"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Saturday, January 14, 2012

10 Masjid yang Terbesar di Dunia...

Pada penulisan sebelum ini, aku ada menulis berkaitan 10 Masjid yang Tercantik di Malaysia. Pada kali ini, aku mahu membawa penulisan berkaitan 10 Masjid yang terbesar di dunia pula. Pemilihan berdasarkan bilangan kuantiti jemaah dalam satu-satu masa. Adakah masjid-masjid yang ada di Malaysia tersenarai? Mari kita saksikan…


10. Masjid Faisal, Pakistan


Terletak di IslamabadPakistan. Ia diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah, masjid ini memegang rekod sebagai masjid terbesar di dunia pada zamannya. Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketika Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan di Islamabad. Masjid ini siap dibina pada tahun 1986. Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini menjadi ikon yang terkenal dan dikenali di Islamabad. Mampu memuatkan 74,000 jemaah.
                                   

Wednesday, January 11, 2012

10 Masjid yang Tercantik di Malaysia

Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam. Dalam tulisan kali ini, aku mahu menulis tentang 10 masjid yang tercantik yang telah dibina  di Malaysia. Tidak mahu berceloteh panjang, mari saja kita membaca, melihat dan menjenguknya…


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin




Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara. Direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Tuesday, January 10, 2012

Ada Salji di Bumi Mu'tah pada Tahun ini...(?)

Aku juga mahu bermain salji...

BAGI pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Bumi Mu’tah, pastinya salah satu perkara yang sering bermain di fikiran adalah bermain salji. Aku juga salah seorang daripadanya. Semua orang ternanti-nanti adakah salji akan turun pada tahun ini, ataupun salji tidak turun seperti tahun lepas. Keinginan aku yang membuak-buak membuatkn aku membuat kajian berkaitan salji ini. Adakah salji akan turun di bumi Mu’tah pada tahun ini?

Baiklah, kita bermula dengan fakta berkaitan Jordan. Jordan menerima tempias angin Mediterrinein yang memungkinkan ia mengalami 4 musim yang berbeza. Kawasan Karak turut menerima keistimewaan 4 musim ini. Musim bunga bermula akhir Mac hingga awal Jun, musim panas pertengahan Jun hingga awal Oktober, musim luruh yang singkat dan musim sejuk bermula pada akhir November hingga pertengahan Mac. Kawasan Mu’tah dan Mazar merupakan kawasan yang lebat menerima salji disebabkan berada dikawasan yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Kebiasaanya salji akan turun pada bulan Februari setiap tahun. Ketinggian Mu’tah daripada paras Laut Mati adalah setinggi 1200 meter.

Friday, January 6, 2012

Kenali Yahudi; Sejarah, Budaya, Agama dan Aqidah mereka



Sejarah Yahudi

Yahudi adalah istilah yang merujuk kepada sebuah agama atau suku bangsa. Sebagai agama, istilah ini merujuk kepada umat yang beragama Yahudi. Diketahui pula bahawa Israel adalah gelaran bagi nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim alaihi saalam. Mereka menganggap bahawa bangsa mereka merupakan bangsa yang terpilih  dan merupakan anak-anak Allah. (Quran: 5, 18)

Agama Yahudi adalah kombinasi antara agama dan suku bangsa. Kepercayaan semata-mata dalam agama Yahudi tidak menjadikan seseorang menjadi Yahudi. Di samping itu, dengan tidak memegang kepada prinsip-prinsip agama Yahudi tidak menjadikan seorang Yahudi kehilangan status Yahudinya. Tetapi, definisi Yahudi undang-undang kerajaan Israel tidak termasuk Yahudi yang memeluk agama yang lain.

Istilah Yahudi diambil menurut salah satu pecahan dari dua belas pecahan Suku Israel yang paling banyak keturunannya, yakni Yehuda. Yehuda ini adalah salah satu dari 12 putera Yakub, seorang nabi yang hidup sekitar abad 18 SM dan bergelar Israil. Seluruh keturunan dari 12 putera Yakub (Israel) itu dikenali dengan sebutan Bani Israil (keturunan langsung Israil) yang kemudian berkembang menjadi besar dinamakan menjadi Suku Israil.

Thursday, January 5, 2012

Tiada Duka Yang Abadi

MANUSIA mana yang tidak pernah ditimpa malang, diselubunyi duka? Ya, duka itu sebahagian daripada hidup. Duka itu fitrah. Tidak bernama muslim jika tidak ditimpa musibah. Bukankah Allah telah berfirman yang maksudnya;


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
[Surah al-Ankabut: 2-3]


Sejauh mana tahap duka, itu terserah kepada yang pemberi duka - ALLAH TAALA.

Wednesday, January 4, 2012

Muzik itu Warna Kehidupan...



HUKUM bermain alat muzik mula menjadi sensasi apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) bermain gitar pada Sambutan Tahun Baru 2012 di Shah Alam. Masing-masing mula menjadi 'pak ustaz' dengan mengeluarkan pandangan sendiri. Golongan-golongan yang ekstrem dan memang benci pada UAI pula menuduh UAI sesat, mencemarkan maruah, dan seribu satu kata-kata nista lagi yang dilemparkan padanya. Aku tertarik dengan luahan Sham Kamikaze di dalam Muka Bukunya berhubung hal ini. Beliau menyebut;

"Anda benci muzik dan alat muzik? Tak mengapa : ) Jangan dengar dan main : ) Mudah saja kan? Barangkali boleh perlahan2 membuang radio, mp3 player, iPod dan mungkin juga TV : ) Oh ya, jangan lupa ringtone juga ya. Apabila tgk berita,
jgn lupa tutup volume bila intro berita sebab ada muzik. Bola pun sama, iklan ada muzik. Lagu Ma'al Hijrah pun tak boleh dgr kan? Barangkali azan dan membaca Al Quran juga harus jgn berlagu, muzik juga tu : ) Azan dan baca Al Quran satu nada sebab kalau lebih dari satu dah kira muzik : )

Monday, January 2, 2012

Kenali Universiti Mu'tah

MU’TAH UNIVERSITY


Motto                          :  Vision of Education
Tahun dibina                :  1981
Presiden                      :  Dr. Abdulrahim Al-Hunaity
Bilangan Staff              :  550
Admin Staff                 :  2500
Bilangan Pelajar           :  17000


Terdapat 12 Fakulti utama di Universiti Mu’tah ini. Fakulti-fakulti tersebut adalah

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger