"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Tuesday, January 21, 2014

Sudahkah Anda Mengaktifkan Mykad Anda?


HAIRAN dan PELIK....KENAPA BERITA yang BAIK susah orang terima tetapi kalau BERITA YANG BURUK cepat sangat tersebar?..Nak kata tiada kesedaran pun xbole...rugi saje kerajaan habiskan BERJUTA-JUTA ringgit tuk hasilkan IDENTITY CARD atau Kad Pengenalan Diri..

Percaya atau tidak IC kita boleh digunakan untuk BERJIMAT dan saya percaya bahawa MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC) , Multimedia Development Corporation (MDeC) beserta dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara serta Badan-badan kerajaan dan Bukan Badan Kerajaan telah memilih secara bijak untuk membukukan AFFILIATE MARKETING ke dalam BUKU " MORE WITH MYKAD" terbitan MDeC sendiri sebagai aplikasi yang ke-50. KALAU ANDA RASA INI TIPU? MAIN-MAIN? MLM KE?

Mendapat sokongan dari JPN & MDEC. Betul ke ni? Jom tengok sendiri website JPN sendiri - di senaraikan sebagai fungsi rasmi ke-50 aplikasi MyKad (http://www.jpn.gov.my/informasi/pelbagai-kegunaan-mykad)

Eh, semua orang ada mykad ke? Mestilah ada, bukan.

tersangatlah RUGI jika anda tidak mengaktifkan MyKad anda. Lebih penting, maklumat di dalam mykad anda DIJAMIN SELAMAT. Siapa yang jamin? Pengarah Projek Pintar JPJ sendiri...



kenapa nak aktifkan? 


Anda boleh saving/jimat...pergi makan dpt diskaun, dobi dpt diskaun, pergi farmasi dapat diskaun, check in hotel dpt diskaun dan mcm2 lagi diskaun di lebih 700 merchant yg berdaftar seluruh Malaysia. merchant2 akan bertambah ye anda semua... Hebat, kan? Siapa yang tidak suka dengan diskaun?


Siapa yang tiada mykad? Siapa yang tidak suka dengan diskaun? Siapa yang tidak mahu membeli belah? Siapa yang tidak suka mata ganjaran? Jadi, marilah kita aktifkan mykad kita untuk perolehi diskaun dan mata ganjaran. Lebih seronok, pengaktifan ini secara PERCUMA.!!!

Bagaimana mahu mengaktifkan?

Boleh berikan maklumat ini kepada saya:
-Nama penuh (seperti dalam mykad)
-No i/c
-Alamat
-No talefon
-Emel

Dan hantar kepada saya melalui facebook hamid addin https://www.facebook.com/hamid.addin.5 ataupun melalui emel, hamiduddinahmad@gmail.com
Boleh juga melalui whassap, 0134638015 

Diulang, pengaktifan secara PERCUMA. Saya hanya mahu membantu anda semua untuk berjimat. Jadi, mari berjimat mulai sekarang..!!!

Wednesday, January 15, 2014

Halalkah Rezeki Kita?

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal... Mari fikir-fikirkan..

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging. Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru. Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa... bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati. Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri." Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja... KEBERKATAN YANG DICARI

Saturday, January 4, 2014

Tatkala Malaysia Dilanda Salji



Aku dahulu pernah mengharap (sewaktu di sekolah rendah dahulu), agar Malaysia dapat menerima salji. Aku tahu itu mustahil, tetapi akalku tetap mengatakan logik. Logik, hanya bila kutub magnet dunia akan berubah. Itulah harapanku. Kerana aku tahu tiada lagi yang mampu membuatkan Malaysia dilanda salji (mengikut logik akal) melainkan apabila magnet bumi - Kutub Utara dan Selatan - berubah tempatnya, mendekati garisan Khatulistiwa.

Dan kini, sebenarnya harapanku itu bukanlah sesuatu yang mustahil, malah mungkin menjadii satu realiti...

Harap sabar membacanya...


*Aku menemui artikel ini di dalam wassap, dan terdapat juga artikel yang seperti ini, yang telah keluar di dalam akhbar.
PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selama berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera. Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. 

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Malaysia Dihujani Salji?

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. 

Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. 

Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".
Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. 

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Di Dalam Hadis

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W

“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.


Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Jika tidak terjadi sekalipun, kiamat pasti terjadi jua. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-
Harakatul Muqawamatul Islamiyyah...

Terima kasih kerana sabar membaca artikel ini.

Sampaikan... sabar saja dan berdoa

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger