Hukum menunaikan Umrah
Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali
seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan
menunaikan umrah, hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah
Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang
berkata :
“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
Antara hadis berkaitan
kelebihan mengerjakan umrah:
1. Penghapusan dosa.
"Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menjadi Tetamu Agong Kepada Allah swt.
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)
3. Permintaan dikabulkan
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah:
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
Kelebihan ibadat umrah
pada Ramadhan
UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut
sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci
iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadhan. Lebih-lebih lagi jika dilakukan
pada sepuluh malam terakhir pada bulan tersebut.
Kerana itu tidak hairanlah dua tanah suci itu akan
dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan malam lailatul qadar.
Bayangkan pahala yang berlipat ganda jika kita beribadat pada malam tersebut.
Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, ditambah dilaksanakan di
tanah suci, masyaAllah!
Dalam hadis, Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini.
Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”

Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang
satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama
anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”
Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.”
Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga
memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di
Masjidil Haram.
Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain.
Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.
Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf.

Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan
saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi.
Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala
Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala
_________________
Rujukan:
Keistimewaan Makkaah, oleh Ummu
Ammar, Editor: Raja Mariam Raja Mohd Iskandar, Halaman 86-87
mohon share pak ustaz
ReplyDelete