Dahulu, aku hanya tahu bahawa ranking hotel yang paling tingg adalah bertaraf 5 hotel. Namun, selepas Burj al Arab dibina, hotel-hotel yang berstatus 7 bintang pula berlumba-lumba mahu dibina. Kemewahan menjadikan wang yang beribu dihabiskan hanya untuk menginap di sebuah bilik pada satu malam sahaja.
Salah satu impian melangit aku adalah membina sebuah hotel mewah yang Islamik. Ya, kedengaran adalah mustahil, namun itulah impianku. Memetik kata-kata Sokarno; "Letakkan impianmu ke bintang di langit, jika tidak sampai, jatuh ke pohon ara jua." huhu... Hotel-hotel mewah yang ada di muka bumi ini yang aku lihat tidak bersifat Islamik, kerana itu aku berhajat untuk mendirikannya. Owh, berbalik pada hotel 7 bintang, aku sebenarnya mahu menyenaraikan hotel-hotel yang berjaya mencapai piawaian 7 bintang. Mari kita saksikan...
Morgan Plaza, Beijing, China
Town House Galleria, Milan, Italy
Burj Al Arab, Dubai, UAE
Emirates Palace, Abu Dhabi, UAE
ITC Grand Chola, Chennai, India
Macam mana? Mewah, bukan? Ya, memang mewah dan mahalnya tidak ingat dunia. Adakah kita mampu untuk menginap di bilik yang sebegini mewah? Ha, bukan sekadar menginap, malah kita juga mampu memiliki bilik dan istana yang lebih mewah daripada ini. Bagaimana? Banyakkan ibadah, lakukan segalanya ikhlas kerana Allah, berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah Istana di Syurga menanti kita, amin... InsyaAllah
^_^
__________________________
Sumber:
0 comments:
Post a Comment