"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Thursday, January 31, 2013

10 Universiti Terbaik di Dunia

Universiti menjadi pusat pendidikan yang tertinggi. Malah mana-mana negara pasti mempunyai universiti mereka yang tersendiri. Universiti juga menjadi lambang kemegahan bagi para penuntutnya. Di sini, aku senaraikan 10 universiti yang terbaik di dunia pada tahun 2012.  Turutan rankin mengikut QS dari sumber http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2012 10. California Institute of Technology (Caltech)  1200 East California Boulevard Pasadena  --  91125 United...

Tuesday, January 29, 2013

Hukum berselawat ke Atas Rasulullah SAW

Status nabi dan rasul adalah darjat tertinggi dalam kalangan manusia di sisi Allah Taala. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib merupakan penutup bagi sekalian anbiya’ adalah sebaik-baik insan yang wajar dijadikan tauladan oleh setiap lapisan umat Islam yang menyanjung tinggi kerasulannya. Lantaran ini Allah Taala memuliakan utusanNya dengan berselawat serta mengucapkan salam ke atas beliau. Mafhum firman Allah: “Sesungguh Allah dan para malaikatNya berselawat (menyampaikan rahmat serta memuji) untuk Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang...

Thursday, January 24, 2013

Kenali Ashabul Kahfi

berada di hadapan Masjid Ashabul Kahfi Kisah Ashabul Kahfi (أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. Kisah ini ada diceritakan di dalam Al-Quran, Surah Al-Khafi dari ayat 9 hingga 27. Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun selepas diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan...

Monday, January 21, 2013

Belajarlah Daripada Spongebob

Kecil, bersegi empat, berwarna kuning. Siapa lagi jika bukan Spongebob. Kartun ini mula ditayangkan di tv3  dalam bahasa Inggeris. Namun, semenjak kembali disiaran di tv9 dalam versi Bahasa Melayu, kartun ini terus menjadi fenomena. Peminatnya merangkumi perbagai lapisan masyarakat, baik daripada kanak-kanak sehinggalah kepada mereka yang telah berkahwin. Malah, aku sendiri -termasuk abangku sendiri - turut meminati rancangan ini. Yang pasti, kartun ini bukan sekadar kartun untuk bergelak ketawa sahaja, malah mempunyai moral value yang...

Sunday, January 20, 2013

5 Kartun Terbaik Malaysia

Aku suka menonton kartun ketika kecil, malah sehingga sekarang aku masih meminatinya. Terkenang aku ketika kecil dahulu, aku bersama adik-beradikku menghadap di hadapan tv pada cuti hujung minggu untuk menonton rancangan kartun, huhu. Antara rancangan kartun yang kami gemari pastilah rancangan kartun made in Malaysia. Di sini, aku sertakan lima rancangan kartun Malaysia yang paling aku sukai... 5. Keluang man Jika di barat, mereka ada Superman, Batman, Spiderman. Di Jepun pula, ada Ultraman, Kamen Rider, kita di Malaysia pula ada Keluang...

Thursday, January 17, 2013

5 Video Klip Nasyid Terbaik

Lagu memang memberi ketenangan kepada pendengarnya. Namun, lagu yang diselangi video klip yang baik lebih memberi impak kepada pendengar. Tidak percaya? Mari kita lihat 5 klip video palang baik yang pernah dihasilkan di Malaysia... 5. Demi Masa - Raihan Raihan, satu kumpulan nasyid yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam banyak-banyak video klip mereka, aku memilih video klip ini. Melihat video ini membuatkan aku terasa yang begitu banyak sekali masa yang telah aku buang begitu saja. Allahu Allah 4. Damai Yang Hilang - Nowseeheart Animasi...

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger