"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Sunday, January 15, 2012

7 Anime Jepun Yang Paling Berpengaruh ^_^

Mungkin ramai yang tidak tahu, Kampung Boy merupakan siri animasi yang terbaik di dunia. Ha, terkejut kan? Malah, animasi hasil idea daripada Datuk Lat ini telah dialih hingga sebanyak 60 bahasa! Animasi ini juga dikatakan menyamai animasi lagenda daripada Amerika Syarikat, The Simpsons. Baik, cerita yang ingin aku sentuh di sini adalah berkaitan animasi, tapi bukan Kampung Boy, tetapi animasi daripada Jepun yang paling berpengaruh di Malaysia. Ini hanyalah pandangan peribadi aku. Nak tahu apa dia anime tersebut? Jom layan…


7. Naruto

Ya, sekarang ini adalah zaman Naruto. Berkisah tentang seorang watak ninja yang di dalamnya ada musang berekor sembilan (macam drama Korea - My Girlfried Is Gumiho, huhu). Memang cerita ini diambil daripada mitos musang berekor Sembilan itu. Kini, masih ditayangkan, dan menghampiri penamatnya. Kesannya? Anime ini telah berjaya mengembalikan semula kegemilangan  anime-anime Jepun. Ya, selain Naruto, jangan lupakan pula Bleach dan One Piece.


6. Dash! Yonkuro

Dash Yankuro? Mungkin tidaklah terkenal sangat, tapi apa impaknya? Bukan alang-alang, siap ada pertandingan lagi. Inilah kartun mengenai lumba kereta, yang kereta macam F1 tu. Aku pun ada juga beli, sampai dua, huhu. Banyak juga kawan-kawanku pada zaman tua-tua dulu membeli mainan ni. Waktu rehat pula, bukan masa makan, tapi masa berlumba kereta, lumba dalam longkang. Dari kartun ini juga timbul kartun lain di Malaysia beteraskan konsep permainan seperti Beyblade, Crush Gear, Yogi Oh!, dan macam-macam lagi.
Memang membuatkan aku terimbau silam ^_^


5. Beyblade

Baru cakap pasal Beyblade, huhu. Ya, anime ini memang cukup-cukup meletup pada zamannya. Siapa yang tidak ada beyblade pada zaman itu, kira aib la. Selain Beyblade yang asal, terdapat juga dijual assesori tambahan untuk ‘menguatkan’ beyblade kita. Anime ini memang cukup gempak. Selepas anime ini habis, Crush Gear pula mengambil alih. Namun aku dapat lihat yang Crush Gear tidak mampu untuk menyaingi Beyblade dari segi pengaruhnya.
Jom, ada siapa berani fight dengan aku?


4. Pokemon

Pika pika ~ Watak comel haiwan ini yang menimbulkan fenomena di kalangan si kecil Malaysia. Adaptasi dari kebanyakkan haiwan di dunia, ditambah perlawanan diantara haiwan-haiwan yang unik, bukan sahaja membuat kanak-kanak suka menonton ceritanya, malah pikachu digunakan untuk menjadi trademark bersaing dengan super model yang hebat, siapa lagi kalau bukan “Hello Kitty”. Walaupun angin bertiup kencang mengatakan bahawa anime ini adalah agenda tersembunyi Yahudi, namun aku dapati itu hanya khabar angin semata, malah menulis asal Pokemon sendiri menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.


3. Chin Chan

Sayalah action kamen ~ Si budak nakal Shin chan merupakan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak seantereo dunia. Kemunculannya mendapat tentangan hebat di Jepun, tempat lahirnya si Shin chan. Tetapi wataknya yang nyata mencuit hati majoriti yang melihat telatahnya sememangnya menghiburkan. Anime ini juga memenangi anugerah sebagai anime terbaik Jepun kerana memaparkan kehidupan sebenar kanak-kanak Jepun, huhu. Apapapun, Shin chan tetap sempoi, biarpun Hagemaru cuba mencelah dengan perangai peliknya, apatah lagi dituruti oleh Fukuchan dan Asarichan, hahaha.


2. Dragon Ball

Dari kecil hingga dewasa, Son Goku tidak pernah menghampakan. Idea Akira Toriyama ini nyata mencipta impak, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Dragon Ball pasti dikenang komik hebat abad lalu kerana sehingga sekarang, bukunya dicetak berulang kali. Orang yang cukup bertuah adalah orang pertama membeli dan membaca komik ini pada setiap kali keluaran, kemudian menceritakan kepada kawan-kawan yang belum membaca dengan bangganya. Semasa ditayangkan di Tv 2, budak-budak  asrama sepertiku ini, setiap sabtu ahad, jam 9.30 pagi, memang tayangan wajib tonton. Bilik TV penuh sesak,huhu. Memang satu kenangan yang hebat. Ha, ada satu rahsia penting berkaitan Dragon Ball ini...
 Sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya. huhuhu


1. Doraemon

Siapa yang kata dia tidak pernah menonton anime ini, memang dia menipu diri sendiri. Anime wajib tengok ini telah ditayangkan sebelum aku lahir lagi, malah sehingga kini masih ditayang di kaca TV. Berpuluh-puluh filem sudah dihasilkan, beratus-ratus episod sudah ditayangkan, entah berapa kali sudah, kartun ini ditayang kembali di Malaysia. Inilah kartun jepun bagiku yang cukup memberi kesan terhadap Malaysia. Bawalah apa sahaja anime lain, yang pasti telatah Doraemon, Nobita, dan kawan-kawannya pasti tidak akan dilupakan.

Wah, aku merindui kembali zaman kanak-kanakku..huhuhu
^_^

1 comments:

Danielle said...

Hi nice reaading your post

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger