Pages

Saturday, January 14, 2012

10 Masjid yang Terbesar di Dunia...

Pada penulisan sebelum ini, aku ada menulis berkaitan 10 Masjid yang Tercantik di Malaysia. Pada kali ini, aku mahu membawa penulisan berkaitan 10 Masjid yang terbesar di dunia pula. Pemilihan berdasarkan bilangan kuantiti jemaah dalam satu-satu masa. Adakah masjid-masjid yang ada di Malaysia tersenarai? Mari kita saksikan…


10. Masjid Faisal, Pakistan


Terletak di IslamabadPakistan. Ia diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah, masjid ini memegang rekod sebagai masjid terbesar di dunia pada zamannya. Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketika Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan di Islamabad. Masjid ini siap dibina pada tahun 1986. Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini menjadi ikon yang terkenal dan dikenali di Islamabad. Mampu memuatkan 74,000 jemaah.
                                   
       
9. Masjid Jama, India


Masjid Jama atau Masjid-i Jahān-Numā adalah masjid utama yang berada di kawasan Delhi Tua di India. Masjid ini didirikan oleh Kaisar Mogul, Syah Jehan, yang juga membangunkan Taj Mahal. Masjid ini selesai pada tahun 1656 M dan merupakan yang terbesar dan terkenal di India. Masjid Jama sendiri terletak di sisi jalan raya yang sangat sesak di Delhi Tua, iaitu Jalan Chadni Chowk. Nama yang lain untuk masjid ini adalah Masjid Jami, kerana masjid ini selalu dipenuhi oleh jamaah pada hari Jumat untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat. Masjid ini mampu menampung seramai 85,000 jemaah.


8. Masjid Badshahi, Pakistan 


Juga dikenali dengan nama 'Masjid Kaisar', dibangun pada tahun 1673 oleh Raja Mughal Aurangzeb di Lahore, Pakistan. Masjid Badshahi merupakan tempat perlancongan yang utama di Lahore. Memiliki kapasiti sekitar 100,000 jemaah, masjid ini merupakan masjid kedua terbesar  di Pakistan dari segi keluasan setelah Masjid Faisal di Islamabad.




Raiwind adalah sebuah bandar di wilayah Punjab, Pakistan, dan terletak kira-kira 25 km daripada ibu kota Punjab.  Setiap tahun konvensyen dakwah Islam diadakan di sini. Perhimpunan ini berlangsung selama 3 hari dan kemudian kumpulan 3 hingga 15 orang yang dibuat di seluruh dunia untuk menyebarkan mesej Allah. Pergerakan ini telah dimulakan oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalvi, yang meninggal dunia pada tahun 1944. Beratus-ratus ribu orang menghadiri perhimpunan agama ini setiap tahun.  Pada masa ini, jemaah yang lebih dikenali dengan nama ‘Jemaah Tabligh’ ini diketuai oleh Haji Abdul Wahab, dan di India, Maulana Muhammad Sa'ad Kandhalvi. Bermula tahun 2007, jemaah ini diadakan dua kali setahun di Pakistan. Masjid ini dalam proses pembaharuan. Mampu memuatkan hingga 100,000 jemaah.


6. Masjid Sultan Hassan II, Maghribi


Direka oleh arkitek PerancisMichel Pinseau dan BouyguesMenara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m. Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air". Rekaan ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II, yang menyatakan, "Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana Arasy Allah berada di atas air. Maka, orang yang beriman dapat bersolat dapat berzikir di atas tanah dan menjiwai langit Tuhan dan laut". Masjid ini juga mempunyai seni bina moden: masjid ini dapat bertahan dari gempa bumi dan mempunyai lantai berhaba, pintu elektrik dan bumbung mudah alih. Mampu memuatkan seramai  105,000 jemaah.


5. Masjid Istiqlal, Indonesia


Masjid Istiqlal yang terletak di JakartaIndonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka). Menteri Agama Republik Indonesia yang pertama dan ayah kepada Presiden Abdurrahman Wahid, KH Wahid Hasyim adalah orang pertama yang mencetuskan idea pembangunan Masjid Istiqlal. Pada 1950, beliau bersama-sama dengan H. Agus Salim, Anwar Cokroaminoto dan Ir. Sofwan serta beberapa tokoh Islam pimpinan KH. Taufiqqorrahman mengusulkan idea tersebut dan mencadangkan pembentukan Yayasan Masjid Istiqlal. Dibina di Lapangan Merdeka (kini Taman Monumen Nasional), Jakarta. Pada 22 Disember 1978, masjid ini  telah dirasmikan oleh Presiden Suharto. Mampu memuatkan 120,000 jemaah.


4. Masjid Taj Ul, India


Taj-ul-Masajid (yang bermaksud "mahkota masjid", juga dieja sebagai Taj-ul-Masaajid dan Taj-ul-Masjid) adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu siang. Pembinaan masjid telah dimulakan oleh Sultan Shah Jahan, Begum Bhopal (1868-1901). Masjid ini mempunyai muka bangunan berwarna merah jambu dengan dua menara setinggi 18 tingkat yang berbentuk oktagon serta kubah marmar.  Merupakan masjid tertua di bandar Bhopal, yang pada mulanya dibina sebagai masjid sementara semasa pembinaan kubu Fatehgarh. Mampu memuatkan seramai 175,000 jemaah.


3. Masjid Imam Reza



Makam Imam Reza di Mashhad, Iran merupakan sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Reza, Imam kelapan Syiah Dua Belas. Merupakan masjid terbesar di dunia dari segi keluasan. Kompleks ini mengandungi Masjid Goharshad, muzium, perpustakaan, tempat seminar, kawasan perkuburan, Universiti Sains Islam Razavi, sebuah dewan makan untuk jemaah, dewan solat yang luas, dan lain-lain bangunan. Kompleks ini adalah pusat pelancongan di Iran. Berkeluasan 598.657 m2 (6443890 kaki persegi). Makam Imam Ridha terletak di bawah kubah emas di dalam masjid. Mampu memuatkan seramai 700,000 jemaah.
*Ini masjid Syiah, jangan gatal-gatal nak datang sini


2. Masjid Nabawi


Masjid an-Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci selepas Masjidil Haram. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Keutamaan solat di masjid ini dinyatakan oleh Nabi SAW, sebagaimana diriwayatkan dari Jabir RA yang bermaksud;
"Satu kali solat di masjidku ini, lebih besar pahalanya dari seribu kali solat di masjid yang lain, kecuali di Masjidil Haram. Dan satu kali solat di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu kali solat di masjid lainnya." 
(Riwayat Ahmad, dengan sanad yang ssahih)

 Salah satu bagian Masjid Nabawi terkenal dengan sebutan Raudlah (Taman Syurga). Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudlah ini diyakini mustajab dan akan dikabulkan oleh Allah SWT. Raudlah terletak di antara mimbar dengan makam Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku." 
(Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW dimakamkan di tempat meninggalnya, yakni di tempat yang dahulunya adalah kamar Ummul Mukminin Aisyah RA, isteri Nabi SAW. Kemudian dimakamkan pula dua shahabat terdekatnya di tempat yang sama, iaitu Abu Bakar Al-Shiddiq dan Umar bin Khattab. Kerana perluasan Masjid Nabawi, ketiga makam itu kini berada di dalam masjid, iaitu di sudut tenggara (kiri depan) masjid. Mampu memuatkan sehingga 1,000,000 jemaah.


1. Masjidil Haram


Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām, adalah masjid paling suci. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,
"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Masjid ini mampu menempatkan sehingga 4,000,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Nampaknya, masjid-masjid di Malaysia tidak tersenarai. Tidak mengapa, yang penting, bukannya besar dan megahnya sesuatu masjid, tetapi banyak dan hidupnya jemaahnya. Betul, kan?
Jadi, marilah kita mengimarahkan masjid-masjid...

1 comment: