Pages

Friday, July 27, 2012

Kisah Nabi Yusuf : The Best Story Ever



KEHIDUPAN adalah sebuah kisah. Setiap daripada kita punya kisah hidup dan cerita yang tersendiri. Kitalah watak utama dalam lakon layar kita dan kita berhak memilih untuk menjadi watak baik ataupun watak jahat. Ada daripada kisah hidup yang dibuku dan diceritakan, tetapi kebanyakan kisah hidup manusia hanya menjadi kenangan diri dan akan dilupakan oleh orang lain.
            
Andai wujud anugerah untuk mengangkat kisah hidup manusia yang terbaik pernah diceritakan, kisah itu pasti akan dimenangi oleh Nabi Yusuf.

Mengapa saya memilih kisah Nabi Yusuf?
            
Untuk memilih sebuah kisah yang terbaik, pasti kita akan memilih kisah tersebut di dalam sebuah buku yang terbaik. Tidak lain buku yang terbaik pernah wujud di atas muka bumi ini pastilah Al-Quran, kalam Allah, sebuah kitab yang tidak diragukan lagi kebenarannya.
            
Seterusnya, Allah menyebut secara jelas di dalam Al-Quran mengenai cerita terbaik yang pernah diperturunkan, iaitu kisah Nabi Yusuf. Perkataan ‘Ahsanal Qosos : The best story ever’ (Yusuf: 3) – merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan ketinggian kualiti Surah Yusuf. Surah ini merupakan satu-satunya surah yang mengandungi ayat dialog terbanyak iaitu 86 ayat daripada 111 jumlah ayat keseluruhannya.
            
Kisah Nabi Yusuf seperti yang tercatat juga adalah kisah yang paling lengkap berkenaan sejarah hidup seorang nabi di dalam Al-Quran, di mana ia bermula sejak Nabi Yusuf kecil sehinggalah baginda dewasa. Lebih menarik, semua ayat berkenaan kisah hidup baginda terkumpul dalam satu surah khas iaitu Surah Yusuf. Ini berbeza dengan ayat-ayat berkenaan kisah nabi-nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamai sempena nama masing-masing.
            
Nilai suspen diterapkan di dalam kisah ini. Kisah Nabi Yusuf bermula dengan mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut tidak diketahui tafsirannya sehinggalah kita membaca sehingga habis kisahnya. Jalan ceritanya juga tidak dapat dibaca dan diagak oleh para pembaca membuatkan kisah ini begitu berkualiti tinggi. Watak utamanya – Nabi Yusuf – turut diceritakan dengan memiliki wajah yang tersangat tampan dan mempunyai budi pekerti yang cukup luhur.
            
Jika diliht filem blockbuster yang  evergreen sepanjang zaman, semuanya berkongsi satu tema utama iaitu ‘kebaikan’ lawan ‘kejahatan’. Surah Yusuf juga berpusing pada tema serupa. Ceritanya bermula dengan watak hero – Nabi Yusuf – yang mengalmi kesusahan pada awalnya, namun ceritanya berakhir dengan kesenangan serta pengakuan salah watak jahat terhadap hero utama. Malah, watak-watak jahat juga turut berubah menjadi baik pada pengakhiran ceritanya.

Sesuatu yang boleh kita pelajari dalam kisah Nabi Yusuf ini ialah bagaimana seorang pemerintah sanggup melepaskan jawatannya semata-mata kerana percaya ada insan lain yang lebih baik untuk mentadbir berbanding dirinya. Bukan mudah untuk seseorang yang mempunyai kekuasaan di tangannya untuk melepaskan jawatannya walaupun negaranya dalam keadaan aman dan para rakyat masih menumpahkan kesetiaan kepadanya.
            
Seperti watak-watak hero di dalam filem, Nabi Yusuf juga ditonjolkan memiliki kekuatan luar biasa yang lebih hebat daripada semua hero-hero yang ada di muka bumi ini. Kekuatan Nabi Yusuf adalah terletak kepada kesabarannya yang tinggi. Cabaran yang dihadapi baginda bukan mudah dihadapi oleh manusia biasa, hatta watak hero di dalam filem sekalipun seperti;

1.      Komplot anak derhaka.
2.      Cemburu adik-beradik.
3.      Plot rancangan pembunuhan.
4.      Berpisah dengan ayah tercinta.
5.      Cinta terlarang.
6.      Fitnah dan di ‘kambinghitam’ kan.
7.      Pendustaan, tipu helah.

Namun, kesemua cabaran tersebut dapat diatasi oleh Nabi Yusuf. Ya, baginda tidak memiliki kekuatan luar biasa, tetapi baginda dikurniakn kelebihan yang luar biasa, iaitu mentafsir mimpi. Kelebihannya itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengubah kehidupannya serta kehidupan para penduduk. Kisah Nabi Yusuf juga berakhir dengan happy ending yang cukup menarik dan tidak dapat digambarkan oleh pemikiran manusia.

No comments:

Post a Comment