Aku juga mahu bermain salji...
BAGI pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Bumi Mu’tah, pastinya salah satu perkara yang sering bermain di fikiran adalah bermain salji. Aku juga salah seorang daripadanya. Semua orang ternanti-nanti adakah salji akan turun pada tahun ini, ataupun salji tidak turun seperti tahun lepas. Keinginan aku yang membuak-buak membuatkn aku membuat kajian berkaitan salji ini. Adakah salji akan turun di bumi Mu’tah pada tahun ini?
Baiklah, kita bermula dengan fakta berkaitan Jordan. Jordan menerima tempias angin Mediterrinein yang memungkinkan ia mengalami 4 musim yang berbeza. Kawasan Karak turut menerima keistimewaan 4 musim ini. Musim bunga bermula akhir Mac hingga awal Jun, musim panas pertengahan Jun hingga awal Oktober, musim luruh yang singkat dan musim sejuk bermula pada akhir November hingga pertengahan Mac. Kawasan Mu’tah dan Mazar merupakan kawasan yang lebat menerima salji disebabkan berada dikawasan yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Kebiasaanya salji akan turun pada bulan Februari setiap tahun. Ketinggian Mu’tah daripada paras Laut Mati adalah setinggi 1200 meter.
Berbalik kepada persoalan, adakah salji akan turun pada tahun ini. Menurut abang Wan kita, katanya salji akan turun berdasarkan pungutan zakat. Jika ramai penduduk tempatan yang membayar zakat, maka keberangkalian untuk salji adalah tinggi. Sebab yang memungkinkan tahun lepas tiada salji adalah mungkin disebabkan kurangnya orang yang membayar zakat pada tahun lepas. Bukankah Rasulullah ada bersabda yang mafhumnya akan berlaku kemarau jika tidak membayar zakat? Maka, jika semakin banyak zakat diserah, semakin cerah salji mencurah.
Ya, walaupun kita kini semakin menghampiri penghujung musim sejuk, namun hakikatnya suhu di bumi Mu’tah ini makin sejuk sebenarnya. Ha, satu lagi fakta, salji akan berlaku tatkala hujan yang berpanjangan di mana hujan itu turun ketika suhu mencecah suhu negatif. Negara jiran kita, Turki, telah menerima salji. Jadi, berdasarkan kiraan dan tiupan angin, maka salji akan mencurah juga di bumi Mu’tah pada tahun ini.
Berita terkini yang baru aku dapat pula, di dalam surat khabar The Jordan Times, ada artikel berkaitan kemungkinan turunnya salji pada bulan ini disebabkan hujan yang lebat.
"Rain, snow expected as temperatures drop"
Gitulah gamaknya tajuk berita utama di The Jordan Times. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tiada, senyum-senyum saja.
Jadi, buat semua penghuni Pekan Mu’tah, bersama kita menantikan turunnya salji, insyaALLAH
^_^
"Kami pun nak main salji jugak.."
pic, krdit to hatikupetak.blogsport
ReplyDelete^_^