Pages

Wednesday, January 4, 2012

Muzik itu Warna Kehidupan...



HUKUM bermain alat muzik mula menjadi sensasi apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) bermain gitar pada Sambutan Tahun Baru 2012 di Shah Alam. Masing-masing mula menjadi 'pak ustaz' dengan mengeluarkan pandangan sendiri. Golongan-golongan yang ekstrem dan memang benci pada UAI pula menuduh UAI sesat, mencemarkan maruah, dan seribu satu kata-kata nista lagi yang dilemparkan padanya. Aku tertarik dengan luahan Sham Kamikaze di dalam Muka Bukunya berhubung hal ini. Beliau menyebut;

"Anda benci muzik dan alat muzik? Tak mengapa : ) Jangan dengar dan main : ) Mudah saja kan? Barangkali boleh perlahan2 membuang radio, mp3 player, iPod dan mungkin juga TV : ) Oh ya, jangan lupa ringtone juga ya. Apabila tgk berita,
jgn lupa tutup volume bila intro berita sebab ada muzik. Bola pun sama, iklan ada muzik. Lagu Ma'al Hijrah pun tak boleh dgr kan? Barangkali azan dan membaca Al Quran juga harus jgn berlagu, muzik juga tu : ) Azan dan baca Al Quran satu nada sebab kalau lebih dari satu dah kira muzik : )
Wallahu'alam."

   Aku sebenarnya tidak berniat mahu menjelaskan hukum bermain serta mendengar alat muzik. Masing-masing ada hujah dan dalil yang tersendiri. Cumanya, bila aku membaca luahan Sham Kamikaze, terimbau aku dengan pengalamanku bersama seorang sahabatku. Sahabatku itu tegar mengatakan bermain dan mendengar muzik adalah haram. Diberikannya hujjah dan dalil pengharaman alat muzik ini. Aku sebagai sahabat baiknya hanya mengangguk setuju - tidak mahu aku terus berdebat dengannya. Maka bermulalah kehidupan sahabatku tanpa muzik...

     Hari Pertama,.
     Hari Kedua,..
     Hari Ketiga,...
     ...hidup sunyi tanpa muzik - kosong


     Dan seterusnya sehingga seminggu lamanya. Akhirnya sahabatku mengalah juga. Dia mengadu kepadaku;

"Mana mahu Hamid, zaman sekarang ni kita hidup tanpa muzik. Hidup rasa kosong, tak ada warna. Cuba bayangkan kalau kita tengok Movie tanpa muzik, mesti rasa kosong, kan. Tiada warna. Muzik itu yang mewarnakannya. Muzik juga yang beri kesan dalam hidup kita. Aku cuba hidup tanpa muzik, Hamid, selama seminggu. Aku tak dengar lagu, hatta lagu nasyid sekalipun, tak tengok movie, sebab mana ada movie yang tiada muzik, segala yang berkaitan dengan muzik memang aku tinggalkan. Tapi yang aku dapat - kosong. Aku rasa mustahillah manusia zaman sekarang dapat hidup tanpa muzik."

     Aku hanya tersenyum. Tidak mahu aku mengulas apa-apa. Ya, muzik itu warna. Jika tanpa muzik, dunia kelihatan putih sahaja, tiada warna. Maka muzik yang mewarnakannya. Selepas daripada itu sahaja, sahabatku terus mendengar muzik, menjadi pendengar muzik yang tegar, umpama mahu melepaskan ketagihan selepas seminggu hidup tanpa muzik. Ruang biliknya pasti diwarnakan dengan lagu-lagu nasyid serta ketuhanan. Fatwanya berhubung pengHARAMan muzik juga telah bertukar menjadi pengHARUSan.

    Jadi, bagi sesiapa yang mengHARAMkan muzik, bolehlah berhenti perlahan-lahan daripada mendengar muzik. Tidak perlu berhenti secara mengejut. Bukankah Islam itu agama yang mudah...?





No comments:

Post a Comment