"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, March 1, 2014

BAHTERA PEMBAWA KEHIDUPAN

  Kesemua peserta kini telah berhimpun di hadapan Masjid Syuhada, Mutah. Kedua-dua coaster telah dipenuhi pelajar. Hari ini, kami menyambut Hari Keluarga Kisdarian di Laut Mati. Kelihatan pelajar tahun pertama begitu teruja sekali untuk pergi ke salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka itu. Coaster mula bergerak seiring menuju ke destinasi. Saat kami melalui pekan Karak, coaster yang dipandu oleh Aiman berhenti di tepi jalan. Lalu dia menunjukkan sesuatu kepada kami yang terletak di puncak bukit sana. “Itulah dia bahtera...

Saturday, February 22, 2014

Tatkala Jatuhnya Khalifah Islam Yang Terakhir

Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah? Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid( 1876 - 1909 ) Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada...

Tuesday, January 21, 2014

Sudahkah Anda Mengaktifkan Mykad Anda?

HAIRAN dan PELIK....KENAPA BERITA yang BAIK susah orang terima tetapi kalau BERITA YANG BURUK cepat sangat tersebar?..Nak kata tiada kesedaran pun xbole...rugi saje kerajaan habiskan BERJUTA-JUTA ringgit tuk hasilkan IDENTITY CARD atau Kad Pengenalan Diri..Percaya atau tidak IC kita boleh digunakan untuk BERJIMAT dan saya percaya bahawa MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC) , Multimedia Development Corporation (MDeC) beserta dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara serta Badan-badan kerajaan dan Bukan Badan Kerajaan telah memilih secara bijak untuk...

Wednesday, January 15, 2014

Halalkah Rezeki Kita?

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal... Mari fikir-fikirkan.. "Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging. Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa...

Saturday, January 4, 2014

Tatkala Malaysia Dilanda Salji

Aku dahulu pernah mengharap (sewaktu di sekolah rendah dahulu), agar Malaysia dapat menerima salji. Aku tahu itu mustahil, tetapi akalku tetap mengatakan logik. Logik, hanya bila kutub magnet dunia akan berubah. Itulah harapanku. Kerana aku tahu tiada lagi yang mampu membuatkan Malaysia dilanda salji (mengikut logik akal) melainkan apabila magnet bumi - Kutub Utara dan Selatan - berubah tempatnya, mendekati garisan Khatulistiwa. Dan kini, sebenarnya harapanku itu bukanlah sesuatu yang mustahil, malah mungkin menjadii satu realiti... Harap...

Saturday, November 30, 2013

Sesi Pengemasan

Sudah lama aku tidak meng'update' blog. Pasti sudah bersawang. Ingat bila sudah habis belajar, aku makin aktif ber 'blog', rupanya tidak. Makin malas, adalah. Lebih-lebih lagi apabila aku telah mula bekerja. Malas itu semakin bertambah-tambah. Jadi, untuk entry kali ini, aku namakan sebagai SESI PENGEMASAN, sempena aku yang sudah lama beno tak update blog. Haha haha. Cakap pasal kemas, aku pun nak petik kata-kata mutiara daripada mulut Rasulullah SAW, Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW...

Sunday, October 6, 2013

PELANGI CINTA - Bab 1: Nasi Maqlubah

BAB 1 NASI MAQLUBAH “Oit! Kamu tak ada kelas ke Baen?” Adoi, siapa pula yang ganggu masa keemasan aku ni? Malas la nak layan. Teruskan berbaring lagi baik. “Kalau kamu tak de kelas, jom teman aku makan maqlubah. Aku belanja.” Mendengar nama maqlubah disebut, spontan aku membuka mata. “maqlubah?” Terus aku terduduk. Minda sudah terbayang akan keenakan nasi Arab itu, ditambah ketika perut dalam kelaparan ini. Aduh! “Agak dah. Kalau kamu dengar orang nak belanja makan, laju je ya. Hehe,” Syauqi tergelak sinis. Tidak susah untuk...

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger