"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Wednesday, December 14, 2011

Ada khinzir (babi) di bumi Mu'tah..??

PADA malam kejadian, aku mengikuti kelas tafaqquh bersama Abang Long di PUKSMA. Selesai sahaja kelas, aku terus melangkah menuju ke rumah Aiman yang terletak di penghujung dunia Mu'tah. Terasa rindu pula untuk menziarahi dia walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk yang menggila. Aku hanya berjalan keseorangan sahaja ketika itu.

     Sedang aku berjalan melintasi sekolah, aku dapati bayang haiwan yang berwarna putih. Aku ingat anjing kerana merasakan mustahil ada kucing yang sebesar itu. Jika anjing, aku tidak berapa takut sangat kerana umi aku ada mengajar doa dan cara-cara supaya kita tidak dikejar anjing. Aku berjalan dengan gagah dan berani..

Semakin aku menghampiri haiwan yang aku sangkakan anjing itu,...

     Semakin aku hampir, barulah jelas bahawa haiwan yang aku sangkakan anjing itu sebenarnya adalah khinzir.!! Aku begitu terkejut. Masakan ada haiwan perosak itu di bumi Mu'tah? Hatiku mula cuak kerana umi aku tidak pula mengajar aku cara-cara supaya tidak disondol atau dikejar oleh khinzir, atau nama manjanya babi ini. Namun, aku berjalan tanpa rasa takut walau di hatiku penuh berbunga persoalan. Bila aku melintasi haiwan Muhgallazah itu, aku dapati haiwan itu mengekori aku daripada belakang. Aduhai, bertambah parah jadinya. Lantas, aku membuka langkah terakhir, langkah seribu.!!!

   
SAMPAI sahaja di rumah Aiman, aku menceritakan pengalamanku kepada dia. Habis Aiman bergolek-golek ketawa kerana tidak percaya.

     "Mana ada babi, Hamid. Yang kamu nampak, babi jadian kot," Aiman menjawab sambil tangannya memegang perut kerana menahan tawa.

     Pulang sahaja ke rumah, aku juga menceritakan pengalaman aku kepada sahabat-sahabat serumah aku yang ketika itu sedang menonton perlawanan bola secara berjemaah - Chelsea vs Manchester City. Pabila aku membentangkan kisahku sahaja, habis pecah berderai tawa daripada sahabat-sahabatku. Aduhai, mereka juga tidak mempercayai aku yang aku lihat tadi. Lantas aku terkenang kata-kata Aiman kepadaku..

     "Ha, kalau kome tak cayer babi betul, maknanya yang aku nampak tadi babi jadian kot."

      Rupa-rupanya andaian aku berkaitan babi jadian bertambah menghangatkan lagi bilik yang memang sedia hangat dek penangan sobah. Aduhai, siapa yang mahu percaya pada kat-kataku ini.???

     Esoknya, aku palukan juga kisah aku yang terserempak dengan babi kepada rakan-rakanku yang lain, dan ternyata mereka juga tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Kebanyakkan daripada mereka mengatakan bahawa apa yang aku lihat itu adalah anjing, bukannya babi. Namun aku sendiri melihat dengan begitu dekat akan haiwan yang jijik itu di hadapan mataku sendiri.

     Hinggalah aku bertemu dengan Dek Q Danny, seorang senior yang begitu banyak pengalamannya di bumi Mu'tah ini. Dia mendengar cerita aku dengan teliti. Lantas dia menyuarakan pandangannya;

     "Memang ada je babi kat sini. Aku pernah tanya kat orang arab. Deme kata orang-orang Kristian dekat sini ada bela babi, tapi dalam kandang la. Mungkin yang kamu nampak tu babi yang lari keluar dari kandang."

     Ya, akhirnya aku berjaya menemui jawapannya. Siapa kata tiada haiwan yang bernama khinzir itu di bumi Mu'tah? Jadi, bagi sesiapa yang mungkin bernasib baik terserempak dengan haiwan itu, jangan terkejut beruk dan mengatakan itu adalah babi jadian pula, kerana haiwan itu juga bermustautim di bumi Urdun ini.

     Kesimpulannya, mengapa perlu suuzon, sedankan kita mampu untuk husnuzon? Tiada apa yang mustahil di bumi barakah ini...
^_^

6 comments:

Abdullah Sobri said...

aku percaya mid!! wakakaka...=)

aku la said...

aku masih tak percaya,,bawak aku pergi jumpa baru la aku percaya...

AnA ImTiYaZ.. said...

suud zhon?
asif krg faham kaitannya dgn cerita ni..

hamid addin said...

wah, sobri cyer..bag
tak ada kaitan ya? xpa la..asalkan kte kena la sntiasa husnuzon. Contohi Rasulullah
:)

aku la said...

ssetengah org plu jgak spai thap 'ainul yaqeen'
bru natijah mbri ksan kepada hati...hehe

hamid addin said...

^_^

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger