Sudah lama aku tidak bertemu dengan kekasihku. Bukan sudah lama, hakikatnya kami tidak pernah bertemu. Aku hanya mengenalinya melalui bacaan-bacaan serta dari mulut orang. Aku tahu, dia merupakan orang yang hebat, begitu ramai yang ada hati, menyimpan rasa dan telah jatuh cinta padanya. Sedangkan aku hanya insan biasa. Adakah insan yang sehebat dirinya mahu melihat rasa cinta aku ini?
Pabila aku merindui dia, aku sebut namanya. Hingga bergetar, luluh rasa jiwa ini. Jujurnya, aku takut rasa cinta aku padanya hanya bertepuk sebelah tangan. Jila cinta ini ditolak, pasti hidupku kelam, gelap berpanjangan.
"Ya Allah, janganlah Kau biarkan rasa cinta aku ini pada insanmu hanya bertepuk sebelah tangan. Biarkanlah dia menerima cintaku ini jua, ya Rabb"
(")(")
Kamu pernah menyuarakan rasa sayangmu padaku, namun harapnya aku tidak perasan lebih. Kerana aku tahu, jika aku benar-benar ikhlas menyanyangimu, pasti kamu akan balas jua cintaku ini.
Moga cintaku padamu akan berbalas juga, ya Rasulullah...
^_^
Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)
“Tidaklah dianggap beriman (tidak sempurna iman) di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan sekalian manusia.” (Hadis al-Bukhari).
* * * * *
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda,
Sebelum hilangnya rasa yang meronta-ronta untuk berada
dengan kekasihMu...
Sempatkalah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
No comments:
Post a Comment