"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di BUMI.."
[Surah Al-Baqarah: 30]


Thursday, May 31, 2012

Petua Dari Ayat-Ayat Al-Quran



Bil
Fadhilat/faedah
Surah
Juzu’
Ayat
1
Supaya Allah Pelihara Diri,Keluarga,Suami,Isteri,Anak2,Harta Benda Dan Sebagainya.
Al-Jumuah
28
1-4
2
Ayat Pening Kepala
Al-Waqiah
27
19
3
Ayat Penjaga-2 Malaikat Sentiasa Mengiringi  X Kira Masa & Tempat (Boleh Juga Baca Sambil Mengunci Barang Yang Kita Akan Tinggalkan Spt Rumah, Kereta, Moto,Almari Dan Seumpama Dengannya)
Ar-Ra’du
13
11
4
Ayat Supaya  Dipertemukan Dengan Orang Yang Baik-Baik
  As-Syua’ara’
19
83
5
Penyakit besar –(Ayat Pemecah-Jika Ada Bisul Atau Angin..Sambil Urut Bacalah Ayat Ini)
Al-Hasyr
28
21-24
6
.Bagi Bayi –Supaya Terhindar Dr Penyakit Yang Biasa Dihidapi Oleh Kanak2 Maka Bacakan Satu Surah  Ini Kat Minyak Yang Akan Disapu Kat Badan Baby.
Al-Haqqah
29
52 Ayat
7
SUPAYA MURAH REZEKI –Dibaca Setiap Pagi
Al-Waaqiah
27

Al-A’raf
8
54
8
Supaya Menjadi Hebat (Amat Sesuai Bg Orang Yang Selalu Bg Ucapan D Khalayak Ramai, Debater, Guru2 Dan Seumpama Dengannya)
As-Shaf
28
9-12
9
Ayat  Mengurangkan Demam Panas
Al-Anbiya’
16
69
10
Petua Mudah Belajar –Supaya Ilmu Mudah Masuk Dan Lekat Di Dada ((Petua Imam Nawawi)  Baca Setiap Pagi Dan Petang Sebanyak 7x)
An-Nur
18
35
11
Utk Kekuatan Roh
Al-Fathu
26
29
12
Supaya Org Kasih,Segan Dan Hormat
Yusuf
12
4
13
Ayat Kasih Sayang, Agar  Semua Orang Sayang Sama Ad Kawan Mahupun Lawan, Sahabat2, Jiran Tetangga
Thahaa
16
39
14
AGAR TERHINDAR DARI PENYAKIT2 YANG KRONIK (SPT KANSER,JANTUNG DAN SEUMPAMA DENGANNYA – Amalkan Setiap Pagi
Al-Hasyru
28
21-24
15
.Agar Terhindar Dari Penyakit Kecil –Bisul,Kudis, Gatal2 Dan Seumpama Dengannya –Amalkan Setiap Pagi-
Ali-Imran
3
1-4
16
Amalan Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal
Alkahfi
15&16
1-10, 101-110
17
Amalan Agar Dipelihara Iman Siang & Malam,X Kira Di Mana Kita Berada

As-Sajdah
21
30 Ayat
18
Amalan Untuk Jodoh – Supaya Dipertemukan Dengan Yang Secocok Dan Terbaik untuk Diri Kita
- (Amalkan Setiap Malam Jumaat)
Yaa Sin
22&23
83 Ayat
Ar-Rahman
27
78 Ayat
Al-Waaqiah
27
96
Ayat
Al-Mulk
29
30
Ayat



Ingatlah sahabat2…Allah berfirman:
 “Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”.
-Al-Isra’ Juz 15 ayat 82-


3 AMALAN ANAK ADAM YANG TIDAK AKAN TERPUTUS :
1-Doa Anak Yang Soleh (tiada anak…tidak mengapa..lihat no2)
2-Sedekah jariah (tiada wang juga..tidak mengapa..lihat peluang ke3)
3-Ilmu Yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain (tiada alasan untuk kamu tidak menyampaikan kebaikan sedangkan kamu mempunyai Ilmu..maka sebarkanlah kepada orang laen..Sabda Nabi.. “Sampaikan dariku walau sepatah ayat”)


Mudah2an kita semua beroleh manfaat yang besar dengan kehebatan dan keagungan KALAMULLAH demi ISLAM tercinta 


___________________________
Rujukan:
(makteh 019-4487946)


Wednesday, May 30, 2012

Apa Perlu Kita Mempelajari Agama Lain?


Wajah-wajah ceria para khirijin (graduan) Mutah University, Jordan. Apa kaitannya gambar ini dengan artikel yang disiarkan ini? Tiada kaitan sangat, cuma mereka ini sudah mengambil dan mempelajari madah Adyan Muqoronah - satu madah yang mempelajari agama-agama yang ada di dunia

“Kenapa la kita kena belajar agama-agama lain ini. Aduh,” rungut Nizammil. Rungutannya bersebab.

“Kita ni pelajar fiqh. Bidang Fiqh wa Usul. Belajar fiqh, cukuplah,” Nizammil masih mengomel seorang.
       
     Memang sesuatu yang terbeban untuk belajar dan mendalami agama-agama lain. Sedangkan agama Islam sendiri pun belum kita kuasainya dengan baik, inikan pula untuk belajar agama lain. Memang satu tekanan!
           
          Ya, rungutan Nizammil bersebab. Ada peperiksaan yang perlu ditempuhinya pada esok hari – Adyan Muqoronah. Madah yang mempelajari sejarah-sejarah agama yang ada di dunia. Subjek ini dikualifikasikan sebagai salah satu madah ‘maut’ oleh para pelajar Malaysia yang menuntut di sini. Memang banyak nama-nama, fakta-fakta dan sejarah agama-agama yang perlu ditelan untuk dimuntahkan kembali ketika peperiksaan nanti dalam madah ini. Sudahlah pula nama-nama yang perlu dihafal pelik dan janggal pula kedengarannya.
       
      “Kan doktor ada bagi tahu kenapa kita perlu belajar madah ini sebelum dia mula mengajar. Ha, ingat lagi dia kata apa, Mil?” Soal Danial.

            “Aku tak datang kelas time tu,”

“Ha, itu la kamu. Waktu mula-mula belajar madah ini, kamu tak datang kelas. Ponteng lagi.”
      
            Pak! Satu sindiran daripada Danial yang tepat hinggap di dahi Nizammil.
      
            “Aku bukan tak nak datang kelas. Dah mula-mula dulu, doktor tak ambik kedatangan. Itu yang aku tak datang kelas,” Nizammil cuba berkalih sambil tersengih. Aku pula menutup mulut menahan ketawa.
     
        “Ha, kamu pula Hamid. Ingat lagi doktor kata apa waktu muqaddimah dulu, sebelum doktor ajar madah ini?” Kali ini soalan Danial ditujukan kepada aku.

         “Tak tahu. Mana faham doktor kata apa. Tercengang je dalam kelas,” jujur aku menjawab. Aku mengambil madah ini sewaktu semester pertama aku tiba di sini. Pertuturan doktor yang laju, ditambah dengan percampuran bahasa pasar oleh doktor ketika mengajar menyebabkan aku hanya mampu tercengang sepanjang fasa awal kedatangan aku ke sini.
         
         “Kamu tahu doktor kata apa?”
      
         “Tak tahu,” hampir serentak jawapan yang diberikan oleh aku dan Nizammil.
  
         “Doktor kata, kita kena belajar perbandingan agama ini, belajar agama-agama lain, untuk kita tahu tulusnya agama Islam ini.”
  
          Aku masih tidak dapat menangkap dengan jelas maksud yang cuba diberi oleh Danial.

        “Apa pandangan kamu, Mil, bila belajar agama-agama lain? Tak rasa agama-agama lain, teruk ke?” Soal Danial kepada Nizammil tatkala melihat wajah Nizammil berubah.
      
        “Haah. Ada ke boleh pula cipta banyak-banyak tuhan. Jadikan patung sebagai tuhan. Bila tak puas hati dengan tuhan, cipta agama baru.”
  
       “Ha, itulah dia yang doktor nak sampaikan. Doktor ada cakap, macam mana kita mahu tahu tulusnya agama kita jika kita tidak belajar agama lain. Kita akan lebih nampak kebenaran agama Islam ini bila kita membandingkannya dengan agama-agama yang lain.”

           Barulah kini aku mengerti. Ya, kita tidak mampu membuat perbandingan jika kita hanya punyai satu pandangan, satu jalan tanpa melihat jalan-jalan yang lain. Perbandingan hanya tercetus apabila berlakunya sesuatu yang melebihi satu. Kita tidak mampu membuat perbandingan untuk memilih talefon bimbit manakah yang lebih baik jika kita hanya diberi satu talefon bimbit sahaja untuk dipilih.

            Begitu juga dengan agama Islam. Ya, memang kita sudah tahu, malah yakin bahawa hanya Islam sahaja adalah agama yang benar, agama yang tulus. Tetapi adakah kita mampu untuk membandingkan ketelusan agama kita ini dengan agama-agama yang lain? Kita hanya diajar untuk mengetahui kebenaran agama Islam tanpa dibuat perbandingan terhadap agama-agama lain.

            Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita boleh bandingkan, seterusnya memilih jalan kehidupan yang terbaik. Semakin banyak perbandingan yang kita kumpulkan, semakin banyak pilihan-pilihan yang boleh dipilih.

            Dengan perbandingan, kita akan dapat melihat ketelusan, seterusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah Islam. Satu fakta yang pasti, kita hidup di dunia yang singkat ini untuk memilih salah satu tempat yang kekal abadi di sana nanti  – Syurga mahupun Neraka.

Pilihan terletak di tangan anda, dan pilihan tidak berlaku tanpa dibuat perbandingan  ^_^

10 Jersey bola Paling Owasem sesi 12-13


Musim bola sepak 2011-2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. Liga Kejuaraan (CL) tahun ini menjadi milik Chelsea, yang pertama kali merayakan kemenangan Trofi kelab yang paling berprestij di Eropah. Selain dunia bola kini yang diwarnai dengan acara UEFA EURO 2012 yang berlangsung di Poland dan Ukraine, musim perpindahan pemain juga juga berlangsung sengit.

Jangan dilupa, salah satu perkara yang akan juga berubah apabila masuknya musim baru bola sepak ini ialah pembaharuan jersey bola sepak. Kini, masing-masing kelab bola sepak mahupun kelab kebangsaan mengeluarkan design baru untuk jersey mereka. Di ruangan ini, aku ingin mengetengahkan 10 jersey bola sepak sesi 12-13 yang bagi aku cukup cantik + owasem. Jom usha…
(susunan bukan berdasarkan yang paling cantik, sebab bagi aku, semua cantik  ^_^)


1. New Zealand Away

2. LA Galaxy Home

3. Argentina Away

4. Netherland Home

5. Ajax Amsterdam Away

6. Russia Home

7. Perancis Home


8. Germany Away

9. Celtic Home

10. Spain Away


Macam mana, tak nak angkut kah? Huhu. Cumanya, jersey kelab-kelab bola sepak terkemuka dunia seperti Barcelona dan Real Madrid, jersey mereka untuk sesi hadapan bagi aku kurang menyerlah berbanding untuk sesi ini. Apapun, ini hanyalah pada pandangan mata aku. Bukankah kecantikan itu bersifat subjektif, kan3

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Nabi Isa AS

Sungai Yordan di mana Nabi Isa pernah bertemu Nabi Yahya menurut beberapa kisah

Baginda adalah Rasul yang terakhir daripada kalangan bani Israil. Namanya disebut di dalam Al-Quran sebagai al-Masih, Isa, Putera Maryam dan Isa Puteri Maryam. Baginda merupakan salah seorang Rasul Ulul Azmi. Namanya disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Cerita tentang Isa kemudian berlanjut dengan pengangkatannya sebagai utusan Allah, penolakan oleh Bani Israil dan berakhir dengan pengangkatan dirinya ke langit.

Kelahiran
Nabi Isa lahir daripada keluarga yang dimuliakan Allah. Beliau dilahirkan daripada keluarga ‘Imran. Lahirnya Isa daripada perut Maryam, anak kepada ‘Imran. Kisah kelahiran Maryam ada diceritakan di dalam Al-Quran surah Ali ‘Imran, ayat 33 hingga 37.

Kelahiran Nabi Isa pula merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Maryam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Maryam menjadi takut lalu berkata,
"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!' Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (Maryam: 18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
"Wahai Maryam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Maryam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan." (Ali ‘Imran: 45)
Kemudian Maryam bertanya,
"Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (Maryam: 20)
Malaikat menjawab,
"Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (Maryam: 21).
Maka lahirlah Isa putera Maryam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (Al-Mu’minun: 50).

Allah juga menyatakan bahawa Nabi Isa adalah seperti Adam, walaupun Adam diwujudkan tanpa ibu dan bapa. Kesamaan mereka berdua adalah pada ciptaan. Kedua-duanya dicipta daripada tanah (Ali ‘Imran: 59). Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta daripada tanah.

Setelah Isa berada di dalam rahim Maryam, Maryam lalu mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Di sana Maryam melahirkan dan beristirahat di sebuah batang pohon kurma. (Maryam 22-26)

Baginda kemudian dikhatankan sewaktu berusia 8 hari selepas kelahiran  seperti yang diceritakan di dalam Injil Lukas. Kemudian, baginda dibawa oleh Nabi Yusuf AS bersama-sama Maryam ke Mesir kerana pemerintah di negara asal mereka (بيت لحم) membunuh semua kanak-kanak. (Injil Barnaba).

Kerasulan dan Kenabian
Tidak diceritakan di dalam Al-Quran berkaitan kisah permulaan bagaimana baginda mendapat wahyu serta bagaimana baginda bersama-sama empat orang sahabatnya yang menulis Al-Kitab yang empat. Diceritakan di dalam Injil bahawa Isa AS dilantik menjadi Nabi ketika berusia 30 tahun.

Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
"Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Maryam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (Al-Baqarah: 253)
Beberapa ayat dari Al Qur'an yang menegaskan tentang kenabian Isa antara lain:
Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku". Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang lurus. Maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim yakni siksaan hari yang pedih (kiamat). (Az Zukhruf: 63-65)
Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Alkitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Maryam: 30-35) 
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Al Maa'idah: 116-117)
Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Al Maa'idah: 75)

Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
"Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Maryam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (Maidah: 46) 
 dan,
"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'" (Maidah: 117)
Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (Al-A’raf: 157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (At-Taubah: 111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an.

Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:
"dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:
"Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (As-Saff: 6)

Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau yang menentang. Isa didampingi para pengikutnya yang disebut al-Hawâriyyûn, yang jumlahnya 12 orang, sesuai dengan jumlah suku (sibith) Bani Israil, sehingga masing-masing hawari ini ditugaskan untuk menyampaikan risalah Injil bagi masing-masing suku Bani Israil. Namun nama-nama hawari tersebut tidaklah disebutkan di dalam Al-Quran.  Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
"Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'" (Maidah: 111)
Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
"Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'" (Ali ‘Imran: 52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Maryam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (As-Saff:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
"Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Maryam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?' Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.' Mereka berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'" (Al-Maidah: 112-113)
Justeru itu, Isa memohon kepada Allah,
"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (Al-Maidah: 114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah.

Mukjizat dan Ruhul Qudus
Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat serta Ruhul Qudus. Ayat berikut menjelaskannya:
Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Al Baqarah: 253)

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (Al Maa'idah: 110)

Isa tidak dibunuh ataupun disalib

Al-Qur'an menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahwa Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah seperti Isa.
dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa': 157)

Isa diangkat ke langit

Muslim menyangkal adanya penyaliban dan kematian atas diri Isa ditangan musuhnya. Al-Qur'an menerangkan Yahudi mencari dan membunuh Isa, tetapi mereka tidak berhasil membunuh dan menyalibkannya. Isa diselamatkan oleh Allah dengan jalan diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu tentang hal ini. Al Qur'an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini.
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa':158)

Turun kembali ke bumi

Dari keterangan hadis Nabi Muhammad SAW, diceritakan bahawa menjelang hari kiamat/akhir zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah dari langit ke bumi. Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut:
“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air waulupun ia tidak basah.” (Hadits riwayat Abu Dawud)
“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa bin Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “Kemarilah dan imamilah salat kami”. Ia menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam).” (Hadits riwayat Muslim & Ahmad)
“Tiba-tiba Isa sudah berada di antara mereka dan dikumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam salat) wahai ruh Allah.” Ia menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia yang mengimami solat kamu”. (Hadis riwayat Muslim & Ahmad)
Menurut Islam, hal pertama yang dilakukan Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Isa akan menjadi makmum dalam solat yang di imami oleh Imam Mahdi.
Adapun lokasi turunnya Isa dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis berikut:
“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’ (Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik.” (Hadis riwayat Thabrani dari Aus bin Aus)
Kedatangan Isa akan didahului dengan keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia. Setelah itu, kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi, setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpas dajjal

 

Membunuh Dajjal

Turunnya Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama. Baginda akan bekerjasama dengan Imam Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.

 

Menyelamatkan manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj

Salah satu tugas besar beliau setelah membunuh dajjal adalah menyelamatkan ummat manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj.

Dinding Ya'juj dan Majjuj akan terbuka, maka mereka akan menyerang semua manusia, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat yang tinggi. (QS . Al Anbiyaa' : 96)
Dahsyatnya fitnah Ya’juj dan Ma’juj digambarkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW sebagai berikut:

Maka mereka akan menyerang manusia, sedangkan kaum Muslim akan berlarian dari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng mereka, kemudian mereka mengambil binatang-binatang ternak bersama mereka. Sedangkan mereka (Ya'juj dan Ma'juj) meminum semua air di bumi, sehingga apabila sebahagian mereka melewati sebuah sungai maka merekapun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebagian yang lain dari mereka melewati sungai yang sudah kering tersebut, maka mereka berkata: "Dulu di sini pernah ada air". Dan apabila tidak ada lagi manusia yang tersisa kecuali seorang saja di sebuah kota atau benteng, maka berkatalah salah seorang dari mereka: "Mereka-mereka penduduk bumi sudah kita habisi, maka yang tertinggal adalah penduduk langit", kemudian salah seorang dari mereka melemparkan tombaknya ke langit, dan tombak tersebut kembali dengan berlumur darah yang menunjukkan suatu bala dan fitnah.
Maka tatkala mereka sedang asyik berbuat demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus ulat ke pundak mereka seperti ulat belalang yang keluar dari kuduknya, maka pada pagi harinya mereka pun mati dan tidak terdengar satu nafaspun. Setelah itu kaum Muslim berkata: "Apakah ada seorang laki-laki yang mau menjual dirinya untuk kami berani mati) untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh musuh kita ini?" maka majulah salah seorang dari mereka dengan perasaan (menganggap) bahwa ia telah mati, kemudian dia menemui bahwa mereka semua telah mati dalam keadaan sebagian mereka di atas sebagian yang lain (berhimpitan), maka laki-laki tersebut menyeru: "Wahai semua kaum Muslim bergembiralah kamu sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri sudah membinasakan musuhmu", maka mereka pun keluar dari kota-kota dan benteng-benteng dan melepaskan ternak-ternak mereka ke padang-padang rumput kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternak, maka semua susu ternak tersebut gemuk (penuh) seperti tunas pohon yang paling bagus yang tidak pernah dipotong.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hiban dan Hakim dari Abu Sa’id)

Menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman

Menurut suatu riwayat, Isa setelah turun dari langit akan menetap dibumi sampai wafatnya selama 40 tahun. Ia akan memimpin dengan penuh keadilan, sebagaimana yang diceritakan dalam hadis berikut :
“Demi yang diriku berada ditangan-Nya, sesungguhnya Ibnu Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upah, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Menunaikan ibadah haji

Diceritakan dalam sebuah hadis bahwa Isa akan melaksanakan haji.
“Demi Dzat yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibnu Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak.” (Hadits riwayat Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah.)

 

Isa akan wafat

Setelah Isa menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah akan mewafatkan beliau. Hanya Allah saja yang tahu kapan dan dimana Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Isa Al-Masih dunia kemudian dunia akan kiamat.

_________________________

Rujukan:
- Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan
- Kitab Qosos Ambiya, Abdul Wahab An-Najar

Renungan bersama...

Sebarkan ilmu walau sedikit cuma. Mungkin ada percampuran ilmu yang tidak ilmiah disampaikan di dalam blog ini, namun harapannya agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil sesuatu - kalau tidak banyak, sedikit - Tidak sekadar lapisan masyarat yang berilmu, mencintai ilmu dan yang punya kesedaran ilmu agama sahaja yang mendapat manfaatnya...

"Jika orang-orang ilmuan hanya mahu mengajar kepada orang-orang yang hanya ada kesedaran sahaja, orang-orang yang masih belum mendapat kesedaran pula, tanggungjawab siapa?"
 

khalifahBumi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger