"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, December 31, 2011

Siapa Kata Melayu adalah Bangsa yang Lemah, Malas dan sentiasa Layu???



Kita selalu dimomokkan dengan kelemahan bangsa kita. Kononnya Melayu itu sendiri diambil daripada istilah ‘layu’, bangsa paling pemalas di dunia adalah bangsa Melayu, dan sebagainya yang menjurus kepada ke’layu’an bangsa Melayu itu sendiri. Tetapi jika aku katakan bahawa bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang paling kuat di dunia, adakah kalian percaya? Nah, di sini aku selitkan sedikit fakta berkaitan kekuatan bangsa Melayu. Semoga kita tidak terus layu lagi…

            Semua orag tahu bahawa Melaka dikuasa oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Portugis ketika itu dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultakun Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugis pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan). Persoalannya, adakah impian Portugis tercapai?


            Ya, Portugis memang berjaya memperluaskan wilayahnya serta membolot kekayaan yang melimpah ruah hasil daripada penjajahan ke atas Melaka. Namun, Portugis sebenarnya gagal dalam satu misi mereka yang paling utama, iaitu keagamaan. Mereka gagal dalam memurtadkan masyarakat Melayu yang ketika itu begitu kuat dengan agama Islamnya. Walaupun paderi-paderi agama dibawa khas ke Melaka serta pembinaan gereja-gereja yang begitu banyak (malah gereja-gereja itu masih berdiri utuh di muka bumi Melaka), namun itu tidak langsung menggoyangkan aqidah masyarakat Melayu yang tinggal di saku.

             Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Belanda juga sama seperti Portugis, mahu memurtadkan masyarakat Islam di Melaka. Belanda. Namun ternyata usaha mereka hanya sia-sia. Akhirnya pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

            Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah takuh jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran takuh jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.

            Sama seperti penjajah-penjajah sebelum ini, British juga mempergiatkan usaha dalam menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam di Takuh Melayu. Dibinanya sekolah-sekolah methodist dalam usaha untuk mencucuk pemikiran pelajar-pelajar Melayu supaya beralih kepada agama Kristian. Pihak gereja juga memberi bantuan yang besar dalam membantu masyarakat Melayu yang miskin, moga-moga mereka terbuka hati untuk menerima agama Kristian. British juga cuba mahu menukar bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Takuh Melayu. Namun? Hasilnya tetap sama, bangsa Melayu yang hebat ini tetap berpegang teguh dengan aqidah mereka serta bahasa Melayu tetap menjadi tunjuang dan asas kepada kekuatan bangsa Melayu.

Sesudah Inggeris, Jepun pula menyusul. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Jepun dengan tindakan rakus dan kasar mereka juga cuba untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi. Usaha mereka itu nyata sia-sia. Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Komunis dalam tempoh yang singkat, iaitu selama dua minggu. Cubaan Komunis untuk menyebarkan fahaman komunisme dan atheis (tidak percaya pada tuhan) hanyalah umpama menuang air ke daun keladi, tidak berbekas langsung kepada masyarakat Melayu Islam.

            Mungkin cerita di atas tidak dapat menggambarkan kekuatan bangsa Melayu secara total. Untuk memberikan keadilan dan timbang tara yang lebih sempurna, aku akan membandingkan pula bangsa Melayu yang dikatakan lemah dan layu ini dengan bangsa-bangsa yang lain yang wujud di muka bumi ini.
           
British seperti maku yang kita tahu, juga telah menjajah India serta Australia. Hasilnya? British berjaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di kedu-dua negara tersebut. Agama Kristian juga telah menjadi agama rasmi di Australia sementara ramai masyarakat India telah memeluk agama Kristian. Negara-negara di benua Afrika juga terkena tempias yang sama hasil daripada penjajahan British di tanah air mereka.
           
Argentina dan Brazil juga menerima tamparan yang sama. Kedua-dua negara yang begitu gah dengan bola sepaknya sebenarnya juga lemah, malah tidak dapat menandingi Malaysia, atau yang lebih tepat, bangsa Melayu. Argentina yang dijajah oleh Sepanyol akhirnya menjadikan bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi mereka. Kerana itu kita melihat ramai pemain-pemain bola daripada Argentina seperti Messi dapat bermain di Liga Sepanyol dengan mudah tanpa mengalami masalah bahasa. Begitu juga Brazil yang dijajah oleh Portugal akhirnya tunduk kepada tekanan dan menjadikan bahasa Portugal sebagai bahasa rasmi bagi negara mereka.
           
Kita lihat pula negara China. Negara China yang kononnya gagah juga sebenarnya lemah. Negara ini akhirnya tunduk dengan fahaman Komunisme selepas kemenangan Komunis di China yang ketika itu dimimpin oleh Mao Zedong. Russia yang merupakan negara yang terbesar di dunia juga terkena tempiasnya. Negara kuasa besar dunia itu juga turut mengalah dan dikuasai oleh fahaman komunisme yang ketika itu tersebar dengan luasnya ke seluruh dunia.

            Masih tidah dapat melihat dengan jelas akan kekuatan bangsa Melayu? Baiklah, bangsa Melayu itu bukan sahaja terdiri daripada negara Malaysia, malah mencakupi Negara Indonesia, Thailand, sebahagian Kemboja serta utara Filifina. Filifina dahulu merupakan negara Islam, namun selepas sahaja Sepanyol menawan negara ini, habis punah aqidah Islam di sana. Agama Kristian menjadi agama rasmi. Namun, selatan Filifina masih utuh dengan keislamannya. Kenapa? Kerana mereka adalah bangsa Melayu.

            Hal tersebut juga berlaku di Selatan Thailand. Walaupun mereka ditekan dengan hebatnya, namun aqidah dan tauhid mereka masih utuh di dalam sanubari. Kerana apa? Kerana mereka juga bangsa Melayu yang sama seperti kita. Begitu juga Indonesia yang begitu menjaga agama Islamnya walaupun dijajah dengan begitu lama oleh penjajah Belanda.

            Hakikatnya, bangsa Melayu itu menjadi kuat kerana agama Islam. Jika tidak kerana agama Islam, bangsa Melayu pasti tidak dimuliakan dan dipandang hina. Moga dengan perkongsian ini, kita tidak terus bersikap lemah diri dan layu dek kerana kemeLAYUan yang ada pada diri kita. Ingatlah, bangsa Melayu adalah bangsa yang dipandang mulia di sisi Allah SWT kerana agama Islam.


Muka-muka ceria kembara pelajar-pelajar Melayu yang berjaya menawan Wadi Rome dengan jayanya    ^_^

14 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk berkongsian ini. Sesuatu yg tidak disedari namun jika diteliti, ianya benar.

Anonymous said...

Opini anda sama sekali tidak berdasarkan bukti-bukti sejarah. Belanda dan Inggris, tidak seperti Portugis dan Spanyol, sama sekali tidak berniat mengajarkan agama Kristen ke koloni-koloni mereka, melainkan motivasi mereka hanya berdasarkan mencari komoditas dan koloni semata. Hanya karena anda beragama Islam, jangan semata-mata mendiskreditkan agama lain!

Anonymous said...

Dan perlu saya titikberatkan, bangsa Malaysia adalah bangsa yang lemah, secara kemerdekaan kalian merupakan pemberian Inggris semata.

Anonymous said...

Terdapat fakta yang tidak berapa tepat iaitu dengan mengatakan bahawa Rusia terkena tempias akibat komunis di China sedangkan Rusia atau dikenali sebagai Soviet Union pada ketika itu sudah sememangnya negara komunis sebelum perang dunia ke-2 lagi. Manakala untuk mengatakan bahawa negara-negara seperti China dan Rusia lemah kerana tunduk kepada komunis juga tidak berapa setuju kerana komunis ini juga dilakukan oleh bangsa mereka sendiri yang tidak berpuas hati dengan kerajaan mereka pada masa itu, dengan kata lain mereka inginkan perubahan daripada mengikuti raja mereka yang sudah korup

Unknown said...

Kamu yang salah sememangya Portugis, Belanda Inggeris dan negara eropah lain datang menjajah ke tanah rumpun melayu berdasarkan 3 matlamat iaiti GOLD, GLORY AND GOSPEL namun Gospel memang tak pernah berjaya dalam negara rumpunya Melayu

Unknown said...

Kalau ngak pernah belajar Sejarah Malaysia jangan sembarangan komen, seburuk negara Malaysia mereka masih berjaya kekal institusi Beraja mereka sbg lambang asal kemelayuan tapi Indonesia apa yg ada Sudah jadi Negara Republik mana kesultanan Indonesia yg seperti dahulu kala kamu sebagai rakyat indonesia harus malu kerana tidak berjaya mengekalkannya...dasar rakyat tak sedar diri.

Unknown said...

What ever la dia cuma mahu buktikan bahawa melayu tu bukan lemah dankamu jangan kecoh la apa kamu tu bangsa Afrika atau inggeris mahu komen lebih2.

Anonymous said...

Memang sangat setuju dengan artikel di atas. Dan memang benar apa yang En Salehhudin Selamat katakan.

Anonymous said...

Nampak sangat si Anonymous July 5, 2013 at 6:59 AM ni tak pernah belajar sejarah. Apa yang en salehhudin cakap tu memang betul.

Anonymous said...

Sebelum nak komen pasal Malaysia belajar la dulu sejarahnya. Macam bagus je nak komen pasal negara orang lain. Macam la negara dia bagus sangat.

Anonymous said...

Apa yg en salehhudin tu ckp mmg ada yg betulnya tp apa yg Anonymous AUGUST 26, 2013 AT 9:23 AM ckp juga ada benarnya.
Jika nak membuktikan bahawa bangsa melayu semangnya sebuah bangsa yang hebat tidakkah menggunakan fakta yg tepat lebih elok berbanding sekadar nak membuktikan bangsa melayu hebat tapi fakta pula tidak tepat, bukankah ianya membuatkan bangsa melayu sebagai bangsa yg menipu dan memutar belitkan fakta.

Anonymous said...

x payah ler kecoh2 pasal bangsa melayu ni...bukan bangsa yg Allah tengok tapi iman,,,x kira la mane2 bangsa pon tapi berape ramai yg benar2 tegakkan islam dgn bersungguh2,dan berusaha utk tingkatkan iman??x payah la gaduh2 pasal bangsa melayu,,,2 yg kat syria,gaza,palestin,africa yg sering ditindas x de sape peduli...mereka juga saudara kita,adakah mereka berlainan bangsa menyebabkan kita abaikan mereka?so...mulianya sesuatu negara bukan kerana maju atau kaya,tapi kerana mengamalkan syariat ISLAM...stakat nak mengagungkan bangsa baek x payah sbb x de nilai pon di sisi Allah kalo undang2 islam x diamalkan even negara hebat mcm amerika,US,Israel...

non OT said...

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Unknown said...

Sebenarnya kata Melayu itu sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Malaya. Malaya atau Melayu sebenarnya bermaksud gunung, bebas dan rendah diri.

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger