"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Tuesday, December 27, 2011

DI MANA ALLAH?


KELAS pertamaku di Universiti Mu’tah adalah subjek Aqidah yang diajar oleh Doktor Raud. Kelas selama satu jam itu aku rasakan begitu lama. Jujur, aku tidak dapat menangkap langsung kata-kata dan perbahasan daripada beliau. Cuma sebelum kelas berakhir sahaja aku dapat fahami persoalan yang doktor timbulkan.
         
           “Di mana Allah?” Garau suara doktor Raub. Kelas sunyi sepi.

            Melihat tiada respon daripada para pelajar, lantas doktor menanya soalan itu satu per satu kepada setiap pelajar. Hanya satu soalan yang ringkas, mudah dan dirasakan tidak penting. Namun soalan itu juga yang menjadi kayu ukur keimanan seseorang. Cuma satu soalan, tetapi jawapannya cukup perbagai;
        
              Ada yang kata Allah itu di langit,
              Allah itu di langit ke tujuh,
              Allah itu tidak turun,
              Allah berada di Arasy.
          Namun, jawapan yang paling banyak disebut oleh para pelajar adalah Allah berada di setiap tempat. Soalan yang dirasakan cukup ringkas, mudah dan dirasakan tidak penting itu akhirnya tidak dapat dijawab dengan tepat oleh para pelajar.
          
          “Siapa yang mengatakan wujud Allah itu bertempat, maka dia telah menjisimkan Allah dengan makhluk. Langit itu adalah tempat, arasy juga tempat, setiap tempat juga adalah tempat. Siapa yang menjisimkan Allah dengan makhluk, syirik!”
       
          Doktor Raub diam sejenak, melihat para pelajarnya yang tergamam. Soalan yang dirasakan cukup ringkas, mudah dan dirasakan tidak penting itu sebenarnya jika kita salah menjawab, maka boleh jatuh keimanan kita. Masyaallah. Beliau kemudian menyambung;
       
            “Wujudnya Allah tidak bertempat dan tidak ada masa. Kewujudan Allah tidak sama dengan makhluk-makhlukNya. Apa yang dapat difikir dan dibayangkan oleh akal manusia, maka itu bukan Allah.”
        
             Allah. Kelas pertamaku hanya diajar tentang Allah, kewujudan Allah dan di mana Allah. Persoalan yang kini aku rasakan cukup penting, teramat penting, tetapi kenapa aku rasakan seperti tidak pernah mempelajarinya pula secara formal sewaktu di alam persekolahan dahulu? Adakah kerana persoalan itu dirasakan cukup ringkas, mudah dan dirasakan tidak penting? Entahlah.


1 comments:

Anonymous said...

semoga Allah redha...

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger