Ijtihad (الإجتهاد) menurut istilah ‘ulama usul maksudnya adalah mengerahkan segenap kemampuan dalam rangka mencari dugaan kuat dari hukum syara’ sehingga ia (mujtahid) merasa tidak mampu lagi untuk berbuat lebih dari yang telah diusahakannya.
Doktor Amad Azam (Dekan Fakulti Fiqh wa Usul, Universiti Mu'tah) di dalam kelas beliau, 'Qadaya Fiqhiyah Muasirah' menyebutkan ada sembilan syarat yang harus dimiliki oleh seseorang yang ingin berijtihad, iaitu:
1. Mukallaf; Baligh dan berakal
2. Muslim; mengucap dua kalimah syahadah
3. Mendalami ilmu dan dalil Al-Quran dan As-Sunnah; menghafal Al-Quran dan banyaknya hadis-hadis Rasulullah SAW.
4. Mendalami ilmu nasah dan mansuh; hingga tidak mengeluarkan dengan dalil mansuh(dalil yang telah dibuang)
5. Mendalami ilmu Bahasa Arab; nahu dan sorof serta mengetahui ilmu balaghah dari segi makna dan penjelasannya.
6. Mendalami konsep ijmak (mesyuarat) sehingga satu kata putus telah dikeluarkan tanpa ada khilaf (perselisihan) padanya. Melanggar hukum ijmak adalah haram.
7. Mendalami sebab nuzul (turun) ayat di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah dan mengetahui makna ayat itu diturunkan sama ada membawa maksud am (umum) ataupun khas.
8. Mendalami ilmu usul fiqh; berkeupayaan untuk mengeluarkan hukum fiqh daripada dalil-dalil dan mendalami ilmu Qawaid Usuliah.
9. Mendalami Maqosid Syariah (maksud syariah) dan arif mengenai kepentingan manusia hingga mampu untuk merangka hukum yang tidak melanggar Maqosid Syariah.
salam ukhuwah... semoga Allah redha....
ReplyDelete