Animated Movie merupakan sebuah filem yang dibuat khas untuk tontonan kanak-kanak. Namun orang dewasa seperti aku dan kita semua juga tiada halangan untuk menontonnya, malah itu lebih baik daripada menonton movie yang entah pape ntah. Jadi, oleh kerana movie ini dibuat khas untuk kanak-kanak, maka kebanyakkan animated movie ini mempunyai unsur motivasi dan mampu menaikkan semangat untuk hidup dan mencapai impian. Jadi di sini aku senaraikan 10 animated movie yang bukan sahaja best, namun ada unsur motivated yang kuat di mana mampu melekat di dalam hati sanubari kita (cheewaah)...
10. The Incredibles
Keluarga Hero yang telah pencen, namun kembali menjalankan tugas menyelamatkan negaranya. Elemen kekeluargaanya dan cintakan tanah air yang kuat diterapkan di dalam movie ini. Bagaimana hubungan kekeluargaan lebih penting daripada yang hubungan manusia yang selainnya.
9. The Lion King
Bakal diangkat menjadi Raja yang baru, namun dicemburui oleh pak cik sendiri. Betapa tugas seorang pemimpin begitu sukar, amanahnya begitu berat. Namun tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah harus dipukul. Seorang pemimpin tidak mampu berdiri sendiri andai tiada pembantu yang setia di sisi.
8. Cloudy with a Chance of Meatballs
Impian melangit seorang kanak-kanak genius yang sering ditertawakan oleh rakan-rakannya. Selalunya hasil ciptaannya tidak berjaya. Namun berbekalkan keazaman dan mahu membuktikan bahawa dia mampu melakukan, akhirnya impian menggilanya menjadi kenyataan. Rahsia kejayaannya? Tontonlah movie ini...
7. Bolt
Menyangka dia mempunyai kuasa kerana selalu memegang watak hero di scene lakonan, tetapi mula sedar bahawa itu semua palsu apabila berada di dunia realiti. Namun dia tetap berusaha menjadi hero kepada sahabat-sahabatnya
6. Wall-E
Walaupun dia hidup keseorangan di kawasan yang dipenuhi sampah, namun dia tetap cekal menempuh kehidupan. Keyakinannya bahawa ada makhluk lain yang hidup di situ membuatkan dia semakin kuat. Movie yang menyentuh perihal pentingnya menjaga alam daripada kebinasaan oleh tangan-tangan manusia sendiri.
5. Rango
Bagaimana sesuatu yang hanya menjadi suka-suka akhirnya menjadi kenyataan. Kisah motivasi bahawa kita mampu menjadi lebih baik andai kita dipercayai oleh orang-orang di sekeliling, walaupun hakikatnya kita tidaklah sehebat seperti yang disangkakan.
4. Ratatouille
Impiannya sering ditertawakan kerana mustahil untuk diubah menjadi realiti. Namun dia membuktikan bahawa tiada yang mustahil andai bekerja lebih keras daripada makhluk lain. Walau jalan yang dilaluinya berliku, namun impiannya berjaya digapai dengan jayanya.
3. Geng: Pengembaraan Bermula
Orang bandar masuk ke kampung. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dijalin dengan cukup baik di dalam movie kebanggaan anak Malaysia ini. Semangat seorang kakak menjaga adik-adiknya walaupun di dalam bahaya yang tak terduga.
2. Up
Impian pasangan suami isteri yang menggunung. Walaupun mereka tidak memiliki cahaya mata, namun kehidupan mereka tetap bahagia. Impian mereka akhirnya menjadi kenyataan selepas kematian si isteri. Sebuah naskah yang meruntum jiwa namun membahagiakan hati.
1. Finding Nemo
Bagaimana hebatnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya diluahkan di dalam movie ini. Pengembaraan yang cukup panjang dan bahaya untuk menyelamatkan anaknya. Juga bagaimana pentingnya persahabatan yang turut membantu di dalam misi yang dianggap cukup mustahil. Sebuah naskah yang lagend.
Daripada layan movie yang ntah apa-apa, syirik, tak membina & merosakkan akhlak, baik tonton movie-movie ini sebagai mengisi masa terluang yang ada. Apapun, moga-moga impianku untuk menghasilkan movie yang islamik tercapai jua.. huhu
No comments:
Post a Comment