"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Tuesday, June 12, 2012

Senarai Hotel bertaraf 7 Bintang

Dahulu, aku hanya tahu bahawa ranking hotel yang paling tingg adalah bertaraf 5 hotel. Namun, selepas Burj al Arab dibina, hotel-hotel yang berstatus 7 bintang pula berlumba-lumba mahu dibina. Kemewahan menjadikan wang yang beribu dihabiskan hanya untuk menginap di sebuah bilik pada satu malam sahaja.

Salah satu impian melangit aku adalah membina sebuah hotel mewah yang Islamik. Ya, kedengaran adalah mustahil, namun itulah impianku. Memetik kata-kata Sokarno; "Letakkan impianmu ke bintang di langit, jika tidak sampai, jatuh ke pohon ara jua." huhu... Hotel-hotel mewah yang ada di muka bumi ini yang aku lihat tidak bersifat Islamik, kerana itu aku berhajat untuk mendirikannya. Owh, berbalik pada hotel 7 bintang, aku sebenarnya mahu menyenaraikan hotel-hotel yang berjaya mencapai piawaian 7 bintang. Mari kita saksikan...


Morgan Plaza, Beijing, China



Town House Galleria, Milan, Italy
 


Burj Al Arab, Dubai, UAE



Emirates Palace, Abu Dhabi, UAE



ITC Grand Chola, Chennai, India


Macam mana? Mewah, bukan? Ya, memang mewah dan mahalnya tidak ingat dunia. Adakah kita mampu untuk menginap di bilik yang sebegini mewah? Ha, bukan sekadar menginap, malah kita juga mampu memiliki bilik dan istana yang lebih mewah daripada ini. Bagaimana? Banyakkan ibadah, lakukan segalanya ikhlas kerana Allah, berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah Istana di Syurga menanti kita, amin... InsyaAllah
^_^
__________________________
Sumber:

Sunday, June 10, 2012

Top 10 Kereta Paling Mahal di Dunia

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang bukan lagi menjadi keinginan, tetapi menjadi keperluan. Malah jenama sesebuah kereta menjadi lambang bagi sosio-kehidupan. Seseorang akan dipandang hebat dan ternama melalui kenderaannya. Siapa yang tidak mahu memiliki sebuah kenderaan yang mewah dan hebat, bukan? Tidak mahu berleter panjang, mari saksikan sendiri 10 kereta yang paling mahal di dunia pada tahun ini...

10. Hennessey Venom
Price   : $ 1,000,000
Country of origin   : United Stated
Engine   : 6.2 liter supercharged v8
0-60 mph   : 2.5 seconds


9. Pagani Huayra
Price   : $ 1,300,000
Country of origin   : Italy
Engine   : 700hp Mercedes-Benz-made V12
0-60 mph   : 3.5 seconds 

8. Maybach Landaulet
Price   : $ 1,400,000
Country of origin   : Germanay
Engine   : 620hp 12 cylinder
0-60 mph   : 5.2 seconds 

7. Aston Martin One-77
Price   : $ 1,400,000
Country of origin   : United Kingdom
Engine   : 750hp, 7.3 liter V12
0-60 mph   : 3.7 seconds 

6. Lamborghini Reventon
Price   : $ 1,600,000
Country of origin   : Italy
Engine   : 6.5L (400 cu in) V12
0-60 mph   : 2.9 seconds 

5. Koenigsegg Agera R
Price   : $ 1,700,000
Country of origin   : Sweden
Engine   : 1,115hp, 5.0 liter V8
0-60 mph   : 2.9 seconds 

4. Zenvo ST 1
Price   : $ 1,800,000
Country of origin   : Denmark
Engine   : 1,250hp V8
0-60 mph   : 2.9 seconds 

3. Ferrari 599 XX
Price   : $ 2,000,000
Country of origin   : Italy
Engine   : 700hp V12
0-60 mph   : 2.9 seconds 

2. Bugatti Veyron Supersport
Price   : $ 2,600,000
Country of origin   : France
Engine   : 16-cylinders, 1200hp
0-60 mph   : 2.4 seconds 

1. Maybach Exelero
Price   : $ 8,000,000
Country of origin   : Germanay
Engine   : V12 twin turbo
0-60 mph   : 4.4 seconds 

Bagaimana? Ada keinginan untuk memilikinya? Huhu. Hakikatnya, yang lebih baik, jika ada duit lebih, gunakanlah untuk membeli lembu untuk dibuat korban, kerana haiwan yang disembelih untuk dibut korban insyaAllah akan menjadi kenderaan kita di padang masyhar nanti. Kereta mahal macam mana pun bukan boleh dipandu hingga ke depan pintu Syurga, iyea tak?
_______________________
Sumber:
http://www.therichest.org/most-expensive/supercars/

Wednesday, June 6, 2012

Pandangan HAMKA Terhadap al-Imam al-Ghazali & al-Ihya Ulumuddin



Ihya' Ulumiddin (al-Ihya') sebuah nama besar. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali juga sebuah nama besar. Orang besar menghasilkan karya besar iaitu al-Ihya'. Kedua-duanya, baik al-Imam al-Ghazali atau al-Ihya' sejak beliau menjadi bintang tidak pernah kering dari disebut orang hingga ke hari ini. Malah mungkin untuk hari-hari seterusnya. Kedua-duanya adalah bintang di persada sejarah sepanjang zaman.


Bermacam usaha untuk menutup-nutup keduanya sepanjang sejarah, namun kalau memang yang empunya diri ada kekuatan tersendiri usaha itu sia-sia sahaja. Al-Ghazali dan al-Ihya'-nya telah melalui pelbagai peringkat zaman dan setakat hari ini ibarat kata masih 'ditolak tak rebah'.



Baru-baru ini taukeh gedung kitab terbesar di Pulau Pinang menawarkan kitab al-Ihya' terjemahan Indonesia dengan harga yang saya tidak boleh menolaknya sama sekali. Ada 8 jilid. Saya ambil. Saya pernah bergelumang dengan al-Ihya' lama dahulu, sewaktu zaman remaja saya. Kini al-Ihya' berada semula ke pangkuan saya.



Maulana Mohd Asri ketika ditanya tentang status hadis di dalam al-Ihya', dijawabnya, al-Ihya' bukan kitab Hadis, jadi ia perlu di'layan' sebagai ia bukan kitab hadis. Ia tidak fokus kepada penelitian hadis. ia fokus kepada benda-benda lain. Orang yang mahu menelaahnya hendaklah bukan sebarangan orang. Hendaklah orang yang tahu selok-belok ilmu hadis.


Di bawah ini pula, saya petik kata-kata alu-aluan Dr HAMKA untuk terjemahan al-Ihya' Indonesia. Ia ditulis pada Desember 1963. Antara lain beliau berkata:


Dan yang lebih penting lagi, sebagai seorang ahli pikir yang bebas dan besar, beliau membebaskan pikirannya dari pengaruh penafsir-penafsir yang terdahulu daripadanya, tetapi hadits-hadits yang dijadikannya dalil, kerapkali tidak memperhatikan ilmu sanad hadits, sehingga sebagaimana ditulis oleh ayahku dan guruku Syaikh Abdulkarim Amrullah dalam bukunya Sullamul Ushul membaca Ihya' musti hati-hati, karena banyak haditsnya lemah.





Sambutan Al-Ustadz Al-Fadlil Dr. H.A. Malik Karim Amrullah (Dr.HAMKA)
SAMBUTAN TERJEMAHAN IHYA' ULUMIDDIN



Kitab Ihya' Ulumiddin, buah tangan Al-Imam Al-Ghazali adalah salah satu karya besar dari beliau dan salah satu karya besar dalam perpustakaan Islam. Meskipun ada berpuluh lagi karangan Ghazali yang lain, dalam berbagai bidang ilmu Pengetahuan Islam, namun yang menjadi inti-sari dari seluruh karangan-karangan beliau itu ialah Kitab Ihya' Ulumiddin.



Beliau pilih untuk menjadi judul nama bukunya Ihya' Ulumiddin, artinya ialah: MENGHIDUPKAN KEMBALI PENGETAHUAN AGAMA.



Sebabnya maka itu judul yang beliau pilih, ialah karena pada waktu itu ilmu-ilmu Islam sudah hampir teledor oleh ilmu yang lain, terutama oleh filsafat Yunani, khusus Filsafat Aristoteles te­lah disambut dengan amat asyiknya oleh ahli-ahli fikir Islam, yang dipelopori oleh Al-Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain di Timur dan ke­mudian menjalar pula ke Barat (Andalusia dan Afrika Utara), sesu­dah Ghazali, yang dipelopori oleh Ibnu Rusyd.



Filsafat Yunani itu pada waktu itu dinamai 'Ulumul Awail, artinya Pengetahuan orang zaman purbakala.



Oleh sebab Islam sangat berlapang dada menerima segala macam ilmu pengetahuan ataupun hikmat, walau dari manapun datang­nya, maka dalam abad-abad kedua dan ketiga hijriyah, teruta­ma di zaman permulaan fajar Daulat Bani `Abbas, banyaklah pe­ngetahuan lain bangsa disalin ke dalam bahasa Arab, guna memper­kaya perpustakaan dan buah pikiran Arab Islam sendiri. Sebab ke­majuan Islam dan Daulah Islamiyah dalam lapangan politik dan pengaruh kebudayaan, tidaklah akan dapat bertahan lama kalau pemikiran dari sarjana-sarjana tidak meluas dan mendalam.



Majulah Islam dalam lapangan fiqhi, ilmu kalam, tasawwuf dan filsafat. Tetapi kadang-kadang Ilmu Islam yang asli telah teledor oleh karena kemajuan dalam bidang yang tersebut di belakang ini, yakni filsafat. Al-Ghazali telah tampil ke muka mempersiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu yang ada pada masa itu. Beliau memper­dalam Ilmu -Kalam, beliau memperdalam fiqhi (Ilmu Hukum) dan perhatian beliau akhirnya amat tertarik kepada Filsafat sampai di­pelajarinya pula amat mendalam. Hasil dan buah dari penyelidik­annya terhadap Filsafat itu telah diungkapkannya dalam buku-bu­kunya "Al-Munqidzu minadl dlalal" (Pembangkit dari lembah ke­sesatan), "Maqashid al-Falasifah" (Tujuan dari pada para Failasoof) dan "Tahafut al-Falasifah" (Kekacau-balauan para Failasoof).



Beliau — setelah pengembaraan dalam alam pikiran yang menda­lam itu— telah menyatakan kesimpulan bahwa filsafat itu, baik juga untuk melatih kita berfikir. Tetapi jadi amat berbahaya kalau sekiranya pikiran yang akan dipergunakan bagi berfilsafat tidak terlatih terlebih dahulu dengan tuntunan Wahyu Ilahi dan ­tuntunan Nabi. Ada orang mengatakan bahwa berfikir filsafat itu harus bebas, obyektif, jangan ada yang mempengaruhi terlebih da­hulu. Tetapi kenyataan menunjukkan bahwa tidaklah ada seorang manusiapun yang dapat membebaskan dirinya dari pada pengaruh alam dikelilingnya. Apakah lagi — menurut Ghazali — Failasoof-Failasoof Yunani yang mempengaruhi berfikirnya Failasoof-Faila­soof Muslim seumpama Al-Farabi dan Ibnu Sina, karena penera­wangan berfikir bebas itu, telah sampai kepada kesimpulan bahwa Alam itu adalah qodim penaka Tuhan juga. Disini Filsafat sudah menjauh sendirinya dari pada pokok ajaran agama.



Lantaran itu maka Ghazalipun amat menyuruh hati-hati di da­lam belajar 'Ilmul Kalam, IIlmu Theologi dalam Islam. Untuk orang awam —kata beliau— 'Ilmul Kalam itu lebih besar bahayanya daripada manfaatnya, sehingga beliau keluarkan sebuah risalah ber­nama "Iljamul 'Awam" (Mengekang orang awam) dari pada mem­bicarakan Ilmu Kalam. Iman kepada Allah— menurut Ghazali- ti­daklah dapat dengan dipelajari secara "akal semata", melainkan hendaklah karena dirasakan, demi setelah meleburkan diri keda­lam persada Alam yang ada dikeliling kita.



Setelah nyata bahwa dengan filsafat bukan, dengan 'Ilmul Kalam bukan, dengan debat-berdebat (jidal) Ilmu Fiqhi-pun bukan, ma­nakah jalan yang dapat mencapai kepada Tuhan itu?



Ghazali akhirnya berpendapat bahwa mendekati Tuhan, merasa adanya Tuhan dan ma'rifat kepada Tuhan, hanya dapat dicapai dengan menempuh satu jalan, yaitu jalan yang ditempuh oleh kaum Shufi.



Ghazalipun insyaf bahwasanya di zamannya pertentangan kaum syari'ah amat besar dengan kaum Shufi atau kaum Hakikat. Kaum Fuqaha menghabiskan waktunya di dalam membincangkan syah dan bathal, dengan mengabaikan perhatian kepada kehalusan perasaan, sedang kaum Shufi saling terlalu memupuk perasaan (dzauq) kadang-kadang tidak memperdulikan mana amalan, ibadat dan syari'at yang sesuai dengan Sunnah Rasul dan mana yang tidak.



Tasawwuf perlu untuk memupuk perasaan halus manusia, atau `athifah. Tetapi kadang-kadang terlanjur keluar dari garis syari'at. Syari'at perlu untuk mengatur kehidupan sehari-hari menurut jalan Rasul, tetapi kadang-kadang menjadi kaku dan kehilangan intisari karena hanya tunduk kepada yang tertulis belaka sehingga kebebas­an manusia buat berfikir, buat merasa dan buat berfantasi menjadi hilang.



Syari'at tanpa hakikat, menjadi bangkai tak bernyawa. Hakikat tanpa syari'at menjadi nyawa tak bertubuh.



Ghazali berusaha mempersatu-padukan keduanya. Dengan dasar itulah beliau ingin menghidupkan kembali Ilmu Agama: IHYA' 'ULUMIDDIN.



Dengan bersumber kepada Al-Quran, dengan kembali kepada Sunnah Rasul yang asli, kita bongkar dan kita gali ilmu yang sejati. Di dalamnya terkandunglah hikmat-hikmat yang tinggi, yang kadang-kadang mungkin dapat dinamai filsafat, kadang-kadang dapat dinamai Ilmul Kalam, Fiqhi dan lain-lain, apatah lagi buat mengetahui rahasia yang terkandung dalam hati (Asroril-Qulub).



Apabila ilmu telah dihidupkan kembali, syari'at mesti bertemu dengan hakikat, amal saleh mesti dinyawai oleh Iman dan di sam­ping riadlah jasmani (latihan badan) kita adalah riadlah annafs atau riadlah qalb (latihan jiwa atau latihan hati). Disitulah kita mendapat "Haqiqat al Hajah (hidup yang sejati).



Sejak daripada ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan hajji, sampai kepada mu'amalat (pergaulan hidup manusia sehari-hari), sampai kepada munakahat (pembangunan rumah tangga), sampai kepada hukum-hukum pidana, semuanya beliau cari isi dan umbinya,inti atau sarinya dalam alam hakikat dan hikmat, sehingga hidup kita sebagai muslim berarti lahir dan bathin.



Maka kitab "IHYA' 'ULUMIDDIN" adalah hasil karya positif sesu­dah beliau ragu (syak, sceptis) terhadap segala persoalan dalam bidang kepercayaan dan akhirnya keraguan itu sedikit demi sedikit mulai hilang, berganti dengan yakin. Dan itulah yang beliau hidang­kan ke dalam masyarakat muslim.



Sebagai seorang ahli fiqih Islam yang besar, karangan beliau ini mendapat sambutan hangat. Mendapat sanjung puji yang tinggi dan juga mendapat sanggahan yang hebat.



Di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin di negeri Maghribi di Fas (Fez) kaum Fuqaha sangat murka kepada Ghazali, sebab karangannya Ihya' 'Ulumiddin banyak mengeritik kaum ahli fiqhi, yang sudah menjauh daripada Al-Qur'an dan hanya tengge­lam ke dalam taqlid. Fuqaha marah, sehingga mengusulkan kepada Sulthan supaya Ihya' dibakar saja dan dilarang keras peredarannya ke Maghribi. Di kala disampaikan orang berita itu kepada Ghazali serta-merta beliau berkata: "Tuhan akan merobek kerajaan mereka sebagaimana mereka telah merobek kitabku".



Tiba-tiba muncullah dalam majlis itu, murid beliau Muhammad bin Taumrut, yang bergelar Al-Mahdi, lalu berkata : "Wahai Imam! Doakanlah kepada Tuhan bahwa keruntuhan kerajaan Bani Tasyfin akan terjadi di tangan saya".



Kemudian memang jatuhlah kerajaan Murabithin, digantikan oleh murid Imam Ghazali yang bernama Muhammad bin Taumrut itu, dengan nama Kerajaan Muwahhidin. Bila Imam Ghazali menge­tahui bahwa muridnyalah yang menjadi raja, dan kitab beliau telah diakui kembali di negeri itu, beliau berniat hendak hijrah ke Magh­ribi. Sayang sekali sebelum beliau berangkat, beliau meninggal du­nia tahun 505 H. dalam usia 55 tahun.



"Ihya' 'Ulumiddin" adalah salah satu karya besar, yang diakui besar fikiran yang terkandung di dalamnya. Ds. Zwemmer, to­koh sending Kristen yang terkenal, berpendapat bahwa sesudah Nabi Muhammad saw. adalah dua Pribadi yang amat besar jasanya menegakkan Islam, pertama Imam Bukhari karena pengumpulan Haditsnya, kedua Imam Ghazali karena "Ihya'-nya".



Segala sesuatu apabila telah tercapai kesempurnaannya, nam­paklah di mana kekurangannya. "Tanda gading yang tulen, ialah retaknya". Alam ini sendiri menjadi amat sempurna, karena serba kekurangannya. Tuhan mencipta 'Alam dalam kesempurna­annya, karena ada kekurangannya. Kalau tidak ada yang cacat niscaya Allah Ta'ala tidak kaya karena tidak menjadikan sesuatu yang bernama cacat.



Demikian juga kitab-kitab karangan Ghazali terutama Ihya' 'Ulu­middin ini. Kadang-kadang beliau, lantaran asyiknya memperi­ngatkan kesucian hidup, telah jatuh kepada bersangatan mencela dunia. Orang yang terpengaruh oleh ajaran Ghazali tentang cacat dunia, maulah rasanya mengutuk sama sekali dunia itu. Mengutuk dunia bisa menyebabkan dunia itu lepas dari tangan kita, hingga dipungut oleh orang lain, sehingga negara-negara Islam terjajah.



Kadang-kadang beliau menganjurkan hidup membujang, tak usah beristeri. Supaya beban hidup dalam munajat kepada Tuhan menjadi ringan, padahal ajaran asli Islam tidak mengajarkan demikian.



Dan yang lebih penting lagi, sebagai seorang ahli pikir yang bebas dan besar, beliau membebaskan pikirannya dari pengaruh penafsir-penafsir yang terdahulu daripadanya, tetapi hadits-hadits yang dijadikannya dalil, kerapkali tidak memperhatikan ilmu sanad hadits, sehingga sebagaimana ditulis oleh ayahku dan guruku Syaikh Abdulkarim Amrullah dalam bukunya Sullamul Ushul membaca Ihya' musti hati-hati, karena banyak haditsnya lemah.



Itulah menjadi bukti bahwasanya seorang sarjana atau seorang failasoof yang besar tidaklah melengkapi ilmunya dalam segala -bidang. Ghazali lemah dalam ilmu hadits, tetapi dia besar dalam penciptaan fikiran. Sebagaimana juga Ulama-Ulama Ahli Hadits, kebanyakannya tidak sanggup buat menciptakan fiqhi atau menge­luarkan faham bebas, sebab amat terikat oleh hadits-hadits, sehing­ga fikirannya menjadi buntu karena kekuatan hafalan.



Perhatikan kepada ajaran Filsafat Ethika (Akhlaq) Al-Ghazali sampai saat-saat sekarang ini masih menjadi bahan yang kaya untuk direnungkan. Setengah ahli selidik dan orientalist Barat ber­pendapat bahwa keragu-raguan Descartes adalah pengaruh keragu-raguan Ghazali. Ragu (skeptis, syak) adalah tangga utama menuju yakin. Pada tahun 1924 Zaki Mubarak di Mesir mencapai gelar Doktornya karena kritiknya yang bernama "Akhlaq menurut Ghazali" yang sebagai seorang sarjana yang masih muda dia menghantam ajaran Ghazali sebagai suatu ajaran yang menyebabkan jiwa melempem. Tetapi setelah dia berusia lebih 40 tahun dikeluarkan­nya pula promosinya untuk gelar doktor yang ketiga-kalinya berna­ma "Tasawwuf Islam", yang kalau dibaca, ternyata bahwa pukulannya kepada Ghazali khasnya dan Tasawwuf 'amnya, tidak sekeras dahulu lagi. Di tahun 1947 Dr. Sulaiman Dunia Maha Guru Filsafat dan 'ilmu Kalam di Al-Azhar University mengeluarkan lagi study­nya "Hakikat menurut pandangan Ghazali ". Ditahun terakhir sam­pai tahun 1963 masih tetap ada sarjana Islam yang meninjaunya kembali.



Kupasan Ghazali tidak akan habis-habisnya menjadi bahan study tentang tasawwuf, tentang aqidah, tentang filsafat dan ethika (akhlaq).



Demikian itulah selayang pandang saya tentang IHYA' 'ULUMID­DIN oleh "Hujjatul Islam" Al-Ghazali.



Di dalam perkembangan ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu Islam di Indo­nesia, tasawwuf Imam Ghazali dengan Ihya'-nya besar sekali peranannya. Madzhab Sunni yang masuk kemari sejak zaman kera­jaan Islam Pasai ialah Madzhab Syafi i. Imam Ghazali adalah seo­rang Ulama Muta-akhkhirin dalam madzhab itu.



Tasawwuf "Wihdatul Wujud" (Pantheisme) Al-Hallaj yang mu­lanya amat berpengaruh di sini menjadi terdesak karena datang­nya ajaran Ghazali. Kitab Ihya' `Ulumiddin menjadi pegangan ula­ma-ulama di tanah air kita. Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani diu­jung abad kedelapan belas telah mengambil inti-sari kitab Ihya` dan menyalinnya ke dalam bahasa Indonesia (Melayu Lama) dengan nama "Sairus-Salikin". Demikian juga terdapat dalam karangan-karangan Ulama-ulama Aceh. Kitab Ihya` pun telah disarikan oleh Ulama-ulama di Jawa ke bahasa Jawa huruf Pegon. Dizaman mo­dern ini, saya sendiri amat banyak mengambil buah renungan Gha­zali untuk buku saya "Tasawwuf Modern". Tetapi belum ada usa­ha selama ini menyalin kitab yang besar 4 jilid itu ke dalam bahasa Indonesia modern.



Tiba-tiba pada bulan Rajab 1383 Hijriyah, bertepatan dengan hari-hari peringatan Isro' dan Mi'roj Nabi Muhammad saw. seorang Ulama Muda dari Aceh, yang telah lama saya kenal, yaitu Tengku Haji Ismail Yakub MA-SH, telah datang kerumah saya memperlihatkan salinan (terjemahan) Kitab Ihya' Ulumiddin ke dalam bahasa Indonesia yang beliau kerjakan sendiri dan meminta saya supaya sudi memberikan kata sambutan atas usahanya yang amat berharga itu.



Tidak pelak lagi kalau saya bergembira menyambut usaha beliau itu. Perhatian kepada Islam dan inti ajarannya di zaman seka­rang telah mulai besar di tanahair kita ini. Banyak kaum terpe­lajar secara Barat mulai memperhatikan Islam. Banyak mereka mendengar nama kitab Ihya' atau membaca adanya kitab itu dari kalangan Orientalist Barat, sayang mereka tidak mengetahui bahasa Arab. Terjemahan Ustadz Tengku H. Ismail Yakub ini sudah dapat memuaskan dahaga mereka.



Banyak telah berdiri Perguruan Tinggi Islam. Sayangnya mahasiswa kebanyakan lemah bahasa Arabnya. Dengan salinannya Ihya' mereka sudah dapat membandingkan fikiran ciptaan Failasoof Islam ini dengan aliran-aliran filsafat yang lain. Baik Filsafat Yunani atau Filsafat Scholastik Kristen atau Filsafat Modern.



Mubaligh-mubaligh pun mendapat banyak bahan untuk study. Dan lebih dari itu semuanya dengan membaca salinan Ihya' ini, dengan sendirinya moga-moga isinya yang bernas dapat mempe­ngaruhi jiwa kita, sehingga kita dapat menjadi seorang Muslim yang tha'at dan cinta kepada Allah dan Rasul Allah.



Dalam pembangunan bangsa kita sekarang ini, yang kita seba­gai Muslim amat ingin agar Islam menjadi unsur mutlak dalam pefnbangunan itu, maka terjemahan Ihya' Ulumiddin ke dalam bahasa Indonsia oleh Ustadz Tk. H. Ismail Yakub MA-SH., adalah satu karya yang amat saya pujikan.



Moga-moga Tuhan Allah memberi taufiq kita bersama dalam menuju ridlaNya.



Dr. H.A. Malik KarimAmrullah

Kebayoran Baru, Jakarta: Rajab 1383. 
Desember 1963.


_____________________________
Rujukan:

Friday, June 1, 2012

Puasa Hari Putih & Kelebihannya



Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangka masa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.
  
PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)
Islam menganjurkan setiap pemeluknya untuk memperbanyak ibadah sunnah, salah satunya adalah puasa putih. Ibadah ini merupakan puasa sunnah yang dilakukan setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan. Namun, khusus untuk bulan Dzulhijjah puasa ini hanya boleh dilakukan pada tanggal 14 dan 15.


Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih?

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda;
“Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).


Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.;
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)


Sabda Nabi s.a.w.; 
“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). 

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; 
“Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Kenapa dinamakan Hari Putih?

Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.

Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa. Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yang dimaksudkan puasa pada pertengahan bulan itu adalah hari yang afdhal kerana Nabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan lelaki lagi senang berpuasa pada hari-hari pertengahan ni. Maka beruntunglah wahai kaum Adam  ^_^

Rebutlah peluang selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini

_______________________________________

Rujukan:
Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261.

Thursday, May 31, 2012

Petua Dari Ayat-Ayat Al-Quran



Bil
Fadhilat/faedah
Surah
Juzu’
Ayat
1
Supaya Allah Pelihara Diri,Keluarga,Suami,Isteri,Anak2,Harta Benda Dan Sebagainya.
Al-Jumuah
28
1-4
2
Ayat Pening Kepala
Al-Waqiah
27
19
3
Ayat Penjaga-2 Malaikat Sentiasa Mengiringi  X Kira Masa & Tempat (Boleh Juga Baca Sambil Mengunci Barang Yang Kita Akan Tinggalkan Spt Rumah, Kereta, Moto,Almari Dan Seumpama Dengannya)
Ar-Ra’du
13
11
4
Ayat Supaya  Dipertemukan Dengan Orang Yang Baik-Baik
  As-Syua’ara’
19
83
5
Penyakit besar –(Ayat Pemecah-Jika Ada Bisul Atau Angin..Sambil Urut Bacalah Ayat Ini)
Al-Hasyr
28
21-24
6
.Bagi Bayi –Supaya Terhindar Dr Penyakit Yang Biasa Dihidapi Oleh Kanak2 Maka Bacakan Satu Surah  Ini Kat Minyak Yang Akan Disapu Kat Badan Baby.
Al-Haqqah
29
52 Ayat
7
SUPAYA MURAH REZEKI –Dibaca Setiap Pagi
Al-Waaqiah
27

Al-A’raf
8
54
8
Supaya Menjadi Hebat (Amat Sesuai Bg Orang Yang Selalu Bg Ucapan D Khalayak Ramai, Debater, Guru2 Dan Seumpama Dengannya)
As-Shaf
28
9-12
9
Ayat  Mengurangkan Demam Panas
Al-Anbiya’
16
69
10
Petua Mudah Belajar –Supaya Ilmu Mudah Masuk Dan Lekat Di Dada ((Petua Imam Nawawi)  Baca Setiap Pagi Dan Petang Sebanyak 7x)
An-Nur
18
35
11
Utk Kekuatan Roh
Al-Fathu
26
29
12
Supaya Org Kasih,Segan Dan Hormat
Yusuf
12
4
13
Ayat Kasih Sayang, Agar  Semua Orang Sayang Sama Ad Kawan Mahupun Lawan, Sahabat2, Jiran Tetangga
Thahaa
16
39
14
AGAR TERHINDAR DARI PENYAKIT2 YANG KRONIK (SPT KANSER,JANTUNG DAN SEUMPAMA DENGANNYA – Amalkan Setiap Pagi
Al-Hasyru
28
21-24
15
.Agar Terhindar Dari Penyakit Kecil –Bisul,Kudis, Gatal2 Dan Seumpama Dengannya –Amalkan Setiap Pagi-
Ali-Imran
3
1-4
16
Amalan Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal
Alkahfi
15&16
1-10, 101-110
17
Amalan Agar Dipelihara Iman Siang & Malam,X Kira Di Mana Kita Berada

As-Sajdah
21
30 Ayat
18
Amalan Untuk Jodoh – Supaya Dipertemukan Dengan Yang Secocok Dan Terbaik untuk Diri Kita
- (Amalkan Setiap Malam Jumaat)
Yaa Sin
22&23
83 Ayat
Ar-Rahman
27
78 Ayat
Al-Waaqiah
27
96
Ayat
Al-Mulk
29
30
Ayat



Ingatlah sahabat2…Allah berfirman:
 “Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”.
-Al-Isra’ Juz 15 ayat 82-


3 AMALAN ANAK ADAM YANG TIDAK AKAN TERPUTUS :
1-Doa Anak Yang Soleh (tiada anak…tidak mengapa..lihat no2)
2-Sedekah jariah (tiada wang juga..tidak mengapa..lihat peluang ke3)
3-Ilmu Yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain (tiada alasan untuk kamu tidak menyampaikan kebaikan sedangkan kamu mempunyai Ilmu..maka sebarkanlah kepada orang laen..Sabda Nabi.. “Sampaikan dariku walau sepatah ayat”)


Mudah2an kita semua beroleh manfaat yang besar dengan kehebatan dan keagungan KALAMULLAH demi ISLAM tercinta 


___________________________
Rujukan:
(makteh 019-4487946)


Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger