlalu panjang tempoh waktunya. Pasti sukar dan tidak banyak sisa-sisa kerang yang membuktikan bahawa tempat ini suatu ketika dahulu adalah dasar lautan.

 Batuan yang terdapat di Jabal Iraq yang berlapis-lapis membuktikan bahawa usia puncak pergunungan ini sudah cukup tua

Rupa-rupanya, telahanku salah sama sekali. Begitu banyak sebenarnya sisa-sisa kerang yang melekat di celahan batu. MasyaAllah! Kerdilnya aku di sisiMU, ya Allah. Bagaimana di laut Mati, Engkau jadikannya laut yang mati, dan dasarnya Engkau terbalikkan hingga tercampak ke puncak gunung.

Kesan-kesan kerang yang dapat dilihat dengan jelas

Selesai solat maghrib secara berjemaah, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke Mu'tah. Aku pulang membawa bersama koreksi diri. Bukti kekuasaan Allah telah terbentang di hadapan mata, kesan laknat Allah yang tersisa masih jelas terhampar di hadapan. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada bala bencanaMu. Amin
(")(")

Surah Hud, ayat 77 hingga 81;
“Dan ketika para utusan kami (para malaikat) itu datang kepada luth, dia berasa curiga dan dadanya merasa sempit kerana (kedatangannya). Dia (Luth) berkata, “ini hari yang sangat sulit.” Dan kaumnya segera datang kepadanya. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan keji. Luth berkata, “Wahai kaumku! Inilah puteri-puteri (negeri)ku. Mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kmu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidakkah ada di antaramu orang yang pandai? Mereka menjawab, “Sesungguhnya engkau pasti tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan (syahwat) terhadap puteri-puterimu, dan engkau pasti tahu apa yang (sebenarnya) kami kehendaki.” Dia (Luth) berkata, “Sekiranya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau aku dapat berlindung kepada Allah yang Maha Kuat (tentu aku lakukan).” Mereka (para Malaikat) berkata, “Wahai Luth! Sesungguhnya kami adalah para utusan Tuhanmu, mereka tidak dapt mengganggu kamu. Sebab itu pergilah bersama kelurgamu pada akhir malam dan jangan ada seorang pun di antara kamu yang menoleh ke belakang, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia (juga) akan ditimpa (siksaan) yang menimpa mereka. Sesungguhnya saat terjadinya siksaan bagi mereka itu pada waktu subuh. Bukankah subuh itu sudah dekat?”

Maka, nikmat tuhan kamu yang mana lagi yang kamu mahu dustakan???

3 comments:

AnA ImTiYaZ.. said...

subhanallah..!!

syukran kathir ntk info y ana xpernah tahu.. (belum pernah lagi sampai jabal iraq walaupun dh berbulan kt sini)

nordin omor said...

alhamdulillah.dapat juga kisah kaum nabi luth dan kesan hukuman allah ke atas mereka.terima kasih.

nordin omor said...

alhamdulillah.dapat juga kisah kaum nabi luth dan kesan hukuman allah ke atas mereka.terima kasih.

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger