"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Tuesday, March 27, 2012

3 SoalaN Teka Teki Lagend + Owasem


Selama aku hidup di muka bumi ini, aku telah dihujani dengan beratus-ratus soalan teki teki. Ada teki-teki tersebut yang logik dan mencabar minda, namun kebanyakkannya hanyalah sekadar pengubat lara dan hampeh semata. Maka di sini aku senaraikan tiga soalan teka teki yang bagi aku cukup lagend dan owasem sekali. Mari mengasah minda kalian!

Soalan 1:
Soalan ini aku terjumpa sewaktu aku menuntut di sekolah menengah, di dalam asrama. Teka-teki berbentuk transkrip lama ini ditulis di sebatang kayu lama. Memang cukup lagend. Teka tekinya berbunyi begini;

Di Arab besar,
Di China kecil,
Di bilik tiada,
Di ruang tamu ada,
Ada, ada,
Tiada pun ada.

Tahu apa jawapannya? Huhu

Soalan 2: 
Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni. Hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? Jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? Cuba jawab soalan ni. Jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Soalan 3:
Soalan ini aku kutip dari sebuah buku motivasi Islam. Kisahnya begini. Ada seorang pemuda yang tinggal jauh dari Madinah, ingin ke sana dan bertemu dengan Saidina Ali untuk menuntut ilmu. Maka bertanya pemuda itu kepada gurunya, "Bagaimanakah aku dapat mengenai Ali? Sedangkan aku tidak pernah bertemu dengannya." Maka jawab gurunya, "Apabila kamu sampai sahaja di Madinah, maka soallah soalan ini kepada penduduk Madinah. Tiada sesiapa pun yang mampu untuk menjawap persoalan ini kecuali Ali."

Maka pergilah pemuda itu. Sampai sahaja di Madinah, terus sahaja dia bertanya soalan yang dikemukakan oleh gurunya kepada penduduk Madinah. Ternyata semuanya tidak tahu, sehinggalah seorang pemuda dapat memberikan jawapan. Pemuda tersebut tidak lain adalah Saidina Ali. Soalannya berbunyi begini;

Apakah yang sebesar telur, namun mampu memuatkan alam semesta?

Ha, bagaimana? Mampu untuk menjawab ketiga-tiga soalan ini?
Jika anda pertama kali mendengar kesemua soalan ini dan mampu untuk menjawabnya, maka anda memang seorang yang genius!

Selamat mencuba...
^_^

Monday, March 26, 2012

Senarai Negara Terkaya di Dunia


Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia : 

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

  1. #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306)
  2. #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
  3. #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
  4. #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
  5. #Brunei - KDNK per kapita sekitar  AS$48,000 (RM145,252)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait
Kekayaan negara Malaysia


Malaysia merupakan negara yang cukup kaya. Tetapi mengapa tiada di dalam senarai? Sedangkan negara jiran kita, Brunei dan Singapura mampu untuk tersenarai. Berikut merupakan 'bukti-bukti' yang menunjukkan kekayaan Malaysia:

  • Malaysia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia.  Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. 
  •  Merupakan pengeluar getah asli ketiga terbesar di dunia, selepas Thailand dan Indonesia.(bakal menjadi yang terbesar di dunia dengan penemuan teknologi pembiakan yang terbaru)
  • Merupakan negara yang ke  27  dalam senarai penyimpanan minyak yang terbesar di dunia dengan jumlah kuantiti ,100,000,000 barrels (mengatasi Brunei yang berada di kedudukan 36). Malah, harga minyak Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih mahal daripada minyak asli yang biasa kerana kualitinya (minyak Malaysia diambil daripada bawah dasar laut yang membuatkannya lebih berkualiti daripada minyak di daratan)
  • Merupakan negara pemasangan barangan elektronik yang terbesar di dunia.
  • Pengeluar kayu balak tropika terbesar di dunia.
  • Pengeluar lada hitam keempat terbesar di dunia.
  • Malaysia terletak di laluan perdagangan dunia, dengan KLIA merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di Asia. Manakala Pelabuhan Klang adalah pelabuhan ke 16 paling sibuk di dunia.

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia : 

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih  bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
negara terkaya Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia   Brunei, Singapura Tersenarai!!Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.
Harapan kami pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah kami mahu melihat :
Diambil dan diedit daripada http://beritasemasa.com/negara-terkaya-di-dunia#comment-157870 

Sunday, March 25, 2012

Patung Jesus dipanah Petir


Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada 'Solid Rock Church' di Monroe, Ohio.








(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) 
[Qur'an surat Ali Imran ayat 45]

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. 
[Surah Al Maa'idah ayat 116-117] 






Wednesday, March 21, 2012

Nik Aziz Pemimpin Islam ke 42 Paling Berpengaruh di Dunia

oleh MOHD RASHIDI HASSAN
Written by Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)


Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Sunday, March 18, 2012

Nama Tempat yang Pelik-Pelik di Malaysia


Malaysia bukan sahaja kaya dengan hasil bumi dan adab resam yang tinggi, malah kaya dengan nama tempat-tempat yang pelik, aneh dan tidak terjangkau oleh akal. Di sini sempat aku senarai pendekkan nama-nama tempat yang bagi aku agak pelik bunyinya. Kalau kome semua mahu kongsikan juga nama tempat yang pelik-pelik, moh le...
^_^

NEGERI SEMBILAN
Jaln Dato' Siamang Gagap
Kampung Penajis
Batang Benar
Kampung Jambu Lapan
Bongek

PERLIS
Bongor Kudong
Utan Aji
Cuping
Betis Patah
Kampung Y
Marhom Kayang
Simpang Empat Kangkung

SARAWAK
Kampung Wireless
Tanjung Bekakap
Bawang Assan
Kg Buangsiol

SELANGOR
Batang Berjuntai
Bagan Tengkorak
Teluk Penyamun
Ampang Pecah

JOHOR
Gelang Patah
Pasir Gudang
Batu Pahat
Kg. Temu Jodoh
Kg. Seri Bunian
Tongkang Pecah
Gunung Lambak
Kampung Ponorogo
Parit Botak
Kg Bukit Nyamuk
Kg Tengah
Parit Sonto- Cite Usop Sontorian..Hehe
Kg Puteri Menangis

PAHANG
Janda Baik
Felda New Zealand
Dada Kering
Che Nor
Lubuk Paku
Kampung Temin
Bangau
Kampung Buntut Pulau
Kampung Pengkalan Manggis
Kampung Berhala Gantang
Kampung Pulau Pasir Mandi

SABAH
Menggatal
Kg Baru Jumpa
Felda Icebox
Merotai
Kg.Angan-Angan
Kg.Chinta Mata
Kg.Buang Sayang
Kg.Amboi

KEDAH
Tikam Batu
Megat Dewa
PADANG CICAK
Permatang Kerat Telunjuk
Sungai Derhaka (Terengganu Pon Ad Jgk)
Kg Telekong
Kampung Namek--->>>Adakah Penduduk2 Asal Kampung Tu Adalah Org Planet Nameck? ( Dragon Ball )
Kg Tengkorak Batu
Gajah Mati

PERAK
Parit
Lumut
Titi Serong
Menglembu
Papan
Kampung Tempe
Kg Batang Bergedik
Kg Selekoh (my hometown)
Bandar Air
Sungai Mangkok
Tanjung Hantu
Kg Lubuk Katak

KELANTAN
Batu Jong (kg Huzaifah phD)
Kg Pak Badol
Kg Pak Simpol
Kg Palekbang
Kg Pauh Butut
Kg Kedai Lalat
Sg Satan
Kg Pintu Geng
Kg Bunohan
Kg. Lawa
Kg Lembu
Gertak Sering
Kg Pek
Kg Beruk
Lubuk Kawah

PENANG
Jarak Atas
Gertak Sanggul
Kg Seronok
Lahar Ikan Mati
Permatang Pak Maras
Lahar Yooi - Tasek Gelugor

TERENGGANU
Kg Alor Terbo
Kg Wad Sembilan
Kg Batu Rakit
Kg Imam Lapar
Kg Nasi Dingin
Kg Gong Badak
Kg Gong Pak Jin
Kg Padang Hangus
Kg Fakir
Kg Kuala Ping
Sungai Derhaka (Kedah Pon Ad Jgk)
Kg Lapan Kotak
Lorong Surau
Kg Jerung
Kg Bawah Atas Tol
Chukai
Kg Telaga Batin
Kg Bogel 

MELAKA
Batang Tiga
Bukit Piatu
Bukit Beruang
Air Keroh
Alor Gajah
Semabok
Durian Tunggal
Durian Daun
Ayer Leleh
Kg Ketek

Friday, March 16, 2012

Pengenalan Ilmu I'jaz Al-Quran


Diterjemahkan dari kitab asal, "Dirasah fi I'jaz Al-Quran al-Bayani", tulisan Profesor Dr. Nail Abu Zeid, pensyarah fakulti Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan

Profesor Dr. Nail Abu Zeid

Makna I'jaz dari Segi Lughah dan Istilah:

Dari segi lughah: I'jaz bermakna ketidakupayaan ataupun lemahsehingga tujuan diberikannya mukjizat  kepada para Nabi adalah agar mereka dapat menunjukkan kebenaran tentang kenabian/kerasulan serta risalah yang mereka bawa. 

Dari segi Istilah: Iaitu kelemahan yang diciptakan secara bertaburan ataupun terhimpun dan kemudian didatangkan  dengan cabaran oleh Al-Quran - secara jelas, tersirat, ataupun kedua-duanya - yang mana cabaran itu tidak mampu disahut oleh manusia mahupun jin.

Peringkat Cabaran yang dikemukakan di dalam Al-Quran:

Ulama telah menjelaskan sebahagian cabaran yang dikemukan oleh Allah di dalam Al-Quran untuk membuktikan bahawa Al-Quran sememangnya adalah kitab suci dari Allah Taala dan bukannya ciptaan manusia. Antara cabaran yang dikemukakan oleh Al-Quran adalah:

Pertama: Cabaran Al-Quran kepada masyarakat Arab untuk menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran, hatta cabaran itu juga dikemukan kepada para jin dan manusia untuk memerah tenaga dalam menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran. Allah Taala berfirman di dalam surah Tur ayat 32 dan 33 yang bermaksud; {ataukah mereka berkata, Dia (Muhammad) mereka-rekanya. 'Tidak! Merekalah yang tidak beriman. Maka cubalah mereka membuat yang semisal dengannya (yakni Al-Quran) jika mereka orang-orang yang benar.} Juga disebutkan di dalam surah Al-Isra ayat 88 yang bermaksud; {Katakanlah, ;Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.}

Kedua: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan sepuluh surah yang sama seperti Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Hud ayat 13 yang bermaksud; {Bahkan mereka mengatakan, 'Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Quran itu.'Katakanlah, '(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Quran) yang dibuat-buat, dan ajaklah sesiapa sahaja  di antara kamu yang sanggup selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} 

Ketiga: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan satu ayat sahaja yang sama seperti ayat di dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Yunus ayat 38 yang bermaksud; {Apakah pantas mereka mengatakan dia (Muhammad) yang membuat-buatnya? Katakanlah, 'Buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah (Al-Quran), dan ajaklah di antara kamu yang orang yang mampu (membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} dan firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud; {Dan jika kamu meragkan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.}


Sejarah I'jaz Al-Quran:

Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini.

Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas seperti "Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad Khatabi (meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-Quran. As-sarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya mampu membuat yang semisal dengan Al-Quran, namun dipalingkan oleh Allah untuk melakukan hal itu.

Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa balaghah dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui informasi Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang terdahulu adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis dan tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran.

Kemudian, muncul  Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran merupakan segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu untuk menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fashahlah yag memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang paling tinggi.

Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam.  

Thursday, March 15, 2012

Kisah antara Nenek, Maharaja Cina & Wanita Zaman Kini


Pagi hari pada cuti hujung minggu. Tiada apa yang mahu dibuat. Suhu di bawah negatif turut membuatkan fizikal dan mental membeku. Hanya sekadar lepak di bilik sambil mendengar lagu Dima Bashar, penyanyi muda comel dari Jordan. Bilik sunyi tanpa perbualan. Hinggalah Abdullah Sobri membuka topik...

"Nenek sebelah rumah kita tak bagi kita naik atas bumbung lagi dah,"

"Ish. Kenapa pula?" Pelik dengan kenyataan daripada Abdullah Sobri membuatkan aku terus bertanya spontan.

"Katanya, dia tak bagi naik dah, sebab nanti kita usha anak dara dia," Jawab Abdullah atau nama manjanya Pok Lah dengan bersahaja.

"Sebab tu je?"

Suasana kembali senyap seketika...

"Katanya, nak kunci pintu ke bumbung," Zul mula bersuara.

"Tak kan sebab anak dara dia, kita tak boleh naik ke atas pula?" Cukup pelik aku dengan karenah nenek rumah sebelah.

"Itu la. Kita naik ke atas pun, bukan nak usha anak dara dia. Habis, baju nak jemur di mana?" Pok Lah menyambung bicara.

"Tutup je la tingkap, langsir. Habis cerita. Ini, sampai dihalangnya kita naik ke atas," keluh Huzaifah.

Kisah nenek rumah sebelah yang menghalang kami naik ke atas hanya kerana takut kami mengusha anak dara dia membuatkan aku terkenang dengan kisah Maharaja China dan kaitannya dengan sejarah pembuatan kasut...

*       *       *       *       *

Al kisah disebutkan pada zaman dahulu, hiduplah akan seorang Maharaja Cina yang begitu ramah terhadap rakyat jelatanya. Raja Cina itu suka pergi berziarah, keluar dan masuk ke kampung untuk melihat kehidupan rakyat-rakyatnya. Pada zaman itu tiada lagi dicipta capal, kasut, mahupun capal untuk dibuat alas pada kaki. Hingga mengakibatkan kaki Maharaja sering luka-luka. Lantas dipanggilnya semua jemaah kabinet untuk menyelesaikan masalah ini.

"Memanda sekalian. Oleh kerana kaki beta sering luka-luka pabila keluar dari istana, maka selepas ini apabila beta mahu keluar sahaja, pastikan karpet terbentang pada setiap jalan yang akan beta lalui."

Semua memanda kabinet diam seakan akur dengan titah baginda, sehinggalah seorang kabinet mencelah,

"Maafkan patik tuanku. Adapun permintaan tuanku itu patik rasakan keterlaluan. Apakah lebih baik andainya kita hanya melapik tapak kaki tuanku sahaja. Dengan itu, tuanku dapat berjalan-jalan ke mana sahaja tanpa melukakan tapak kaki tuanku lagi."

Akhirnya, Maharaja Cina setuju dengan pandangan menterinya itu. Lantas terciptalah kasut yang pertama...

*       *       *       *       *

Nampak kaitan antara nenek rumah sebelah kami dengan kisah Maharaja Cina di atas? Jika belum, mari aku bawakan pula kisah wanita pada zaman ini (bukan semua wanita ya. Sebilangan kecil sahaja  ^_^)...

*       *       *       *       *

"Kenapa pakai seksi sangat? Gangguan mata bagi pihak lelaki, tahu tak?" Selalu soalan ini ditanya kepada wanita yang berpakain tetapi 'telanjang'. Maka jawapan para wanita ini cukup mudah,

"Kalau sudah tahu gangguan, jangan la tengok."

Wah, mudahnya berpuitis. Jangan tengok? Masakan lebah tidak hinggap ke bunga, andai tiada madunya. Pakaian dia yang menjengkelkan, mata kita pula yang dipersalahkan. Adakah patut semua lelaki 'membutakan' matanya agar golongan wanita sebegini terus dengan pemakaian mereka?

Ha, sudah nampak bukan kaitan antara nenek, Maharaja Cina dan wanita masa kini? Hanya kerana mahu menutup 'kecacatan' diri, diri orang lain pula yang perlu ditutupi. Perlukah? Patutkah begitu?

Kisah nenek tadi cukup-cukup mudah. Mengapa perlu menghalang daripada kami naik ke atas hanya kerana anak dara dia yang terperap di dalam bilik? Sedangkan dengan hanya menutup tingkap dengan langsir sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Maharaja Cina? Dek kerana mahu menjaga kaki, habis semua jalan perlu dibentangkan karpet, sedangkan tutup sahaja tapak kaki dengan 'karpet' yang boleh dipakai. Habis cerita. Kisah wanita zaman kini? Pandai-pandailah membuat kesimpulan sendiri.

Pengajarannya, mengapa perlu kita menghalang orang lain dalam keadaan penuh keterpaksaan untuk menjaga hati kita, sedangkan kita sendiri mampu untuk mengubahnya agar orang lain dapat bersama dengan kita dengan penuh kerelaan. Jika ada jalan yang mudah, mengapa perlu mengambil jalan yang sukar dan berliku dalam mengubah sesuatu?

Dima Bashar, nyanyikan satu lagu untukku agar jiwaku kembali tenang dengan karenah manusia masa kini...

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger