Suatu
hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
tentang sebuah teka-teki:
Imam
Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid
1 = "Orang tua."
Murid
2 = "Guru."
Murid
3 = "Teman."
Murid
4 = "Kaum kerabat."
Imam
Ghazali = "Semua jawapan kalian benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati, (Surah Ali-Imran: 185).
Imam
Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid
1 = "Negeri Cina"
Murid
2 = "Bulan."
Murid
3 = "Matahari."
Murid
4 = "Bintang-bintang."
Iman
Ghazali = "Semua jawapan kamu tidak ada yang salah. Tetapi yang paling
tepat adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun jenis kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan apa yang Allah perintahkan. "
Iman
Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid
1 = "Gunung."
Murid
2 = "Matahari."
Murid
3 = "Bumi."
Imam
Ghazali = "Semua jawaban kamu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al-A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM
GHAZALI = "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid
1 = "Baja."
Murid
2 = "Besi."
Murid
3 = "Gajah."
Imam
Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
berkata tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal
memegang amanah. "
Imam
Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid
1 = "Kapas."
Murid
2 = "Angin."
Murid
3 = "Debu."
Murid
4 = "Daun-daun."
Imam
Ghazali = "Semua jawaban kamu tepat, tapi yang paling ringan di dunia ini
adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, dengan
mudah kita tinggalkan solat."
Imam
Ghazali = "Apa yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-Murid
dengan serentak menjawab = "Pedang."
Imam
Ghazali = "Itu benar, tapi benda yang paling tajam di dunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri."
No comments:
Post a Comment