Waktu-waktu cuti selalunya diisi dengan hanya duduk di bilik sambil menghadap laptop. Kemudian, mulalah online atau tengok movie dan drama. Selalunya, orang hanya layan drama Korea sahaja hingga meminggirkan drama Jepun, walaupun hakikatnya drama-drama Jepun lebih berkualiti. Berkualiti bagi aku adalah dari segi jalan cerita. Korea? Hanya jiwang semata, berbeza dengan Jepun yang lebih banyak menonjolkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Hurm, dalam tulisan kali ini, aku nak bercerita tentang drama Jepun pula. 5 drama Jepun yang pernah aku tengok, dan bagi aku paling berbaloi-baloi untuk ditonton. Tak nak buang masa, jom kita jenguk...
5. Hanazakari no Kimitachi e
Drama humor ini memang penuh dengan adegan yang mencuit hati. Bagaimana seorang gadis sanggup menyamar menjadi lelaki semata-mata untuk memulihkan kembali semangat seorang lelaki. Drama ini turut dikenali dengan nama 'Hana Kimi'. Bagaimana gamaknya dia mahu selindungkan identitinya sebagai seorang wanita di sekolah lelaki itu?
4. Mr Brain
Seorang lelaki yang agak bengap(maaf cakap) berubah menjadi hyper intelligent akibat kemalangan. Kepandaiannya mengatasi si detektif kecil, Conan, dan mungkin menyamai kecerdasan si lagenda epik detektif, Sherlock Holmes. Penuh dengan teka teki, namun dapat diselesaikan dengan mudah di luar imaginasi. Berminat dengan cerita penyiasatan, maka drama ini adalah pilihan terbaik.
3. Gokusen
Mengajar di kelas budak-budak buas memang menjadi satu mimpi ngeri buat para pendidik, tetapi tidak bagi miss Yankumi. Ya, beliau merupakan guru contoh seantaro dunia, huhu. Drama ini memang penuh dengan aksi-aksi, lawak tak bertepi dan yang penting, hubungan persahabatan diterapkan dengan baik di dalam drama ini. Bagaimana walaupun si guru ini sering 'dibuli' oleh anak muridnya, namun beliau tetap percaya dengan anak-anak muridnya. Memang drama yang cukup lagend... Fighting!
2. 1 Litre of Tears
Diangkat berdasarkan kisah benar, drama ini memang cukup-cukup menyentuh hati. Bagaimana agaknya kita mahu meneruskan kehidupan sedangkan kita sudah tahu masa depan kita sudah gelap, tertutup rapat. Penyakit spinocerebellar degeneration menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak bebas, bercakap, menulis dan makan dengan sempurna. Memang feeling habis cerita ini. Sesiapa yang menangis apabila menonton drama ini, anda jangan bimbang kerana mereka yang tidak menangis adalah mereka yang abnormal (tidak normal).
1. My Boss My Hero
Serius, drama ini memang amat-amat berbaloi untuk ditonton. Jika 1 Litre of Tears membuatkan penonton menangis akibat kesedihan, drama ini juga mampu membuatkan penonton menangis, bukan menangis kesedihan, sebaliknya kelawakan. Memang lawak habis! Drama ini mengangkat hubungan persahabatan dan kekeluargaan sebagai temanya. Bayangkan seorang remaja berusia 27 tahun menyamar diri menjadi seorang pelajar sekolah menengah. Dan yang lebih penting, diri perlu menyamar diri sebagai seorang anak kepada ketua Yakuza (sama macam cerita Gokusen). Jika jiwa dibalut kedukaan, maka bolehlah layan drama ini untuk mengembalikan kegembiraan. Yang cukup aku suka, mimik muka si Sakaki 'Tornado' apabila dia menahan kemarahan. Memang lawak habis! Malah aku sendiri suka meniru mimik mukanya tatkala aku memarahi adik-adikku. Hasilnya? Adikku bukan takut, malah ketawa pula. Huhuhu.. Memang sebuah naskah terhebat dari ladang.
mana la adik-adikku tidak takut, jika aku marah dengan membuat mimik muka sebegini. Huhuhu...
^_^
Bagi mereka yang alah dengan drama jiwang romantik yang tidak berkesudahan, maka bolehlah menukar siaran ke drama Jepun pula. Jangan bimbang, selalunya drama Jepun ini tidak panjang, dalam 8-12 episod sahaja. Dan yang pasti, drama Jepun ini ada moral value yang cukup berbekas di hati para penontonnya..
Selamat melayan perasaan~
2 comments:
byk lg sbnrnya drama2 lagend from jepun yg aku x letak kt sini, mcm NGO, Hana Yori Dango, Absolute Boyfriend, dan byk lg la..tp yg 5 ini, bg aku, plg owasem la, huhu..layan~
wah..sume cite di atas ni memg best...
Post a Comment