ISMA kini menjadi polomik baru bagi warga pelajar Malaysia yang bermstautim di Jordan. Sewaktu pertama kali aku mendengar tentangnya, aku juga tidak pasti apa perlunya perkara ini dipolimikkan? Apa masalahnya ISMA ini? Perkara yang bersifat jernih ini mengapa perlu dikeruhkan? Sebelum aku mengupas lebih panjang, lebih baik aku perincikan apa itu ISMA.
Ini aku ambil pengenalan ISMA dari wall info facebook Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan.
http://www.facebook.com/ismajordan?sk=info
Baiklah, sekarang kita sudah jelas dengan penubuhan ISMA.
Tiada masalah dengan penubuhan ISMA ini di bumi bumi Jordan, bukan?
Ini aku ambil pengenalan ISMA dari wall info facebook Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan.
http://www.facebook.com/ismajordan?sk=info
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!
ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.
ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.
ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.
ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.
ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.
ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.
ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.
Baiklah, sekarang kita sudah jelas dengan penubuhan ISMA.
Tiada masalah dengan penubuhan ISMA ini di bumi bumi Jordan, bukan?
Sebenarnya, para pelajar bukannya takut apa, cuma dikhuatiri pengiktirafan ISMA ini membangkitkan rasa mahu menubuhkan persatuan-persatuan lain di bumi Jordan ini pula. Alasan mereka, "Jika ISMA boleh, mengap kami tidak boleh?"
Dengan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Jamaah Islah Malaysia(JIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA), serta perbagai lagi pertubuhan yang ada di Malaysia, bayangkan jika semuanya mahu memacakkan idealogi mereka di sini, anda boleh lihat bukan kesannya? Takut-takut Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia-Jordan(MPPMJ) juga tenggelam dengan reputasinya sebagai perwakilan pelajar Malaysia yang paling utama di Jordan ini.
Aku secara jujurnya tidak membangkang penubuhan ISMA Jordan ini dengan kritikan-kritikan halus, dan tidak pula melambungkan pujian menggunung dengan pengiktiran yang telah ISMA perolehi. Aku cuma pelajar yang dahagakan penyatuan serta membenci pepecahan. ISMA itu baik dan bagus, moga dengan penubuhannya secara rasmi di bumi ambiya ini, akan melengkapkan lagi semangat ukhuwah sesama kita serta mencaknakan pertubumbuhan idea agar para pelajar menjadi lebih dinamik. Cuma satu nasihatku yang masih baru di sini...
Apa maknanya PERSATUAN jika tidak mampu memberi PENYATUAN?
good writing!
ReplyDelete