Sambungan daripada artikel 'Rome Kami Datang (Siri 1)'...
Setelah separuh perjalan di Cardo, tiang-tiang menjadi semakin besar dan tinggi menandakan kami telah memasuki pintu masuk ke Macellum atau pasar. Bangunan ini terletak di sebelah kiri jalan jajaran tiang. Turut terlihat adalah inskripsi berhampiran air pancut berkepala singa bertarikh 211 Masihi.
Setelah separuh perjalan di Cardo, tiang-tiang menjadi semakin besar dan tinggi menandakan kami telah memasuki pintu masuk ke Macellum atau pasar. Bangunan ini terletak di sebelah kiri jalan jajaran tiang. Turut terlihat adalah inskripsi berhampiran air pancut berkepala singa bertarikh 211 Masihi.
Kota lama ini juga turut dipenuhi dengan binaan
gereja-gereja lama. Antaranya adalah Gereja Utama (Cathedal) yang terletak di
sebelah kiri Cardo. Pada kurun keempat, kuil ini dibina semula sebagai Gereja
Byzantium. Gereja St. Theodore yang terletak berhampiran pula dibina pada tahun
496 Masihi. Terbina sebuah medan kecil dengan pancutan air di antara dua gereja
ini.
Di kemuncak tertinggi kota Gerasa ini, terbinanya
sebuah Kuil Zeus yang cukup besar. Terdapat anak tangga yang menuju ke suah
Esplanad, iaitu terletak di hadapan kuil. Dianggap sebagai tempat suci, kuil ini diubah
suai pada kurun kedua. Dari situ, terdapat satu lagi anak tangga menuju ke kuil
yang mana asalnya dikelilingi oleh tiang-tiang Corinthian setinggi 15 meter.
laluan yang dipenuhi tiang-tiang yang mencongak tinggi
Tidak terkecuali adalah binaan sebuah masjid yang
dibina pada kurun ketujuh atau kelapan. Masjid Umawiah ini merupakan
satu-satunya masjid yang terletak di kota lama Jerash ini. Terletak di sebelah
kanan, dibelakangi oleh empat tiang Corinthian, masjid ini dibina daripada
bahan-bahan yang diambil daripada rumah-rumah Rum.
Fitrah manusia kembali mencari Tuhan.
Sesuatu yang biasa kelihatan di bandar-bandar Rom adalah
pancutan air. Gerasa juga tidak terkecuali. Pancutan Air Awam (Nymphaeum)
dibina pada tahun 191 Masihi dan ditujukan untuk Nymphs. Pancutan air ini
dihiasi dengan marmar di bahagian bawah. Di bahagian atasnya lepa berwarna dan
dibumbungi oleh separuh kubah. Air memancut melalui tujuh ukiran kepala singa,
seterusnya mengalir ke bawah. Pancutan air ini bertindak sebagai tempat tumpuan
kegiatan sesuatu bandar.
pancutan yang yang terletak di tepi laluan
Di penghujung utara, terbinanya sebuah Pintu Gerbang
Utara. Pintu gerbang ini terletak di hujung Cardo. Dibina pada tahun 1115
Masihi. Walaupun tidak sebesar Pintu Gerbang Selatan, tetapi binaannya tetap
unik. Sendalnya yang berbentuk aneh berkemungkinan diperlukan untuk
menyelarikan pintu gerbang di bahagian dalam dengan Cardo serta menyelarikan
bahagian luar dengan jalan Rom yang menuju ke bandar Decapolis.
Puas berjalan, kami mula bergerak keluar. Sebelum
pulang, kami sempat singgah dan membeli sedikit barangan untuk dikenang.
Gerai-gerai cenderamata yang banyak didirikan di luar kawasan pintu masuk
membolehkan kami memilih barangan yang berkenan di hati. Tanpa sedar, sudah
hampir seharian kami di sini.
DARI KACA MATA KINI
Betapa gagahnya kota ini suatu masa dahulu, menjadi
rebutan kuasa besar dunia. Kotanya besar, penuh kekayaan. Tetapi lihatlah
realitinya kini, kota besar ini hanya menjadi kota kosong berbatuan, menjadi
tempat manusia melihat dan mencuci pandangan. Gagahnya hilang bersama zaman,
kota ini hanya tinggal sebagai tempat perlancongan.
Kegagahan yang terbina tidak mampu bertahan selamanya.
Zaman The Great Britian menguasai timur dunia suatu masa dahulu kini telah
tiada. Gagahnya Sepanyol menawan barat latin dunia juga sudah tiada, dimamah
usia. Begitu juga Rom. Kuasa mereka begitu hebat, kegemilangannya cukup
panjang. Wujudnya sejak zaman Nabi Salleh, terus berkembang tanpa halangan.
Tetapi terhakis juga lantaran kemunculan Rasul akhir zaman, Muhammad bin
Abdullah.
Kini, zaman Amerika pula menguasai dunia. Kuasa mutlak
mereka dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuatkan mereka tidak takut apa-apa.
Seluruh dunia di bawah telunjuk mereka. Seakan kuasa mereka tidak mampu
digugat, apatah lagi mahu dijatuhkan. Tetapi yakinlah, negara besar itu pasti
akan tumbang juga. Percayalah.
Dunia ini bulat. Yang di atas pasti akan jatuh ke
bawah jua.
Kota Gerasa, bukti bahawa kekuasaan dan kegagahan
tidak mampu dikekalkan. Gagahnya hanya sementara. Suatu masa, pasti akan
tumbang juga.
No comments:
Post a Comment