"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Friday, March 16, 2012

Pengenalan Ilmu I'jaz Al-Quran


Diterjemahkan dari kitab asal, "Dirasah fi I'jaz Al-Quran al-Bayani", tulisan Profesor Dr. Nail Abu Zeid, pensyarah fakulti Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan

Profesor Dr. Nail Abu Zeid

Makna I'jaz dari Segi Lughah dan Istilah:

Dari segi lughah: I'jaz bermakna ketidakupayaan ataupun lemahsehingga tujuan diberikannya mukjizat  kepada para Nabi adalah agar mereka dapat menunjukkan kebenaran tentang kenabian/kerasulan serta risalah yang mereka bawa. 

Dari segi Istilah: Iaitu kelemahan yang diciptakan secara bertaburan ataupun terhimpun dan kemudian didatangkan  dengan cabaran oleh Al-Quran - secara jelas, tersirat, ataupun kedua-duanya - yang mana cabaran itu tidak mampu disahut oleh manusia mahupun jin.

Peringkat Cabaran yang dikemukakan di dalam Al-Quran:

Ulama telah menjelaskan sebahagian cabaran yang dikemukan oleh Allah di dalam Al-Quran untuk membuktikan bahawa Al-Quran sememangnya adalah kitab suci dari Allah Taala dan bukannya ciptaan manusia. Antara cabaran yang dikemukakan oleh Al-Quran adalah:

Pertama: Cabaran Al-Quran kepada masyarakat Arab untuk menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran, hatta cabaran itu juga dikemukan kepada para jin dan manusia untuk memerah tenaga dalam menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran. Allah Taala berfirman di dalam surah Tur ayat 32 dan 33 yang bermaksud; {ataukah mereka berkata, Dia (Muhammad) mereka-rekanya. 'Tidak! Merekalah yang tidak beriman. Maka cubalah mereka membuat yang semisal dengannya (yakni Al-Quran) jika mereka orang-orang yang benar.} Juga disebutkan di dalam surah Al-Isra ayat 88 yang bermaksud; {Katakanlah, ;Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.}

Kedua: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan sepuluh surah yang sama seperti Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Hud ayat 13 yang bermaksud; {Bahkan mereka mengatakan, 'Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Quran itu.'Katakanlah, '(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Quran) yang dibuat-buat, dan ajaklah sesiapa sahaja  di antara kamu yang sanggup selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} 

Ketiga: Cabaran Al-Quran untuk menghasilkan satu ayat sahaja yang sama seperti ayat di dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam surah Yunus ayat 38 yang bermaksud; {Apakah pantas mereka mengatakan dia (Muhammad) yang membuat-buatnya? Katakanlah, 'Buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah (Al-Quran), dan ajaklah di antara kamu yang orang yang mampu (membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.'} dan firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud; {Dan jika kamu meragkan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.}


Sejarah I'jaz Al-Quran:

Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini.

Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas seperti "Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad Khatabi (meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-Quran. As-sarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya mampu membuat yang semisal dengan Al-Quran, namun dipalingkan oleh Allah untuk melakukan hal itu.

Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa balaghah dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui informasi Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang terdahulu adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis dan tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran.

Kemudian, muncul  Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran merupakan segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu untuk menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fashahlah yag memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang paling tinggi.

Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam.  

Thursday, March 15, 2012

Kisah antara Nenek, Maharaja Cina & Wanita Zaman Kini


Pagi hari pada cuti hujung minggu. Tiada apa yang mahu dibuat. Suhu di bawah negatif turut membuatkan fizikal dan mental membeku. Hanya sekadar lepak di bilik sambil mendengar lagu Dima Bashar, penyanyi muda comel dari Jordan. Bilik sunyi tanpa perbualan. Hinggalah Abdullah Sobri membuka topik...

"Nenek sebelah rumah kita tak bagi kita naik atas bumbung lagi dah,"

"Ish. Kenapa pula?" Pelik dengan kenyataan daripada Abdullah Sobri membuatkan aku terus bertanya spontan.

"Katanya, dia tak bagi naik dah, sebab nanti kita usha anak dara dia," Jawab Abdullah atau nama manjanya Pok Lah dengan bersahaja.

"Sebab tu je?"

Suasana kembali senyap seketika...

"Katanya, nak kunci pintu ke bumbung," Zul mula bersuara.

"Tak kan sebab anak dara dia, kita tak boleh naik ke atas pula?" Cukup pelik aku dengan karenah nenek rumah sebelah.

"Itu la. Kita naik ke atas pun, bukan nak usha anak dara dia. Habis, baju nak jemur di mana?" Pok Lah menyambung bicara.

"Tutup je la tingkap, langsir. Habis cerita. Ini, sampai dihalangnya kita naik ke atas," keluh Huzaifah.

Kisah nenek rumah sebelah yang menghalang kami naik ke atas hanya kerana takut kami mengusha anak dara dia membuatkan aku terkenang dengan kisah Maharaja China dan kaitannya dengan sejarah pembuatan kasut...

*       *       *       *       *

Al kisah disebutkan pada zaman dahulu, hiduplah akan seorang Maharaja Cina yang begitu ramah terhadap rakyat jelatanya. Raja Cina itu suka pergi berziarah, keluar dan masuk ke kampung untuk melihat kehidupan rakyat-rakyatnya. Pada zaman itu tiada lagi dicipta capal, kasut, mahupun capal untuk dibuat alas pada kaki. Hingga mengakibatkan kaki Maharaja sering luka-luka. Lantas dipanggilnya semua jemaah kabinet untuk menyelesaikan masalah ini.

"Memanda sekalian. Oleh kerana kaki beta sering luka-luka pabila keluar dari istana, maka selepas ini apabila beta mahu keluar sahaja, pastikan karpet terbentang pada setiap jalan yang akan beta lalui."

Semua memanda kabinet diam seakan akur dengan titah baginda, sehinggalah seorang kabinet mencelah,

"Maafkan patik tuanku. Adapun permintaan tuanku itu patik rasakan keterlaluan. Apakah lebih baik andainya kita hanya melapik tapak kaki tuanku sahaja. Dengan itu, tuanku dapat berjalan-jalan ke mana sahaja tanpa melukakan tapak kaki tuanku lagi."

Akhirnya, Maharaja Cina setuju dengan pandangan menterinya itu. Lantas terciptalah kasut yang pertama...

*       *       *       *       *

Nampak kaitan antara nenek rumah sebelah kami dengan kisah Maharaja Cina di atas? Jika belum, mari aku bawakan pula kisah wanita pada zaman ini (bukan semua wanita ya. Sebilangan kecil sahaja  ^_^)...

*       *       *       *       *

"Kenapa pakai seksi sangat? Gangguan mata bagi pihak lelaki, tahu tak?" Selalu soalan ini ditanya kepada wanita yang berpakain tetapi 'telanjang'. Maka jawapan para wanita ini cukup mudah,

"Kalau sudah tahu gangguan, jangan la tengok."

Wah, mudahnya berpuitis. Jangan tengok? Masakan lebah tidak hinggap ke bunga, andai tiada madunya. Pakaian dia yang menjengkelkan, mata kita pula yang dipersalahkan. Adakah patut semua lelaki 'membutakan' matanya agar golongan wanita sebegini terus dengan pemakaian mereka?

Ha, sudah nampak bukan kaitan antara nenek, Maharaja Cina dan wanita masa kini? Hanya kerana mahu menutup 'kecacatan' diri, diri orang lain pula yang perlu ditutupi. Perlukah? Patutkah begitu?

Kisah nenek tadi cukup-cukup mudah. Mengapa perlu menghalang daripada kami naik ke atas hanya kerana anak dara dia yang terperap di dalam bilik? Sedangkan dengan hanya menutup tingkap dengan langsir sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Maharaja Cina? Dek kerana mahu menjaga kaki, habis semua jalan perlu dibentangkan karpet, sedangkan tutup sahaja tapak kaki dengan 'karpet' yang boleh dipakai. Habis cerita. Kisah wanita zaman kini? Pandai-pandailah membuat kesimpulan sendiri.

Pengajarannya, mengapa perlu kita menghalang orang lain dalam keadaan penuh keterpaksaan untuk menjaga hati kita, sedangkan kita sendiri mampu untuk mengubahnya agar orang lain dapat bersama dengan kita dengan penuh kerelaan. Jika ada jalan yang mudah, mengapa perlu mengambil jalan yang sukar dan berliku dalam mengubah sesuatu?

Dima Bashar, nyanyikan satu lagu untukku agar jiwaku kembali tenang dengan karenah manusia masa kini...

Monday, February 27, 2012

Kaedah Hisab Falak Untuk Menentukan Anak Bulan



Dipetik dan diterjemah daripada kitab 'Qadaya Fiqhhiyah Muasirah', tulisan Doktor Amad Azam, Dekan Fakulti Fiqh wa Usul, Universiti Mutah, Jordan


Pada setiap tahun tatkala bulan Ramadhan semakin menghampiri, kebiasaannya akan berlaku kontervesi ataupun polimik berkaitan dengan bilakah tarikh satu Ramadhan. Persoalannya, adakah boleh membuat hisab melalui kiraan falak (astronomi) dalam menentukan masuknya bulan Ramadhan dan bulan-bulan Qamariah yang lain?




Berselisih pandangan ulama-ulama masa berkaitan masalah ini:


Pandangan Pertama: daripada pandangan jumhur ulama mengatakan tidak harus membuat kiraan falak untuk menentukan tarikh awal bulan Qomariah


Pandangan kedua: daripada Ahmad Muhammad Syakir dan Mufti Tunisia mengatakan harus membuat hisab untuk menentukan tarikh awal bulan Qomariah




Dalil Pandangan Pertama:



{Mereka bertanya kepada engkau dari hal hilal(anak bulan). Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji} 
Al Baqarah: 189




“ Berpuasalah kamu  kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari” 
(Bukhari dan Muslim) 


"Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
(Bukhari dan Muslim)



Anak Bulan


Berdasarkan dalil-dalil di atas dan amalan-amalan daripada salaful soleh, maka hanya kaedah melihat hilal(anak bulan) sahaja yang diguna pakai. Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai  awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka bulan tersebut akan digenapkan menjadi 30 hari.






Dalil Pandangan Kedua:


Dibolehkan membuat hisab untuk menentukan awal bulan Qomariah walaupun tiada dalil yang Qat'i(jelas) berhubung masalah ini. Hal ini kerana pada zaman Rasulullah SAW masih belum ada kaedah untuk mengira peredaran anak bulan. Ini disebabkan mungkin anak bulan itu sudah ada, tetapi mungkin tidak kelihatan akibat jerebu dan ditutupi awan. Oleh sebab itu dibolehkan menggunakan kaedah hisab untuk mengukuhkan sesuatu keputusan.



Kaedah perkiraan pada masa kini telah berkembang sehingga dapat menghasilkan keputusan yang tepat. Berlakunya perselisihan ini disebabkan pada masa dahulu kaedah perkiraan yang sebegini masih belum meluas penggunaannya serta tiada alatan yang canggih untuk mengira ketepatan anak bulan.

Kiraan Falak (Hisab) dikira berdasarkan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di setiap kawasan yang telah ditetapkan menggunaakan alatan pencerap. Kiraan ini berdasarkan  Ghurub, Azimuth, Altitud dan Umur berdasarkan bacaan Matahari dan Bulan.

Contoh kiraan Falak;

Berdasarkan hitungan secara matematik (Hisab),  berikut adalah data-data matahari dan
bulan  bagi lokasi cerapan di Balaicerap AlKhawarizmi, Tanjung Bidara Melaka bagi
menentukan awal Syawal 1427H. 

Ijtimak berlaku pada  ;
Tarikh   :  22 Oktober 2006 ( 29 Ramadhan 1427H)
Hari   :  Ahad
Masa   :  13:13
10Data-data Bulan dan Matahari pada hari Rukyah 29 Ramadhan 1427H seperti berikut;  
22/10/06     Ghurub       Azimuth       Altitud        Umur
matahari       18:58        258d 56’       00d
Bulan           18:59        255d 04’     -0d 09'      5j 45m 
Dari data di atas menunjukkan pada hari Rukyah, Ijtimak berlaku pada jam 13:13  dan
Matahari ghurub pada pukul 18:58 manakala Bulan ghurub pada 18:59. Ini  bermakna
Ijtimak berlaku  5 jam lebih awal dari waktu Matahari ghurub. Dan umur hilal ketika ia
ghurub ialah 5jam 45 minit.  Altitud  hilal ketika Matahari ghurub kurang dari dua darjah.
Berdasarkan hisab, menunjukkan data-data Bulan di atas tidak memenuhi syarat-syarat
kriteria Imkannur Rukyah. Oleh yang demikian bulan Ramadhan digenapkan menjadi 30
hari dan 1 Syawal 1427H akan jatuh pada Selasa 24 Oktober 2000


Kesimpulan:



Pandangan pertama menolak pandangan kedua kerana menurut mereka kaedah hisab ini hanyalah sekadar perkiraan, sangkaan dan tekaan sahaja, bukan didasari dengan ilmu yakin.

Namun pandangan kedua mengatakan bahawa kaedah hisab ini diqiyaskan dengan kaedah pengiraan masuknya waktu solat kerana waktu solat pada masa kini juga tidak menggunakan cara mengukur panjang bayang-bayang, sebaliknya turut menggunakan kaedah hisab.

{Dan Dia telah menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus menerus beredar (dalam orbitnya)}
Ibrahim: 33

{Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan}
Ar-Rahman: 5

Ayat-ayat di atas menunjukkan dalil pensyariatan wujudnya kaedah hisab ini dan menunjukkan bahawa kaedah hisab ini bukan sekadar sangkaan sahaja, sebaliknya adalah satu kaedah yang yakin untuk menentukan masuknya awal bulan Qomariah.

Walau bagaimanapun keputusan muktamad penentuan permulaan Ramadhan dan Syawal terletak kepada peristiharan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Saturday, February 25, 2012

Syarat-Syarat Menjadi Seorang Mujtahid



Ijtihad (الإجتهاد) menurut istilah ‘ulama usul maksudnya adalah mengerahkan segenap kemampuan dalam rangka mencari dugaan kuat dari hukum syara’ sehingga ia (mujtahid) merasa tidak mampu lagi untuk berbuat lebih dari yang telah diusahakannya. 


Doktor Amad Azam (Dekan Fakulti Fiqh wa Usul, Universiti Mu'tah) di dalam kelas beliau, 'Qadaya Fiqhiyah Muasirah' menyebutkan ada sembilan syarat yang harus dimiliki oleh seseorang yang ingin berijtihad, iaitu:

1. Mukallaf; Baligh dan berakal
2. Muslim; mengucap dua kalimah syahadah
3. Mendalami ilmu dan dalil Al-Quran dan As-Sunnah; menghafal Al-Quran dan banyaknya hadis-hadis Rasulullah SAW.
4. Mendalami ilmu nasah dan mansuh; hingga tidak mengeluarkan dengan dalil mansuh(dalil yang telah dibuang)
5. Mendalami ilmu Bahasa Arabnahu dan sorof serta mengetahui ilmu balaghah dari segi makna dan penjelasannya.
6. Mendalami konsep ijmak (mesyuarat) sehingga satu kata putus telah dikeluarkan tanpa ada khilaf (perselisihan) padanya. Melanggar hukum ijmak adalah haram.
7. Mendalami sebab nuzul (turun) ayat di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah dan mengetahui makna ayat itu diturunkan sama ada membawa maksud am (umum) ataupun khas.
8. Mendalami ilmu usul fiqh; berkeupayaan untuk mengeluarkan hukum fiqh daripada dalil-dalil dan mendalami ilmu Qawaid Usuliah.
9. Mendalami Maqosid Syariah (maksud syariah) dan arif mengenai kepentingan manusia hingga mampu untuk merangka hukum yang tidak melanggar Maqosid Syariah.


Friday, February 24, 2012

Jalan Yang Menggembirakan

Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah...

Jalan gembira itu sentiasa terbentang untuk kita, sama ada kita mahu melaluinya ataupun tidak. 
Jalan itu sudah tersedia untuk kita, cuma tiada jalan pintas untuk tiba ke destinasinya. 
Mahu tidak mahu, jalan yang dilalui pasti ada rintangannya, kerana kita bukan Nobita, yang mempunyai Doaremon di sisinya...
^_^

Jalan Yang Menggembirakan




"Dan tidaklah Kami mengutus para Rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan.." (QS. al-An'am:48)


"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.." 
(QS. Yunusu :64)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sebenarnya ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(QS Al Baqoroh 216) 

“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barangsiapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan Akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya.” 
[Riwayat Muslim.]




Mengapa perlu memilih jalan kesedihan, sedangkan jalan kegembiraan sentiasa ada bersama kita.
Kita sendiri yang menentukan jalan mana yang harus kita pilih...



Jika kita rasa jalan yang kita lalui ini sudah menyimpang jauh, mohon sahaja kepada Allah Taala. Berhenti seketika, muhasabah diri, mohon pertolongan Allah dan kemudian kembali menyambung perjalanan. Mohonlah pada Allah agar diberi jalan yang terbaik untuk kita lalui nanti. Bak kata Raihan, "Show me the right path, The path of the favoured one with Your grace.."



Lirik lagu The Right Part;

Why are we here, where we come from
Where’s our future, leading us
Where’s our life, taking us
Show us the path, dear Allah
What are we, to do here
There must be a reason to be here
Ya Allah the greatest
Nor of these You create for waste
Show me the right path
The path of the favoured one with Your grace
Show me the right path
The path of Rasulullah and His companions
Don’t leave me please Your guidance I need
Show me the way, light up my life
Don’t leave me please Your guidance I need
Show me the way, to gain Your love


Kau senyumlah, senyumlah bila resah Kau syukurlah, syukurlah bila senang. Pasti nanti kau rasai, apa nikmat yang diberi,.. Kepadamu...

Kapal Persiaran Terbesar di Dunia




Dapatkah anda membayangkan sebuah kapal persiaran yang lima kali ganda lebih besar daripada Titanic? Ha, ini bukan kisah dongeng, tapi ini memang benar-benar wujud. Kapal ini diberi nama 'Oasis Of The Seas'. Kapal ini juga telah memegang rekod sebagai kapal yang paling banyak boleh memuatkan penumpang dalam satu-satu masa, iaitu seramai lebih daripada 6000 orang. Harga kapal ini? Tidak mahal, hanya 1.4 bilion US sahaja. Orang Findland yang telah membina kapal gergasi ini.

Bandingkan kebesaran kapal ini dengan Statue of Liberty dan kapal terbang. Huhuhu


Jom kita usha lebih mendalam kapal ini...













Kalau dapat honeymoon kat kapal ini pun, best juga ni..hehehe



DALAM sebuah hadis sahih diriwayatkan Bukhari, daripada Nu'man ibn Basyir, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Contoh perbandingan orang yang berjuang menegakkan undang-undang Allah dengan orang yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang penuh dengan penumpang. Penumpang berkenaan mengambil undi masing-masing untuk menentukan tempat duduk, sesetengah mereka mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi mendapat tempat di bawah.

Ketika mengambil air, orang di bawah terpaksa ke atas dan melintas tempat duduk mereka, dan ini dianggap mengganggu mereka. Orang di bawah lalu berkata: 'Jika kita menebuk lubang di bahagian kita (bahagian bawah) tentulah kita tidak mengganggu mereka yang di atas lagi.' Salah seorang daripada mereka mengambil kapak dan mula menebuk lubang itu.

Orang yang di atas bertanya, 'Apa yang dilakukan ini?' Jawab mereka, 'Kami selalu mengganggu kamu ketika kami berjalan mengambil air, sedangkan kami amat memerlukannya.' Jika mereka (orang di atas) memegang tangan orang yang menebuk lubang itu dan menegahnya, nescaya mereka menyelamatkannya dan menyelamatkan nyawa mereka sendiri. Jika mereka membiarkan bererti mereka membinasakannya dan membinasakan diri mereka sendiri." 

Hidup ini umpama penumpang di dalam sebuah kapal yang besar....

Tuesday, February 14, 2012

10 Bangunan Tertinggi di Dunia

1. Burj Kalifa, Dubai, UAE (828 m)



2. Menara Abraj Al Bait, Makkah, Saudi Arabia (601 m)



3. Taipei 101, Taipei, Taiwan (509 m)



4. Shanghai World Financial Centre, Shanghai, China (492 m)



5. International Commerce Centre, Hong Kong, China (484 m)



6. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia (452 m)



7. Nanjing Greenland Financial Centre, Nanjing, China (450 m)



8. Willis Tower, Chicago, Amerika Syarikat (442 m)



9. Kingkey 100, Shenzhen, China (442 m)



10. Guangzhou West Tower, Guangzhou, China (438 m)


*sumber: Wikipedia, Ensiklopedia bebas



Rasulullah SAW bersabda, “Dan engkau melihat orang-orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian, miskin dan para pengembala kambing (para rakyat jelata yang miskin) tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”.

Dalam hadist yang diriwayatkan Bukhari, “Apabila para pengembala unta yang hitam yang tidak jelas asal usulnya tinggal di gedung-gedung tinggi.”

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger