"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Wednesday, February 1, 2012

Hingga Ke Syurga

Tiba-tiba aku merindui suasana itu...

Merindui suasana rumah sewaku, rindu dengan ruang dan gelak tawa sahabat rumah sewaku, rindu waktu tidur bersama di ruang tamu, menonton bola di awal pagi, segalanya aku rindui di dalam kotak pemikiranku...

rumah sewa kami

Rumah sewa kami terletak di hadapan Kolej Islam Darul Ridzuan, hanya dalam seminit dua jika menaiki kenderaan. Rumah yang mempunyai tiga bilik, ditambah dengan satu bilik kecil itu menempatkan sepuluh orang pelajar. Memang padat maksima jadinya. Diketuai oleh as-Syeikh Aiman, penghuni-penghuni lain yang bertuah ialah Anwar An-nur, Abu Huzaifah, Asri, Fakhrul, Amri, Ehsan, Syamil dan aku sendiri.



Kolej kebanggaan kami, Kolej Islam Darul Ridzuan

Walaupun semua kami hidup membujang, namun kami mempunyai lima orang ekor anak yang comel-comel belaka. Huhuhu

comel kan, anak-anak kami

Selalu kmi bersolat jemaah ke Masjid Kolej. Kalau cuaca baik, maka motosikal yang ditunggang dan dikonvoi bersama. Tatkala hujan pula, mangsanya pastilah kereta Wira Legand Amri serta Satria Silver Aiman. 

Masjid Kolej di waktu malam

Iqtikaf seketika di masjid Kolej

Berdoa bersama memohon keberkatan Allah Taala


Ke mana pun, kami selalu bersama, makan bersama, pergi kolej bersama, pulang konvoi bersama, segalanya bersama atas dasar ukhwah, walaupun ada masa rasa pergaduhan itu pasti akan tercetus juga.

Bila malam menjelang, kami makan luar bersama. Port makan pilihan kami; Restoran Ibnu Boss, Kak Bitah, Assalamualaikum dan gerai Brother

Asal ada waktu terluang, pagi mahupun petang, kami akan bermain badminton bersama


Minggu peperiksaan merupakan waktu yang paling genting dan sibuk bagi kami. Kebanyakkan kami akan belajar bersama-sama, selalunya di Masjid Kolej.


Iqtikaf sambil murojaah bersama sahabat-sahabat di masjid Kolej

Maktabah juga menjadi tempat yang ideal untuk kami bagi study bersama


Rumah sewa kami juga mempunyai team nasyid yang begitu masyhur di seantaro kuale Kangsar. Selalu kumpulan nasyid kami dipanggil untuk membuat persembahan. Paling dikenang sewaktu kami membuat persembahan untuk jamuan batch kami

Kumpulan nasyid no.1 di KISDAR; mempersembahkan:
"Ehsan Nul Haq!"

Sungguh, aku merindui semua itu, merindui semua sahabat-sahabatku, merindui kenangan kita bersama Agak-agaknya, bila kita mampu untuk berkumpul bersama?

Moga ukhuwah yang dibina kekal hingga ke Syurga, amin (")(")




0 comments:

Post a Comment

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger