"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, December 31, 2011

DOSA SEMALAM

Lakaran dasar tentang projek short filem pertamaku...



Sinopsis

            Aiman seorang anak yatim piatu. Ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian, Aiman dijaga oleh abangnya, Faiz. Faiz sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk membesarkan adiknya. Namun akhirnya abangnya telah dibunuh oleh ahlong kerana abangnya selama ini meminjam duit daripada ahlong untuk membesarkan adiknya. Semenjak peristiwa itu, Aiman menjadi budak yang buas dan nakal sehingga dia ditangkap dan dimasukkan ke Sekolah Hendry Gurney. Bertitik tolak dari situ, Aiman mengubah kehidupannya menjadi insan yang taat pada agama sehingga dia ditawarkan pengajian ke Universiti Mu’tah, Jordan.
            Di Mu’tah, Aiman berkawan seperti biasa. Hingga ada kes kecurian barang secara bersiri. Aiman mula dituduh kerana ketika barang hilang sahaja, Aiman pasti ada di tempat kejadian. Tambahan pula rahsia bahawa Aiman dahulu jahat telah diketahui umum. Semua orang membenci Aiman. Aiman berjumpa Presiden PERMATA. Tuan Presiden juga tidak berani untuk mengatakan bahawa Aiman tidak bersalah. Aiman berang lalu mula bertindak ganas. Aiman mula menjadi seorang yang jahat akibat fitnah.

            Aiman akhirnya membawa diri ke Mazar, makam sahabat. Di situ, dia tertidur lalu bermimpi tentang abangnya. Abangnya menyuruh dia bersabar dan gunakan kelebihan dengan sebaiknya. Tersedar daripada tidur, Aiman perasan ada ‘sesuatu’ pada  dirinya. Aiman dianugerahkan ‘naluri’ yang tepat.

            Pulang ke Mu’tah, Aiman dapat menyelesaikan perbagai kes kehilangan barang. Aiman juga mula menjadi seorang yang benar-benar baik. Namun, fitnah berlaku lagi. Dituduhnya Aiman tahu barang yang hilang kerana Aiman sendiri yang mencurinya. Aiman mohon petunjuk. Akhirnya Aiman berjaya menangkap pencuri yang sebenar. Nama Aiman kembali bersih.



 Babak 1 - (Durasi: 1minit 10saat)
Watak - Tiada

Sinopsis ringkas tentang kehidupan Aiman sebelum dia ke Jordan. Diceritakan dalam bentuk slide show. Gambar-gambar Aiman bersama keluarga dan abang tercinta silih berganti.


Babak 2 – (3minit)
Watak – Aiman, kawan-kawan Aiman(2,3orang), Tuan Presiden, tukang penyebar    fitnah(2,3orang)
Lokasi – Rumah, pekan Mu’tah, pejabat Presiden

Tentang Aiman yang berkawan baik di Jordan hingga tersebar luas tentang kes kecurian(pencuri bersiri). Aiman mula dituduh mencuri kerana dia sentiasa ada ketika kes kecurian berlaku. Nama Aiman mula buruk selepas orang lain tahu bahawa Aiman merupakan bekas pelajar Hendry Gurney. Tindakan Aiman berjumpa Tuan Presiden untuk membersihkan namanya turut tidak berhasil kerana Aiman sendiri tiada bukti bahawa dia benar-benar tidak bersalah. Malah Aiman bertindak kasar dengan menumbuk muka pelajar kerana pelajar itu membuka aib Aiman.


Babak 3 – (2minit 40saat)
            Watak – Aiman, abang Aiman, kawan-kawan Aiman
            Lokasi – Masjid Mazar, rumah

Aiman ditenteramkan oleh kawan baiknya. Kisah Nabi Yunus diceritakan. Aiman membawa diri ke Mazar, menziarahi sahabat-sahabat Rasulullah. Di situ, dia tertidur. Dalam tidurnya, Aiman bertemu abangnya. Abangnya menyuruhnya bersabar. Akana ada keleihan yang Allah akan campakkan ke dalam hati Aiman. Abangnya menyuruh Aiman menggunakan kelebihan itu dengan sebaiknya. Sedar dari tidur, Aiman menyesali perbuatannya. Dia lalu pulang ke Mu’tah.


Babak 4 – (3minit)
            Watak – Aiman, kawan-kawan Aiman
            Lokasi – rumah

Pulang dari rumah, kawan Aiman bersedih kerana dompetnya hilang. Namun Aiman dapat ‘melihat’ kedudukan dompet itu. Mulai itu, Aiman selalu membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah kehilangan barang. Namun fitnah datang juga kepada Aiman. Dituduhnya Aiman sengaja berkelakuan baik dan menyorakkan dahulu barang tersebut. Aiman jadi sedih. Namun, Aiman dapat ‘melihat’ siapa sebenarnya penjenayah sebenar. Akhirnya, penjenayah sebenar Berjaya ditangkap oleh Aiman. Nama Aiman kembai bersih.

0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger