Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :
Senarai Negara Terkaya Di Dunia
Kekayaan negara Malaysia
- #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306)
- #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
- #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
- #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
- #Brunei - KDNK per kapita sekitar AS$48,000 (RM145,252)
- #United Arab Emirates
- #United States
- #Hong Kong
- #Switzerland
- #Netherlands
- #Australia
- #Austria
- #Ireland
- #Canada
- #Kuwait
Malaysia merupakan negara yang cukup kaya. Tetapi mengapa tiada di dalam senarai? Sedangkan negara jiran kita, Brunei dan Singapura mampu untuk tersenarai. Berikut merupakan 'bukti-bukti' yang menunjukkan kekayaan Malaysia:
- Malaysia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.
- Merupakan pengeluar getah asli ketiga terbesar di dunia, selepas Thailand dan Indonesia.(bakal menjadi yang terbesar di dunia dengan penemuan teknologi pembiakan yang terbaru)
- Merupakan negara yang ke 27 dalam senarai penyimpanan minyak yang terbesar di dunia dengan jumlah kuantiti ,100,000,000 barrels (mengatasi Brunei yang berada di kedudukan 36). Malah, harga minyak Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih mahal daripada minyak asli yang biasa kerana kualitinya (minyak Malaysia diambil daripada bawah dasar laut yang membuatkannya lebih berkualiti daripada minyak di daratan)
- Merupakan negara pemasangan barangan elektronik yang terbesar di dunia.
- Pengeluar kayu balak tropika terbesar di dunia.
- Pengeluar lada hitam keempat terbesar di dunia.
- Malaysia terletak di laluan perdagangan dunia, dengan KLIA merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di Asia. Manakala Pelabuhan Klang adalah pelabuhan ke 16 paling sibuk di dunia.
Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :
- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
- Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
- Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
- Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
- Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
- Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.
Harapan kami pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah kami mahu melihat :
Diambil dan diedit daripada http://beritasemasa.com/negara-terkaya-di-dunia#comment-157870
- Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
- Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapatkeperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment